Showing posts with label pa sistem. Show all posts
Showing posts with label pa sistem. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Notis




Ilham Nurul Resources sedang melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf perkhidmatan kami,merangkumi
kerja-kerja dekorasi pejabat urusan,sistem internet,faksimili & telefon serta ruang pameran (showroom).
Kami memohon maaf kepada para pelanggan dan pengguna perkhidmatan kami sekiranya kerja-kerja penambahbaikan ini memperlahankan aktiviti perniagaan kami sehingga menyulitkan pihak anda.
Kerja-kerja penambahbaikan ini adalah perlu demi menampung beban kerja yang bertambah,disamping usaha untuk menambah mutu perkhidmatan kami.
Sebarang maklumat boleh diperolehi melalui blog ini dari masa ke semasa.Kami akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam apa jua keadaan.


Pengurusan,
Ilham Nurul Resources

Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1IBt7jiKE

Monday, March 21, 2011

Sejarah Perakaman Dan Pengeluaran Semula Bunyi


Perakaman dan pengeluaran semula bunyi ialah inskripsi dan penciptaan semula elektrik atau mekanik gelombang bunyi yang biasanya digunakan untuk suara atau untuk muzik.

FONOGRAF SILINDER

Peranti perakaman dan pengeluaran semula bunyi praktik yang pertama ialah fonograf silinder mekanik yang direka oleh Thomas Edison pada tahun 1877 dan dipatenkannya pada tahun1878. Dari beberapa segi, rekaannya agak serupa dengan fonoautograf yang dipatenkan oleh Edouard-Leon Scott de Martinville pada tahun 1857. Tidak lama kemudian, rekaan itu tersebar ke seluruh dunia dan pada sepanjang dua dekad yang berikut, perakaman, pengedaran, dan penjualan perakaman bunyi komersil menjadi sebuah industri antarabangsa baru yang semakin bertumbuh, dengan judul-judul yang paling popular menjual pada jumlah berjuta-juta menjelang awal dekad 1900-an. Perkembangan teknik-teknik pengeluaran secara besar-besaran membolehkan perakaman silinder menjadi suatu barang pengguna baru yang utama di negara-negara perindustrian, dengan silinder merupakan format pengguna yang utama dari lewat dekad 1880-an sehingga sekitar 1910.


CAKERA

Perkembangan teknik utama yag berikut ialah perekaan cakera gramofon yang umumnya dikatakan direka oleh Emile Berliner dan diperkenalkan ke Amerika Syarikat secara komersil pada tahun 1889.
Cakera adalah lebih mudah untuk dikilangkan, diangkut, serta disimpan, dan mempunyai manfaat tambahan bahawa ia dapat dirakam dan dimain pada kedua-dua belahnya — sebaliknya, silinder hanya mempunyai satu sisi yang tunggal, akibat strukturnya. Jualan-jualan rekod gramofon mengatasi jualan silinder pada sekitar tahun 1910 dan menjelang keakhiran Perang Dunia I, cakera telah menjadi format perakaman komersil yang utama. Dalam berbagai-bagai perubahan susunan, format cakera audio menjadi bahantara yang utama untuk perakaman bunyi sehingga keakhiran abad ke-20, dengan cakera syelek 78 pusingan seminit merupakan format muzik pengguna yang piawai dari awal dekad 1930-an sehingga lewat 1950-an.
Walaupun ketika itu tidak terdapat kelajuan yang diterima sejagat, dengan berbagai-bagai syarikat menawarkan cakera yang dimain pada kelajuan yang berbeza-beza, syarikat-syarikat perakaman yang utama kemudian memilih piawai industri de facto 78 pusingan seminit yang memberikan format cakera itu nama samaran sebagai "tujuh puluh lapan".


