Showing posts with label Uncle Seekers. Show all posts
Showing posts with label Uncle Seekers. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Korea Selatan di tangga pertama negara yang memiliki capaian internet terpantas di dunia

Seoul- Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai sistem capaian atau sambunganInternet terpantas di dunia - terpantas global setakat ini -namun ia masih belum cukup baiklagi pada tanggapan kerajaan Kore Selatan.
Pada tahun 2012, penduduk Korea Selatan akan menikmati kemudahan Internet ke rumah-rumah dengan kelajuan '1Gbps'...1 gigabit per saat. Itu akan menjadi sepuluh kaliganda peningkatan daripada standard nasional dan lebih 200 kali ganda lebih cepat yang dimiliki oleh penduduk-penduduk di Amerika Syarikat.
Satu projek perintis gigabit oleh kerajaan Korea Selatan sedang dilaksanakan, sebagai permulan dengan 1,500 buah rumah untuk setiap bandar di lima buah bandar Korea Selatan.Setiap pengguna dikenakan bayaran sekitar 30.000 won [ RM 90.00] sahaja sebulan untuk sambungan internet 1Gbps.
Berikut adalah senarai 10 teratas negara-negara yang memiliki keupayaan capaian internetterpantas di dunia untuk ke rumah-rumah. [Peratusan berdasarkan jumlah pengguna broadband di setiap negara tersebut] :

1. South Korea (95 percent)


2. Singapore (88 percent)


3. Netherlands (85 percent)


4. Denmark (82 percent)


5. Taiwan (81 percent)


6. Hong Kong (81 percent)
7. Israel (77 percent)


8. Switzerland (76 percent)


9. Canada (76 percent)


10. Norway (75 percent).


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1JtpTGDgh

Monday, April 11, 2011

Tips Bagaimana Harus Menyimpan Rahsia

Menyimpan rahsia dari diketahui umum


Di atas sebab-sebab yang tertentu, menyimpan rahsia merupakan suatu perkara yang tidak boleh diketahui oleh orang ramai. Rahsia hanya boleh diketahui oleh orang yang tertentu sahaja seperti rahsia sesuatu kejadian, peristiwa atau berita. Ini kerana untuk mengelakkan boleh menimbulkan masalah jika diketahui oleh orang ramai.
Beberapa perkara yang perlu dirahsiakan adalah:

1). Jangan sesekali menceritakan peristiwa buruk yang berlaku di antara ibu dan ayah atau mana-mana ahli keluarga kecuali dengan niat untuk mendapat pandangan, nasihat dan tunjuk ajar.

2.) Sebagai langkah mengekalkan hubungan dengan sahabat handai kita juga mesti menjaga rahsia mereka.

3). Kita juga mesti menjaga rahsia segala peristiwa kurang baik di kalangan jiran tentangga.

4). Pelajar pula hendaklah merahsiakan segala kekurangan dan kelemahan guru. Ini bertujuan untuk menjaga dan memelihara maruah guru dan menambah keberkatan ilmu yang diperolehi.

5). Jika kita diberi amanah tentang sesuatu rahsia, kita hendaklah menyimpan amanah dengan sebaik mungkin.

Sekiranya kita merahsiakan sesuatu yang tidak sepatutnya diketahui oleh orang lain seperti masalah keluarga dan seumpamanya, maka kita boleh mengatasi tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak tertentu. Dengan ini keharmonian akan dapat dikekalkan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1J8temeCk

Monday, April 4, 2011

Fenomena Aneh Supermoon

Gambar supermoon
Apa sebenarnya supermoon tu? Supermoon merupakan istilah yang diberi para saintis untuk menggambarkan keadaan dimana jarak Bumi dengan Bulan kelihatan lebih dekat dari biasa iaitu 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer. Supermoon berlaku pada 19 mac 2011 yang lepas,biggest Full Moon in 18 Years Occurs Saturday Night!
Supermoon berlaku pada 19 mac 2011 yang lepas,biggest Full Moon in 18 Years Occurs Saturday Night!.Yang tidak bestnya,saya tidak tahu ia berlaku pada hari itu,damm!saya rasa saya sudah mengeruh (tertidur), sayang betul tak sempat ambil gambar dengan Olympus terbaru saya.Bila agaknya kejadian ni akan berlaku lagi?ada sesiapa yang tahu meramal disini?..Uncleseekers?..Bro tahu tak bile lagi?
Keyword supermoon juga merupakan top 10 carian google paling hangat minggu lepas menurut sumber di nst hari ini.Melepas lagi dengan entry panas ni.Tapi tak apa,kalau pembaca mau tengok gambar supermoon yang cantik-cantik sila google dan klik photo di left sidebar laptop anda.
Menurut saintis,kejadian ni akan menyebabkan terjadi bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1IWx7BeKD

Thursday, March 31, 2011

Ciri-Ciri Lelaki Sejati



'Kesaktian cinta tetap akan muncul'....

