Tuesday, March 1, 2011

Pelan Perancangan Membina Rumah Burung Walet

[Compile+Badlishah+Siap.JPG]
[Compile+Sg+Tengas+Siap.JPG]

Jika anda ingin merancang dan membina rumah burung walet, anda harus mendokumen kan setiap perkara yang anda buat dengan erti kata mudah mengadakan buku log aktiviti rumah burung anda.
Kebaikannya adalah untuk anda sendiri dapat mengesan jika ada masalah jika anda membuat sesuatu perkara pada rumah burung anda ataupun mendapat manfaat yang baik setelah anda membuat sesuatu perkara yang baru.
Ini termasuk setiap perkara yang anda lakukan termasuk menguatkan suara rakaman dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Ini semestinya sedikit sebanyak akan memberikan kesan baik ataupun buruk pada rumah burung anda.
Pada ketika ini rata-rata mengatakan kos untuk membina rumah burung boleh mencecah sehingga RM 250,000.00 ke RM 350,000.00.
Pada pendapat saya, untuk membina rumah burung anda perlu MEMPUNYAI ILMU tentang burung walet walaupun anda telah memilih atau melantik sesiapa sahaja yang ingin membangunkan rumah burung anda. Dan dengan ilmu yang anda ada, justifikasi dapat dibuat sebelum melaksanakan nya pada rumah burung anda.
Rumusannya dengan ilmu yang anda perolehi, MUNGKIN juga kos untuk membina rumah burung anda dapt dikurangkan mengikut budget yang anda ada.
Antara beberapa faktor untuk merancang pembinaan rumah burung anda dan ciri-ciri yang ada pada rumah burung anda adalah seperti di bawah:
  • Ukuran keluasan rumah burung (4m x 10m – minima).
  • Model rumah yang seperti dalam dewan ataupun model rumah yang mempunyai banyak bilik kecil.
  • Membina rumah hanya 1 tingkat atau lebih.
  • Mengadakan tahap kelembapan pada kadar 80% ke 95%.
  • Mengadakan tahap suhu pada kadar 26 hingga 29 darjah celcius.
  • Rumah burung yang terasing dari bermacam-macam aktiviti manusia
  • Lokasi rumah burung yang dekat dengan sumber makanan burung walet seperti di kawasan padang rumput, kawasan pengairan, kawasan sawah padi atau kawasan yang mempunyai sumber makanan yang banyak.
  • Kedudukan rumah burung di lokasi dipilih dibina dengan melihat flying path burung yang ada di kawasan itu.
  • Ruang/pintu masuk burung – ruangan utama burung walet masuk dan keluar untuk rumah burung anda.
  • Pintu masuk orang ke dalam rumah burung anda, ke ruangan bilik data.
  • Pintu/ruangan antara lantai – ruangan burung terbang dari tingkat 3 ke 2 atau tingkat 1.
  • Pintu/ruangan antara bilik ke bilik – ini jika anda membina rumah burung yang mempunyai banyak bilik kecil.
  • Ruangan/Lubang pengudaraan rumah burung anda.
  • Roving Area – ruang untuk burung walet berlegar apabila masuk ke dalam rumah burung.
  • Nesting Area – ruang untuk burung walet menetap dan membuat sarang.
  • Equipment Area – ruang untuk segala peralatan rumah burung.
  • Pemasangan sesirip untuk burung walet membuat sarang.
  • Sistem Audio Suara Luar dan Dalam.
  • Sistem Keselamatan Rumah Burung Walet.
Di atas adalah antara perkara yang perlu di ambil kira untuk merancang pembinaan rumah burung di lokasi yang telah anda pilih.
Perkara di atas adalah antara yang telah di bincangkan oleh pemilik rumah burung yang terdahulu dan telah terbukti telah menghasilkan sarang burung.
Walaubagaimana pun cabaran nya masih ada bagi memikat burung walet ini masuk dan membuat sarang di dalam rumah burung yang telah di bina.
Apa yang saya dapat tahu dari beberapa orang yang telah menceburi industri ini, ada rumah burung yang lengkap tetapi masih kurang berhasil dan ada juga rumah burung yang serba serbi kekurangan tetapi masih boleh menghasilkan sarang burung.
Itu antara kegunaan buku log rumah burung untuk anda menggunakan beberapa perkara asas ini untuk membina rumah burung anda dan pada masa yang sama membuat kajian sendiri bagi memastikan kejayaan rumah burung anda.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FIX1vThX

No comments:

Post a Comment