PERAKAMAN ELEKTRIK

Perakaman bunyi bermula sebagai suatu proses mekanik yang dikekalkan sehingga dekad 1920-an apabila satu siri perekaan yang utama dalam bidang elektronik menukarkan sepenuhnya perakaman bunyi serta industri perakaman yang masih muda itu. Ini termasuk transduser-transduser bunyi seperti mikrofon dan pembesar suara, peranti-peranti perakaman seperti perakam pita, serta juga berbagai-bagai peranti elektronik seperti meja pencampuran yang kesemuanya itu direka bentuk untuk menguatkan dan mengubah suai isyarat-isyarat bunyi elektrik. Selepas fonograf Edison yang mungkin merupakan kemajuan yang paling penting dalam bidang perakaman bunyi ialah sistem-sistem elektronik yang diireka oleh dua orang ahli sains Amerika Syarikat antara tahun 1900 dan 1920.
Pada tahun 1906, Lee De Forest mereka "Audion", injap elektronik tiub vakuum triod, yang amat menguatkan isyarat-isyarat elektrik yang lemah, dan peranti ini kemudian menjadi asas untuk semua sistem bunyi elektrik yang kemudian sehingga perekaan transistor. Ini diikuti dengan cepat oleh perekaan litar jana semula, litar jana semula super, dan litar penerima superheterodin, dengan kesemuanya direka dan dipatenkan oleh Edwin Armstrong, genius elektronik, antara tahun 1914 dan 1922.
Rekaan-rekaan Armstrong menyebabkan perakaman dan pengeluaran semula bunyi elektrik fideliti tinggi menjadi suatu kenyataan praktik, dan memudahkan perkembangan amplifierelektronik, serta banyak peranti yang lain; menjelang awal dekad 1930-an, sistem-sistem ini telah menjadi piawai dalam industri perakaman dan radio. Rekaan-rekaan Armstrong yang penting itu juga memungkinkan penyiaran pemancaran julat jauh suara dan muzik yang bermutu tinggi. Pentingnya litar superheterodin Armstrong tidak boleh diperkecilkan — ia adalah komponen yang utama untuk hampir semua peranti penghantar dan penerima amplifikasi dan frekuensi radio analog pada abad ke-20.


FORMAT-FORMAT PERAKAMAN YANG LAIN

Tempoh ini juga memperlihatkan banyak perkembangan bersejarah yang lain, termasuk pengenalan perakam wayar magnet, sistem perakaman bunyi magnet praktik yang pertama yang berdasarkan kerja Valdemar Poulsen, pereka Denmark. Walaupun perakam wayar itu berkesan, mutu bunyinya tidak baik dan oleh itu, ia digunakan khusus untuk merakamkan suara dan dipasarkan sebagai perakam suara perniagaan antara kedua-dua perang dunia.
Pada dekad 1930-an, Guglielmo Marconi, perintis radio, mengembangkan sebuah sistem perakaman bunyi magnet yang menggunakan pita keluli. Pita-pitanya diperbuat daripada bahan yang sama dengan mata pisau cukur dan tidaklah hairan bahawa perakam-perakam Marconi-Stille yang ditakuti itu dianggap sangat berbahaya sehingga para juruteknik terpaksa mengendalikan mesin-mesin tersebut daripada bilik yang berasingan demi keselamatan. Disebabkan kelajuan perakaman yang tinggi yang diperlukan, mesin-mesin itu terpaksa menggunakan amat banyak gulungan pita yang semeter diameternya. Selain itu, pita-pita yang nipis itu juga kerap kali putus, dan mengakibatkan cebisan-cebisan pita keluli melayang-layang di seluruh studio.
Lagi satu rekaan utama dalam perakaman bunyi pada tempoh ini ialah sistem bunyi-pada-filem optik yang umumnya juga dikatakan dicipta oleh Lee De Forest. Walaupun "Talkie" awal yang terkenal seperti The Jazz Singer menggunakan sistem bunyi-pada-cakera, industri filem kemudian mengambilguna sistem bunyi-pada-filem optik, dan ini menukar sepenuhnya industri filem pada dekad 1930-an, dan memulakan zaman 'gambar bercakap'. Sistem bunyi-pada-filem optik yang mendasarkan sel fotoelektrik menjadi piawai sistem audio filem di seluruh dunia sehingga digantikan pada dekad 1960-an.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1HCp5yQ97

Tuesday, February 22, 2011

Antara irama lagu dan kebebasan bermuzik.


Ada muzik yang datang dari Indonesia ke Kuala Lumpur, dari Amerika ke Johor Bahru, dari Jamaica ke Kedah dan dari Eropah ke Pulau Pinang. Ada juga yang datang dari padang pasir, dan ianya di kenali sebagai muzik dari padang pasir. Setiap masyarakat di dunia ini memilih muzik sebagai satu bahan untuk pentaskan budaya masing-masing di samping menyampaikan ideologi-ideologi berteraskan pemahaman masing-masing, apa yang dipercayai dan apa yang tersirat antara mereka. Jelasnya muzik yang berteraskan fahaman cinta di terima ramai seluruh dunia amnya.
Jika di Indonesia muzik Dangdutnya, di Jamaica dengan muzik reggae mereka. Itu pilihan masing-masing. Di Amerika, muzik digunakan sebagai pentas terbaik meluahkan apa yang tersirat.