MENJADI LELAKI SEJATI APA MAKSUDNYA?.LELAKI SEJATI ADALAH LELAKI YANG PANDAI MENGAWAL EMOSI, BERSIKAP TEGAS, BERDIKARI SERTA BERSIKAP AKTIF. SEBENARNYA WANITA SANGAT MENGIDAMKAN LELAKI YANG MENPUNYAI SIKAP SEBEGINI KERANA MEREKA MERASAKAN DIRI MEREKA SELAMAT BILA BERASA DISISI. TAHUKAH ANDA, APABILA ANDA MEMULAKAN SALAM PERKENALAN, BANYAK KRITERIA YANG DIPANDANG OLEH SEORANG WANITA KEATAS DIRI ANDA?.

Sekali pun bukan semua begitu tetapi anda sebahagian dari mereka mahu memastikan, anda adalah lelaki yang benar-benar layak untuk menjadi teman hidup mereka. Jika anda memikirkan kualiti seorang wanita, anda sebagai lelaki juga harus mempunyai kualiti dalam kehidupan.
Mengenali seorang gadis, mengajaknya keluar berdua, memuji dirinya,sikap bertanggungjawab dan sebagainya akan membuat seorang gadis jatuh cinta kepada anda. Bila salam perkenalan sudah disambut, anda haruslah bersikap sebagai lelaki sejati. Ini kerana ciri-ciri maskulin itu sangat penting untuk wanita menilai diri anda yg sebenar-benarnya

KAWAL EMOSI DIRI ANDA

Lelaki sekarang bukan seperti lelaki zaman dahulu. Sekalipun begitu masih ada satu persamaan yakni lelaki memang terkenal dengan sikap romeonya. Bunga bungaan atau coklat adalah barangan yang semakin dilupakan kerana adanya sistem komunikasi yg semakin canggih iaitu penggunaan sistem pesanan ringkas, 3G dan sebagainya. Lelaki sekarang menggunakan kekuatan minda, bersikap rasional dan penuh dgn tanggungjawab. Perlu diingat, lelaki sejati adalah lelaki yg tidak menunjukkan lontaran emosinya secara terus dihadapan seorang wanita sebaliknya akan cuba mengawalnya sebaik mungkin. Biasanya mereka tidak akan bertindak secara melulu sebaliknya bijak mengawal perasaan, pekerjaan yg dilakukan juga agak cermat dan bukannya tergopoh gapah atau kerja asal siap, dalam menjalin sebuah perhubungan, lelaki sejati akan mempunyai sikap adil, buruk dan baik dan tidak cuba menyembunyikan salah satu darinya, malah kalau dia mencintai anda, dia akan menunjukkan betapa mendalamnya cinta mereka terhadap anda. Percayalah, kekuatan emosi, mental dan fizikal akan membentuk diri anda menjadi pujaan ramai wanita, tidak mustahil nama anda akan tersebar luas dikalangan rakan sekerja atau se kolej jika pandai mengawasi emosi.

BERSIKAP TEGAS

Ketegasan perlu dalam sebuah perhubungan tetapi bukannya tegas yang membabi buta. Tegas yg tidak kena pada tempatnya akan hanya mencacatkan wajah anda yang tampan dimata seorang wanita. Ketegasan bermaksud, apabila anda membuat sesuatu keputusan, setelah difikirkan baik dan buruknya dalam semua aspek, anda perlu tegas menyatakan pendirian tanpa menukarkannya kemudian. Buatlah satu keputusan dengan baik kerana ia akan menaikkan maruah anda dimata seorang wanita. Keputusan yg dibuat itu, tidak kira ianya besar mahu pun hal yang sangat remeh.
Dalam pada itu, anda perlu bijak mengawal suara. Jangan kerana begitu bersungguh-sungguh bercakap, orang melihat anda seolah-olah berlagak sedangkan anda sebenarnya sedang bersemangat, sesuai dengan ketegasan yang anda miliki itu. Bijaklah menggunakan semua kelebihan yang anda ada dan manfaatkan sebaik mungkin.

