'Kesaktian cinta tetap akan muncul'.... |
MENJADI LELAKI SEJATI APA MAKSUDNYA?.LELAKI SEJATI ADALAH LELAKI YANG PANDAI MENGAWAL EMOSI, BERSIKAP TEGAS, BERDIKARI SERTA BERSIKAP AKTIF. SEBENARNYA WANITA SANGAT MENGIDAMKAN LELAKI YANG MENPUNYAI SIKAP SEBEGINI KERANA MEREKA MERASAKAN DIRI MEREKA SELAMAT BILA BERASA DISISI. TAHUKAH ANDA, APABILA ANDA MEMULAKAN SALAM PERKENALAN, BANYAK KRITERIA YANG DIPANDANG OLEH SEORANG WANITA KEATAS DIRI ANDA?. Sekali pun bukan semua begitu tetapi anda sebahagian dari mereka mahu memastikan, anda adalah lelaki yang benar-benar layak untuk menjadi teman hidup mereka. Jika anda memikirkan kualiti seorang wanita, anda sebagai lelaki juga harus mempunyai kualiti dalam kehidupan. Mengenali seorang gadis, mengajaknya keluar berdua, memuji dirinya,sikap bertanggungjawab dan sebagainya akan membuat seorang gadis jatuh cinta kepada anda. Bila salam perkenalan sudah disambut, anda haruslah bersikap sebagai lelaki sejati. Ini kerana ciri-ciri maskulin itu sangat penting untuk wanita menilai diri anda yg sebenar-benarnya KAWAL EMOSI DIRI ANDA Lelaki sekarang bukan seperti lelaki zaman dahulu. Sekalipun begitu masih ada satu persamaan yakni lelaki memang terkenal dengan sikap romeonya. Bunga bungaan atau coklat adalah barangan yang semakin dilupakan kerana adanya sistem komunikasi yg semakin canggih iaitu penggunaan sistem pesanan ringkas, 3G dan sebagainya. ![]() BERSIKAP TEGAS Ketegasan perlu dalam sebuah perhubungan tetapi bukannya tegas yang membabi buta. Tegas yg tidak kena pada tempatnya akan hanya mencacatkan wajah anda yang tampan dimata seorang wanita. Ketegasan bermaksud, apabila anda membuat sesuatu keputusan, setelah difikirkan baik dan buruknya dalam semua aspek, anda perlu tegas menyatakan pendirian tanpa menukarkannya kemudian. Buatlah satu keputusan dengan baik kerana ia akan menaikkan maruah anda dimata seorang wanita. Keputusan yg dibuat itu, tidak kira ianya besar mahu pun hal yang sangat remeh. Dalam pada itu, anda perlu bijak mengawal suara. Jangan kerana begitu bersungguh-sungguh bercakap, orang melihat anda seolah-olah berlagak sedangkan anda sebenarnya sedang bersemangat, sesuai dengan ketegasan yang anda miliki itu. Bijaklah menggunakan semua kelebihan yang anda ada dan manfaatkan sebaik mungkin. MAMPU BERDIKARI Seorg lelaki sejati, adalah mereka yang boleh berdikari. Sikap berdikari ini meliputi aspek, baik dari segi kemampuan, membuat keputusan, pekerjaan, sikap prihatin kepada seorang wanita dan sebagainya. Tahukah anda, wanita mendambakan lelaki yang boleh dianggap sebagai penyelamat mereka dan bukannya lelaki lelaki yang suka mengikis atau menghabiskan duit seorang wanita. Jadilah lelaki "Gentleman" kerana wanita menyukai sifat yang ada pada lelaki macho. Bila anda dianggap sebagai pelindung, nilai diri anda dimata seorang wanita sangat tinggi. Sebaiknya hulurkan bantuan sekali pun perempuan tidak meminta pertolongan. Ini salah satu taktik anda seorang yang boleh dipercayai. Lakukan pelbagai aktiviti bersama khususnya aktiviti luar yang mementingkan aspek fizikal. Kala ini tunjukkanlah sikap berdikari anda dihadapan wanita. Lelaki sejati juga mesti pandai membahagikan masa di antara minatnya dan minat sang wanita. Kalau boleh berikan keutamaan kepada hobi pasangan. Sekaligus nilai diri anda akan tinggi dimata mereka. BERSIKAP AKTIF Bersikap aktif juga diantara faktor lelaki sejati. Tahukah anda, wanita memang meminati lelaki yang bersikap maskulin? Binaan otot-oto tubuh yg sasa akan memberikan satu kelebihan. Tapi ia bukan satu faktor utama kerana lelaki aktif adalah lelaki yang lasak dan juga gemarkan cabaran. Sebenarnya anda bukan saja boleh menunjukkan sikap ini diluar tetapi mengemas rumah misalnya jangan hanya mengharapkan pasangan sahaja melakukannya. Jadi sebagai lelaki, anda perlu menunjukkan sikap maskulin anda sekali gus menampilkan ciri-ciri lelaki sejati. Khas Buat semua Lelaki sejati... |
Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1IBtzynLj
No comments:
Post a Comment