P1010331-FB
Di Kedah pula, konsert yang melibatkan muzik rock, reggae, pop dan dangdut adalah tidak dibenarkan. The Star melaporkan Kerajaan Negeri Kedah melaksanakan satu formula untuk mengelakkan gejala sosial yang telah lama ada sejak dari dahulu di Kedah dan dengan itu konsert yang melibatkan muzik rock, reggae, pop dan dangdut adalah tidak dibenarkan.
“We are currently formulating a comprehensive guideline for concerts. “Until then, concerts of such nature are banned,” State executive councilor Dr Ismail Salleh, taken from The Star Online 29 August 2008.
Dari sini, kita melihat bahawa sebarang unsur-unsur muzik tersebut sesama sekali tidak dibenarkan. Adakah artis yang membawakan aliran muzik-muzik tersebut yang tidak dibenarkan untuk membuat persembahan, atau muzik mereka, atau jika artis yang membawakan unsur-unsur muzik tersebut dan imej muzik mereka yang tidak dibenarkan? Atau hanya muzik yang berunsurkan ketuhanan sahaja yang dibenarkan?
Lagu-lagu ketuhanan banyak dikaitkan dengan muzik ala nasyid dan bila terdengar muzik ala nasyid kita terbayangkan penggunaan alat muzik gendang yang menyerlah, kedengaran seperti muzik dari padang pasir. Di Indonesia, sebuah kumpulan muzik pop, Ungu, berjaya menambat hari ramai dengan lagu ketuhanan mereka, Andai Ku Tahu. Di Amerika, Native Deen, yang terdiri dari beberapa orang kulit hitam yang beragama Islam merombak muzik jenis hip-hip r&b untuk menyampaikan dakwah Islam. Ini adalah muzik citarasa masyarakat Amerika, yang rata-ratanya pemuda dan pemudi. Harus di ingatkan juga di Amerika juga ada aliran jenis muzik ‘Christian Rock’ yang juga artisnya itu juga terkenal di Malaysia.

Di Malaysia pula, Akademi Nasyid melahirkan idea-idea baru tentang muzik berunsurkan Islam. Di peringkat akhir siri tv realiti tersebut membariskan pemuzik handalan sebagai tunjang belakang muzik di samping kretiviti peserta pertandingan. Ada juga yang bernasyid dengan menggunakan gitar dan mereka mempunyai kepandaian untuk melakarkan melodi menggunakan suara dengan teknik-teknik yang terbaik, dengan harapan untuk menjuarai Akademi Nasyid tersebut.
Kehadiran Ramli Sarip dengan lagu Perjalanan Hidup cukup menghiburkan. Sebuah lagu yang sedap menceritakan tentang kehidupan di muka bumi Tuhan. Menambat ramai orang-orang termasuk dewasa.
Apa yang dikatakan oleh Dr Ismail Salleh adalah sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan secara tepat dan membingungkan ramai pihak dan artis sendiri. Bagaimana jika artis itu membawakan muzik yang tidak kedengaran seperti muzik Nasyid padang pasir, tetapi berunsurkan ketuhanan disamping campuran kretiviti dari pelbagai jenis muzik supaya ianya sedap didengar oleh semua. Muzik yang sedap didengar pasti akan menambat ramai.
Kumpulan Raihan muncul dan berjaya menawan ramai kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga perlukan sentuhan muzik untuk kita sampaikan apa yang sepatutnya disampaikan mengikut tahap kedewasaan mereka, dan jika kita ingin menjaga moral para remaja kita, harus juga kita menggunakan muzik yang menjadi citarasa remaja masakini. Sedangkan muzik yang tergolong dalam muzik pop dan rock tidak dibenarkan langsung di Kedah dan kita telah membuang jenis muzik yang diminati remaja. Di Kedah, konsert rock juga telah lama tidak ada. Bukan hanya setelah apabila kerajaan PAS mengambil alih, dan pastinya dari dahulu juga gejala sosial telah ada di Kedah.
Peraturan yang ditetapkan JAKIM dalam pertandingan Nasyid kebangsaan sendiri seharusnya di pertimbangkan demi mewujudkan satu jawatan kuasa yang lebih terbuka dalam menilai satu-satu artis yang membawakan muzik-muzik mereka. Dari peraturan tersebut tercatit nasyid tradisi bermaksud lagu yang mengandungi unsur-unsur antaranya bayati, nahwan, sikah, ras, sobah, hijaz dan lagu nasyid moden ialah lagu selain daripada lagu tradisi tetapi hendaklah tidak termasuk rentak seperti rock, heavy metal, jazz, hip hop dan rap. Sedangkan rentak seperti jazz, hip hop dan rap adalah muzik kegemaran remaja masakini. Jika rentak ini dibawakan dengan mesej ketuhanan pasti dapat menarik remaja untuk mendengar dan menghayati lirik-lirik di dalam lagu tersebut. Bukankah ini secara logiknya kita fahami dapat mengawal gejala sosial dan keruntuhan moral.
Lagu Malique berduet dengan M Nasir, Mentera Beradu amat tepat dengan citarasa remaja. Lagu Alhamdulillah dari Too Phat juga. Tetapi ini bukan dalam kategori Nasyid Moden kerana terdapat unsur-unsur rap dan hip hop. Lagu ketuhanan, Andai Ku Tahu, dari kumpulan Ungu tidak dikira Nasyid Moden, kerana terdapat unsur pop.
Membuat lirik ketuhanan itu memerlukan keikhlasan dari pencipta. Dan untuk memenangi pertandingan ini gubahan lagu harus di ambil kira oleh peserta dan kretiviti mereka terbatas dengan peraturan jenis muzik. Tetapi jika unsur-unsur pop dan jazz di gunakan pasti dapat menambat ramai untuk mendengar lagu-lagu ketuhanan. Kretiviti peserta untuk menyampaikan mesej cintakan Tuhan dan Islam juga adalah utama. Jika semua ini diambil perhatian oleh Dr Ismail, pasti ramai anak-anak muda di Kedah ini yang lebih berkeyakinan untuk tidak membuat aktiviti membuang masa
seperti merempit dan maksiat. Semoga kita kearah kebaikan.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1Ebv7Aw16