MAMPU BERDIKARI

Seorg lelaki sejati, adalah mereka yang boleh berdikari. Sikap berdikari ini meliputi aspek, baik dari segi kemampuan, membuat keputusan, pekerjaan, sikap prihatin kepada seorang wanita dan sebagainya. Tahukah anda, wanita mendambakan lelaki yang boleh dianggap sebagai penyelamat mereka dan bukannya lelaki lelaki yang suka mengikis atau menghabiskan duit seorang wanita. Jadilah lelaki "Gentleman" kerana wanita menyukai sifat yang ada pada lelaki macho. Bila anda dianggap sebagai pelindung, nilai diri anda dimata seorang wanita sangat tinggi. Sebaiknya hulurkan bantuan sekali pun perempuan tidak meminta pertolongan. Ini salah satu taktik anda seorang yang boleh dipercayai. Lakukan pelbagai aktiviti bersama khususnya aktiviti luar yang mementingkan aspek fizikal. Kala ini tunjukkanlah sikap berdikari anda dihadapan wanita. Lelaki sejati juga mesti pandai membahagikan masa di antara minatnya dan minat sang wanita. Kalau boleh berikan keutamaan kepada hobi pasangan. Sekaligus nilai diri anda akan tinggi dimata mereka.

BERSIKAP AKTIF

Bersikap aktif juga diantara faktor lelaki sejati. Tahukah anda, wanita memang meminati lelaki yang bersikap maskulin? Binaan otot-oto tubuh yg sasa akan memberikan satu kelebihan. Tapi ia bukan satu faktor utama kerana lelaki aktif adalah lelaki yang lasak dan juga gemarkan cabaran. Sebenarnya anda bukan saja boleh menunjukkan sikap ini diluar tetapi mengemas rumah misalnya jangan hanya mengharapkan pasangan sahaja melakukannya. Jadi sebagai lelaki, anda perlu menunjukkan sikap maskulin anda sekali gus menampilkan ciri-ciri lelaki sejati.

Khas Buat semua Lelaki sejati...


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1IBtzynLj

Friday, March 25, 2011

Majlis Kesyukuran Kejayaan Deejay Lin

Deejay Lin
KUALA LUMPUR: Majlis kesyukuran sempena kemenangan penyampai SuriaFM, Deejay Lin pada Anugerah Seri Angkasa 2010 bagi kategori Penyampai Radio Wanita Terbaik dan Rancangan Radio Interaktif Terbaik diadakan di restoran Carlos Heaven Food, Kenanga International, di sini, Khamis.
Majlis yang diberi nama Apresiasi Suria Cinta itu turut mengadakan penyampaian hadiah Lagu Berduit Suria FM yang dianjurkan oleh stesen radio itu sejak 28 Februari lalu.
Selain penghargaan kepada Deejay Lin dan penyampaian hadiah, majlis tersebut bertujuan meraikan pendengar setia Suria FM terutama sekali buat mereka yangmenyokong kejayaan Lin.
Segmen 'Suria Cinta- Inspirasi Cinta Anda' yang dikendalikan oleh Lin merupakan salah satu segmen di Suria FM yang mempunyai hit dan rating tinggi bagi jumlah pendengar dan mendapat sambutan orang ramai.
Segmen tersebut banyak mengetengahkan isu cinta selain memutarkan lagu-lagu yang menghiburkan pendengarnya.
Suria FM kini semakin giat menjalankan pelbagai aktiviti 'on-ground'dan juga 'on-air'. Suria FM baru selesai menganjurkan Suriashowdown!Band Kampus Terbaik 2011 pada Sabtu lalu.
Sekarang ini, masih lagi berlangsung peraduan Lagu Berduit Suria FMsehingga 1 April depan yang menawarkan pendengar wang tunai RM70,000.
Pendengar hanya perlu mendengar rancangan Breakfast@Suria untuk mengetahuilagunya. Apabila lagunya berkumandang di radio dalam apa sahaja segmendi Suria FM, hantarkan jawapan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)dengan menaip LB dan hantar ke 33988.
SMS yang terpilih akan dihubungi oleh deejay bertugas dan setiap jawapan yang betul akan melayakkan pendengar memenangi sebahagian wang tunai RM70,000.
Pendengar bertuah juga bakal memenangi lebih wang tunai di pusingan bonus jika mendengar Lagu Berduit dalam versi 'LIVE'.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1HcXlmj3u

Thursday, March 24, 2011

Refused A Kiss, 92-Year-Old Woman Fires Gun

All Helen Staudinger, 92, wanted was a kiss from the man she had a crush on.

