Tuesday, February 22, 2011

Antara irama lagu dan kebebasan bermuzik.


Ada muzik yang datang dari Indonesia ke Kuala Lumpur, dari Amerika ke Johor Bahru, dari Jamaica ke Kedah dan dari Eropah ke Pulau Pinang. Ada juga yang datang dari padang pasir, dan ianya di kenali sebagai muzik dari padang pasir. Setiap masyarakat di dunia ini memilih muzik sebagai satu bahan untuk pentaskan budaya masing-masing di samping menyampaikan ideologi-ideologi berteraskan pemahaman masing-masing, apa yang dipercayai dan apa yang tersirat antara mereka. Jelasnya muzik yang berteraskan fahaman cinta di terima ramai seluruh dunia amnya.
Jika di Indonesia muzik Dangdutnya, di Jamaica dengan muzik reggae mereka. Itu pilihan masing-masing. Di Amerika, muzik digunakan sebagai pentas terbaik meluahkan apa yang tersirat.

P1010331-FB
Di Kedah pula, konsert yang melibatkan muzik rock, reggae, pop dan dangdut adalah tidak dibenarkan. The Star melaporkan Kerajaan Negeri Kedah melaksanakan satu formula untuk mengelakkan gejala sosial yang telah lama ada sejak dari dahulu di Kedah dan dengan itu konsert yang melibatkan muzik rock, reggae, pop dan dangdut adalah tidak dibenarkan.
“We are currently formulating a comprehensive guideline for concerts. “Until then, concerts of such nature are banned,” State executive councilor Dr Ismail Salleh, taken from The Star Online 29 August 2008.
Dari sini, kita melihat bahawa sebarang unsur-unsur muzik tersebut sesama sekali tidak dibenarkan. Adakah artis yang membawakan aliran muzik-muzik tersebut yang tidak dibenarkan untuk membuat persembahan, atau muzik mereka, atau jika artis yang membawakan unsur-unsur muzik tersebut dan imej muzik mereka yang tidak dibenarkan? Atau hanya muzik yang berunsurkan ketuhanan sahaja yang dibenarkan?
Lagu-lagu ketuhanan banyak dikaitkan dengan muzik ala nasyid dan bila terdengar muzik ala nasyid kita terbayangkan penggunaan alat muzik gendang yang menyerlah, kedengaran seperti muzik dari padang pasir. Di Indonesia, sebuah kumpulan muzik pop, Ungu, berjaya menambat hari ramai dengan lagu ketuhanan mereka, Andai Ku Tahu. Di Amerika, Native Deen, yang terdiri dari beberapa orang kulit hitam yang beragama Islam merombak muzik jenis hip-hip r&b untuk menyampaikan dakwah Islam. Ini adalah muzik citarasa masyarakat Amerika, yang rata-ratanya pemuda dan pemudi. Harus di ingatkan juga di Amerika juga ada aliran jenis muzik ‘Christian Rock’ yang juga artisnya itu juga terkenal di Malaysia.

Di Malaysia pula, Akademi Nasyid melahirkan idea-idea baru tentang muzik berunsurkan Islam. Di peringkat akhir siri tv realiti tersebut membariskan pemuzik handalan sebagai tunjang belakang muzik di samping kretiviti peserta pertandingan. Ada juga yang bernasyid dengan menggunakan gitar dan mereka mempunyai kepandaian untuk melakarkan melodi menggunakan suara dengan teknik-teknik yang terbaik, dengan harapan untuk menjuarai Akademi Nasyid tersebut.
Kehadiran Ramli Sarip dengan lagu Perjalanan Hidup cukup menghiburkan. Sebuah lagu yang sedap menceritakan tentang kehidupan di muka bumi Tuhan. Menambat ramai orang-orang termasuk dewasa.
Apa yang dikatakan oleh Dr Ismail Salleh adalah sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan secara tepat dan membingungkan ramai pihak dan artis sendiri. Bagaimana jika artis itu membawakan muzik yang tidak kedengaran seperti muzik Nasyid padang pasir, tetapi berunsurkan ketuhanan disamping campuran kretiviti dari pelbagai jenis muzik supaya ianya sedap didengar oleh semua. Muzik yang sedap didengar pasti akan menambat ramai.
Kumpulan Raihan muncul dan berjaya menawan ramai kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga perlukan sentuhan muzik untuk kita sampaikan apa yang sepatutnya disampaikan mengikut tahap kedewasaan mereka, dan jika kita ingin menjaga moral para remaja kita, harus juga kita menggunakan muzik yang menjadi citarasa remaja masakini. Sedangkan muzik yang tergolong dalam muzik pop dan rock tidak dibenarkan langsung di Kedah dan kita telah membuang jenis muzik yang diminati remaja. Di Kedah, konsert rock juga telah lama tidak ada. Bukan hanya setelah apabila kerajaan PAS mengambil alih, dan pastinya dari dahulu juga gejala sosial telah ada di Kedah.
Peraturan yang ditetapkan JAKIM dalam pertandingan Nasyid kebangsaan sendiri seharusnya di pertimbangkan demi mewujudkan satu jawatan kuasa yang lebih terbuka dalam menilai satu-satu artis yang membawakan muzik-muzik mereka. Dari peraturan tersebut tercatit nasyid tradisi bermaksud lagu yang mengandungi unsur-unsur antaranya bayati, nahwan, sikah, ras, sobah, hijaz dan lagu nasyid moden ialah lagu selain daripada lagu tradisi tetapi hendaklah tidak termasuk rentak seperti rock, heavy metal, jazz, hip hop dan rap. Sedangkan rentak seperti jazz, hip hop dan rap adalah muzik kegemaran remaja masakini. Jika rentak ini dibawakan dengan mesej ketuhanan pasti dapat menarik remaja untuk mendengar dan menghayati lirik-lirik di dalam lagu tersebut. Bukankah ini secara logiknya kita fahami dapat mengawal gejala sosial dan keruntuhan moral.
Lagu Malique berduet dengan M Nasir, Mentera Beradu amat tepat dengan citarasa remaja. Lagu Alhamdulillah dari Too Phat juga. Tetapi ini bukan dalam kategori Nasyid Moden kerana terdapat unsur-unsur rap dan hip hop. Lagu ketuhanan, Andai Ku Tahu, dari kumpulan Ungu tidak dikira Nasyid Moden, kerana terdapat unsur pop.
Membuat lirik ketuhanan itu memerlukan keikhlasan dari pencipta. Dan untuk memenangi pertandingan ini gubahan lagu harus di ambil kira oleh peserta dan kretiviti mereka terbatas dengan peraturan jenis muzik. Tetapi jika unsur-unsur pop dan jazz di gunakan pasti dapat menambat ramai untuk mendengar lagu-lagu ketuhanan. Kretiviti peserta untuk menyampaikan mesej cintakan Tuhan dan Islam juga adalah utama. Jika semua ini diambil perhatian oleh Dr Ismail, pasti ramai anak-anak muda di Kedah ini yang lebih berkeyakinan untuk tidak membuat aktiviti membuang masa
seperti merempit dan maksiat. Semoga kita kearah kebaikan.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1Ebv7Aw16

No comments:

Post a Comment