Friday, January 28, 2011

Home Recording Basic


WOULDN'T IT BE GREAT TO BUILD YOUR OWN HOME RECORDING STUDIO?

AS A MUSICIAN, CHANCES ARE AT SOME POINT YOU'VE WONDERED ABOUT THE POSSIBILITY OF RECORDING YOUR MUSIC.
WHETHER IT'S FOR A DEMO, TO SHARE WITH FRIENDS, OR SIMPLY FOR THE THRILL OF HEARING YOURSELF PERFORM, AT LEAST ADMIT TO YOURSELF THAT THE IDEA OF RECORDING YOUR MUSICAL PERFORMANCES IS INTRIGUING.
THE PROBLEM IS THAT IT'S AN INTIMIDATING HOBBY TO GET STARTED IN. BETWEEN THE HEAVY DOSES OF IMPRESSIVE SOUNDING JARGON AND THE INTERACTION OF ALL THE MANY DIFFERENT COMPONENTS, IT'S EASY TO BE DISCOURAGED.

my home studio
LIKE YOU I WANTED TO MAKE MY OWN AUDIO RECORDINGS, BUT NEEDED SOME ADVICE ON WHAT I NEEDED TO GET STARTED. I WANT TO HELP YOU WITH SOME OF THE THINGS I'VE LEARNED AS I CREATED MY OWN HOME RECORDING STUDIO.
I'LL EXPLAIN THE BASICS OF EACH STEP ALONG THE WAY. TOGETHER WE'LL CREATE A BASIC HOME RECORDING SETUP THAT'S RIGHT FOR YOU.
ALL YOU NEED IS A PASSION FOR MUSIC, SOME BASIC RECORDING EQUIPMENT, AND A WILLINGNESS TO LEARN.
MUSICIANS -- FROM SMOOTH FINGER-PICKERS & ELECTRIC BLUES-LICKERS TO 80S METAL FACE MELTERS... ONE THING UNITES US ALL. THE DESIRE TO EXPRESS EMOTION THROUGH THE EXPERIENCE OF SOUND.
FOR ALL OF OUR WORDS AND EXPRESSIONS, THEY OFTEN PROVE TO BE INADEQUATE WHEN COMPARED TO THE ELEGANCE OF MUSIC.
YOU HAVE A SYMPHONY INSIDE, READY TO BE UNLEASHED.


BASIC STUDIO BUILDER


The Basic Studio Builder will be your step by step guide to creating your very own Basic Home Recording Studio. Your home recording studio will be a collection of various pieces of hardware and software. The beauty is that it will be custom made for your needs.
Each step in the Basic Studio Builder will describe a different aspect of the home studio. For more information on any step click on the hyperlinks within or check the navigation sidebar.