And the Florida police say the love-starved granny wouldn't take no for an answer.

So she fired a semi-automatic pistol four times at her 53-year-old neighbour's house after he refused to kiss her, police said Tuesday.

"If my head would have been over just a little bit further, (a bullet) probably would have hit me in the back of the head,' the neighbour, Dwight Bettner, told Reuters.

Staudinger was in jail on Tuesday, a day after being arrested on charges of aggravated assault with a deadly weapon and shooting into a dwelling.

According to police report, Staudinger told deputies she went to Bettner's house in Fort McCoy, Florida, and refused to leave until he gave her a kiss. When he said no, they argued and she left angry.

Bettner said he was on the phone with his father moments later when he heard gunshots. One bullet went through a window, spraying him with glass.

The former law enforcement officer said his elderly neighbour had seemed attracted to him since he moved in six months ago.

"I've taken her trash out for her, just neighbourly stuff," Bettner said. "I guess she just took that as something else."


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1HWjIlJl8

Ketika Ia menjengah

Tuhan..
Ketika lidah bersenandung menyebut namaMu
Memohon, mengharap, memanggil..
Agar hati menjadi damai,
Agar jiwa merasa tenang..
Agar perasaan menjadi tenteram..
Agar saraf tidak lagi menegang..
Agar akal menjadi sejuk..
Agar keyakinan menjadi mantap..
Setiap yang bernafas di dunia ini mempunyai masalah masalah yang tersendiri. Adakalanya bila masalah datang mendadak dan berpanjangan , diri menjadi keliru dan panik. Makna hidup ada berbagai bagai. lengkapkanlah diri dengan ilmu pengetahuan dan pandangan jauh. Tanyalah pada diri , siapa kita yang sebenarnya.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1HWitCIQg

Thursday, March 17, 2011

Doa Buat Hati Yang Sedih

Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. Janganlah kamu bersedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya segala adalah kepunyaan Allah.
Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [QS. Yunus, 10 : 64-65]
Kesedihan biasanya timbul karena beberapa faktor :
1. Kurangnya iman dan tawakkal kepada Allah
2. Usaha yang tidak atau belum berhasil
3. Kehilangan sesuatu yang amat dicintainya
4. Banyaknya tanggungan keluarga yang amat membebani dirinya
5. Terbelenggu orang lain
6. Kesempatan yang telah disia-siakan
7. Merasa jauh dari Allah, dll.

Bagi orang beriman, kesedihan tidak boleh berlanjutan. Karena orang beriman yakin bahwa segala apa yang dimiliki manusia pada hakikatnya hanya pemberian sementara dari Allah, yang suatu saat pasti akan dicabut kembali.
Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa:
Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ الْعَظِيمُ الْØ­َÙ„ِيمُ Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ رَبُّ الْعَرْØ´ِ الْعَظِيمِ Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا اللَّÙ‡ُ
رَبُّ السَّÙ…َاوَاتِ Ùˆَرَبُّ الْØ£َرْضِ Ùˆَرَبُّ الْعَرْØ´ِ الْÙƒَرِيمِ
Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laa ilaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim
“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha Penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1GmWKKHjO

Friday, March 4, 2011

Sesiapa yang berminat nak sewakan kereta Persona untuk kegunaan Jelajah 1 Malaysia


Last call

Kepada pemilik Persona auto standard spec !!! Sesiapa yang berminat nak sewakan selama 14 hari untuk kegunaan Acara Lumba Basikal Jelajah 1 Malaysia sila berhubung segera..
Diperlukan pada 3/3 sehinga 17/3.Bayarannya sebanyak Rm 1200.Segala kerosakkan dijamin sepenuhnya oleh PROTON.017-6633392

Sila berurusan dengan bro. Nazir Ali 016-6155504





Jelajah 1 Malaysia 2011

Cycling fans! Jelajah 1 Malaysia 2011 will kick off this year from 8th Mac - 13th Mac 2011, this year the race will cover over 1000km across 4 states with team participation from locals and asian countries.

