
Kehadiran pengacara kontroversi Cut Tari di konsert solo Datuk Sheila Majid ’25 Years Radiance Celebration Live in Jakarta’ membangkitkan sedikit kekecohan di ruangan lobi Dewan Plenari, Pusat Konvokesyen Jakarta

Pasangan bahagia Indonesia & Malaysia, Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair turut hadir untuk menonton persembahan Sheila Majid. Manakala, kelibat selebriti Malaysia yang kelihatan hadir di konsert tersebut hanya’lah penyanyi popular, Anuar Zain.
Menurut Joe, Sheila Majid merupakan satu-satunya contoh artis yang tahu mengenai keinginan peminat di sana. Bukan seperti sesetengah orang yang hanya pandai berkomen, merungut & komplen sana-sini mengenai industri muzik di sana, dan bersikap rasis. Seperti memanggil mereka dengan panggilan ‘Indon’, sepatutnya ‘Indo’.
Difahamkan, harga tiket konsert Sheila Majid sama harga dengan konsert Janet Jackson yang berlangsung di Singapura, minggu lepas. Layankan gambar Cut Tari, Bunga Citra Lestari, Anuar Zain & ramai lagi selepas ini.






Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1E92KCyzK
No comments:
Post a Comment