The race will involves 6 stage as follows:-

Stage 1 - 8th March
Kota Iskandar -> Bandar Penawar : 166.1KM

Stage 2 - 9th March
Bandar Penawar -> Kluang : 193.9KM

Stage 3 - 10th March
Kluang -> Kuala Rompin : 163.8KM

Stage 4 - 11th March
Kuala Rompin -> Pekan : 89.5KM

Stage 5 - 12th March
Pekan -> Bentong : 222.5KM

Stage 6 - 13th March
Batu Caves -> Universiti Sains Islam Malaysia, Nila : 175.2KM

There will be mini carnivals at all stages that will involves recreational and entertainment activities as well as exhibitions from various organisations and in additional to that, there will be 3 main carnivals that will run for 2 days at these locations:-

Kluang, Johor(Dewan Tunku Ibrahim Ismail)
9th -10th March

Pekan, Pahang(Dataran Pekan)
11th - 12th March

Nilai, Negeri Sembilan(USIM)
13th-14th March


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN6cQn97tFanLp36pamXTwF6z917S18murueyZJ-aTtneeVwb4x1HeL-aGXo0veyVyB0cGC_IDJB8l_oZ0x0WCJg7npem3tOlO41TTJxRDInIz5KOT_ibcPFD2iV_egvthyhXMMOBziBM/s1600/IMG_0401.JPG

If you live nearby, come on by with your camera or an umbrella support your favorite teams or join in the activities. Dont miss the heat! ^_^

Official website visit: www.jelajahmalaysia.com


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FYaUQkbl

Monday, February 21, 2011

Hannah Montana musnah keluarga Cyrus

BERLAKON...Cyrus dan Miley dalam penggambaran siri televisyen Hannah Montana.
BERLAKON...Cyrus dan Miley dalam penggambaran siri televisyen Hannah Montana.
TERKENAL...Miley bersama ibunya keluar makan tengah hari di restoran Bea Bea's di Burbank, California.
TERKENAL...Miley bersama ibunya keluar makan tengah hari di restoran Bea Bea's di Burbank, California.
BAPA bintang remaja Miley Cyrus mendakwa program televisyen terbitan Disney Hannah Montana menghancurkan kehidupan keluarganya.
Billy Ray Cyrus mengeluarkan kenyataan itu selepas beberapa siri skandal mencemarkan imej baik anak perempuannya yang bergelar jutawan dan kini berusia 18 tahun.
"Saya berterus-terang dengan anda sekarang bahawa rancangan TV itu memusnahkan keluarga saya," ujar penyanyi country itu.

Cyrus yang melakonkan watak bapa dan pengurus Miley dalam siri TV Hannah Montana, dalam wawancara bersama majalah GQ di Amerika Syarikat, malah mendakwa keluarganya terkena serangan syaitan.

Peranan Miley sebagai remaja yang mempunyai kehidupan rahsia sebagai bintang pop Hannah Montana menaikkan namanya ke seluruh dunia.


Miley juga berjaya menjadi penyanyi terkenal dalam kehidupan sebenar dan dijangka memperoleh pendapatan lebih 20 juta pound (RM98.2 juta) hasil pembabitannya dalam siri Hannah Montana.

Bagaimanapun, Cyrus berkata: "Tidak disangsikan siri TV itu memberi pendapatan lumayan kepada Miley. Namun, ada kalanya, kepercayaan saya dan Miley turut goyah. Itu perkara yang amat menyedihkan saya.


"Saya bimbang tentang Miley. Ada ramai orang di sekelilingnya yang memberi pengaruh buruk kepadanya."

"Saya mahu melindunginya daripada semua malapetaka dan bahaya."

Penyanyi berusia 49 tahun itu yang mempunyai lagu popular Achy Breaky Heart di British pada 1992 berkata, dia berharap siri Disney itu tidak pernah berlaku.

"Saya benci mengatakannya tetapi saya berharap siri TV itu tidak pernah berlaku. Saya ingin melupakannya serta-merta jika saya boleh melakukannya," tambahnya.

Miley mencetuskan kontroversi apabila dia muncul separuh bogel dalam majalah Vanity Fair ketika berusia 15 tahun. Dia turut berpakaian menjolok mata dan mempersembahkan tarian lucah dalam konsertnya setahun kemudian hingga menimbulkan kemarahan golongan ibu bapa.

Rakaman video menunjukkan dia menghisap ganja tahun lalu yang terbongkar juga memburukkan lagi imejnya.

Namun, Cyrus yang berpisah dengan isterinya, Tish berkata, dia seolah-olah sudah menyaksikan tanda-tanda malapetaka itu ketika masih menjalani penggambaran musim akhir Hannah Montana bersama Miley.

"Saya pergi bekerja setiap hari walaupun tahu keluarga saya akan musnah dan saya masih duduk di depan kamera," katanya kepada majalah GQ.


"Saya melihat ke belakang dan berfikir, "Bagaimana saya boleh menghadapi semua itu?" Saya mungkin pelakon yang baik daripada yang saya fikirkan."

Cyrus berkata dia terpaksa menanggung kesalahan setiap kali Miley terbabit dengan masalah.

"Setiap kali sesuatu terjadi dalam kerjaya Miley, setiap kali ada perkara buruk yang berlaku mereka akan merujuk kepada saya.

"Saya menerimanya kerana saya bapanya dan itu yang akan dilakukan sebagai seorang bapa."

Cyrus menambah: "Ada ramai orang yang akan membuat penilaian terhadap Miley. Saya bangga mengatakannya hari ini yang saya tidak pernah mengambil walaupun sesen pun daripada pendapatan Miley."

Dia mendakwa pengurus Miley memberitahunya insiden ganja itu bukan urusannya. Namun Cyrus berkata: "Saya sepatutnya menjadi bapa yang lebih baik. Saya patut katakan 'cukuplah semua itu' tetapi saya tidak melakukannya."


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1EZY6xUav

Thursday, February 17, 2011

Penampilan Terbaru Cut Tari



Kehadiran pengacara kontroversi Cut Tari di konsert solo Datuk Sheila Majid ’25 Years Radiance Celebration Live in Jakarta’ membangkitkan sedikit kekecohan di ruangan lobi Dewan Plenari, Pusat Konvokesyen Jakarta
Pasangan bahagia Indonesia & Malaysia, Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair turut hadir untuk menonton persembahan Sheila Majid. Manakala, kelibat selebriti Malaysia yang kelihatan hadir di konsert tersebut hanya’lah penyanyi popular, Anuar Zain.
Menurut Joe, Sheila Majid merupakan satu-satunya contoh artis yang tahu mengenai keinginan peminat di sana. Bukan seperti sesetengah orang yang hanya pandai berkomen, merungut & komplen sana-sini mengenai industri muzik di sana, dan bersikap rasis. Seperti memanggil mereka dengan panggilan ‘Indon’, sepatutnya ‘Indo’.
Difahamkan, harga tiket konsert Sheila Majid sama harga dengan konsert Janet Jackson yang berlangsung di Singapura, minggu lepas. Layankan gambar Cut Tari, Bunga Citra Lestari, Anuar Zain & ramai lagi selepas ini.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1E92KCyzK

Tuesday, February 15, 2011

Ticket For Maher Zain Concert in Malawati Stadium,Shah Alam 25 & 26 February



Featuring:
MESUT KURTIS (Macedonia), IRFAN MAKKI (Canada) & INTEAM (Malaysia)

Ticket:
RM297 | RM253 | RM203 | RM103 | RM53

* Children under 3 years old (hold on the lap of parents) is allowed
for FREE ENTRANCE. (No seat is provided)

Where to buy:
www.tickethotline.com.my
Tel: +603-7725 1177 / +603-7725 1166

Ticket Outlets (start selling on 17th Jan 2011)
Rock Corner@1 Utama
Rock Corner@The Curve
Rock Corner@Suria KLCC
Rock Corner@The Garden
Rock Corner@Ampang Point
Rock Corner@Subang Parade


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1E1slmH5P

Ticket For Maher Zain Concert in Malawati Stadium,Shah Alam 25 & 26 February



Featuring:
MESUT KURTIS (Macedonia), IRFAN MAKKI (Canada) & INTEAM (Malaysia)

Ticket:
RM297 | RM253 | RM203 | RM103 | RM53

* Children under 3 years old (hold on the lap of parents) is allowed
for FREE ENTRANCE. (No seat is provided)

Where to buy:
www.tickethotline.com.my
Tel: +603-7725 1177 / +603-7725 1166

Ticket Outlets (start selling on 17th Jan 2011)
Rock Corner@1 Utama
Rock Corner@The Curve
Rock Corner@Suria KLCC
Rock Corner@The Garden
Rock Corner@Ampang Point
Rock Corner@Subang Parade


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1E1slmH5P

Monday, February 14, 2011

Senarai produk kecantikan & pelansingan berbahaya

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam
Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna. Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba. “Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor. Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. “Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan. Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung. “Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya. Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.
INFO Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Kintop
Body Beaus
BMI-9Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo
Pill Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream
Papaya Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG47
Untuk Maklumat lanjut anda boleh lah membaca berita EKSLUSIF tentang penipuan dalam bidang kosmestik di sini


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1DtwWTBAS