Following each description will be a 'Basic Studio Builder Rating' to recommend how much of your budget to dedicate to the gear in that section. Here is the definition of each rating:
$ - A good place to save some money.
$$ - Spend a bit more and buy some additional quality.
$$$ - Splurge here knowing that you'll be happier in the long run.
This basic setup will get you started with the least amount of gear and equipment. If you're not quite sure if you want to make an investment in this hobby yet, then this is the place to start.
Still feeling anxious about getting started? Maybe an overall explanation of Recording Basis will help put your mind at ease. After all, this is supposed to be fun!
Now it's time to kick the tires and light the fires. Yeeehaw!!

Choose a Location


We start with choosing a location for your home studio. The location is important because this will be your sanctuary, your shelter from the storm of your everyday life.
This should be a place where you can be reasonably isolated. I would recommend using a spare bedroom or office as a dedicated space.
Try to setup your studio in a separate part of your home if possible, rather than double booking a current room (i.e. your bedroom or living room), so that you can focus on your music free from distraction.
A basement area would be ideal since you will be able to eliminate some of the ambient noises of the neighborhood around you.
Most importantly, choose a location where you feel comfortable and can let your creativity freely flow.

Get Furnished


Having a smart layout makes all the difference in the world.All of your gear should be laid out so you can enter the room and get right to work.
Nothing will scare off a great idea faster than searching for cables, mics, FX pedals, tuners, etc.Musical inspiration is delicate like a house of cards... one false move and it all falls down. It's also be like playing Jenga while drinking.
The analogy depends on if you like making card houses or drinking. In any event...
Have your gear organized and close to you. Get some easy to reach storage containers with drawers to keep all your loose accessories and spares together in one place.
Buy enough furniture so that everything has its own dedicated space and isn't piggybacked on another piece of gear... even something you don't use.
If at any point you find that you are not using something regularly...




Get Rid Of It From Your Setup!

Don't throw it out on the street, but store it away so that it's not a constant distraction. Simplify your studio and simplify your life.
Later when you have your gear ready to go, spend some time doing a "day-in-the-life" of your setup before running cables and cords. In other words, sit down and physically go through the motions of what you would do during a session.

For example, you sit down, grab your guitar, position a mic for vocals. Lay out your hardware so that cables don't overlap and get mixed up. All of your gear should be readily accessible without resulting in a tangled nightmare.
Get stands for your monitors, get stands for your mics, get stands for your guitars and keyboards, surge protectors with plenty of inputs.
This is a good place to spend some scratch... a bad layout will crush your creativity and your desire to spend time in your studio.
You don't need fancy professional custom studio furniture, but you do need to make sure it's all laid out nicely.





Choosing an Audio Interface



The Audio Interface is what bridges the gap between your music and the digital recording world in your home studio.
Although there are other options to choose from, the Audio Interface is the most straight-forward solution.
The main advantage of an Audio Interface is that you get your analog-to-digital converters, mic preamps, MIDI interface, and phantom power supply all in one unit.
Another great feature is that they connect to your computer via FireWire or USB interface, so you can have it in an easy to reach spot.
The decision of which AI you choose will largely come down to the number of mic preamp inputs you'll need. Are you gonna be a solo act with one vocal mic and one mic for your acoustic? - that's 2 right away.
If your lead guitar guy comes over to jam he'll probably want to mic his vocals as well plus plug in his electric axe to lay down some filthy epic riffs - that's 2 more.
And those are just the mono inputs - stereo inputs (such as those from a digital piano or synth) will use them up twice as fast.
They add up in a hurry so think this out for a bit. Try to have some foresight for expansion down the road. Having a few extra inputs can help avoid the headache of owning a piece of gear that can't do what you want.
You know that saying "Less is More"?? We'll in this case "More is More".
Check out the dedicated page for Audio interfaces for a more in-depth discussion. If you are ready to pull the trigger on an Audio Interface, check out the Audio Interface Buying Guide to compare several popular models.
As mentioned above, your Audio Interface will connect directly into your Digital Audio Workstation, so make sure the interface type (FireWire / USB) is supported by your machine.


The Digital Audio Workstation


It's time to put that computer of yours to good use there, Champ. Here is where we describe your Digital Audio Workstation (or DAW).

Although 'Digital Audio Workstation' is a generic term that could describe a wide range of equipment, for our purposes it is simply your home computer complete with digital audio Recording Software.

This software allows you to manage the different audio and digital signals received by your computer, and can either be purchased by itself or bundled with an Audio Interface.Often the software included is more than sufficient to get your feet wet and decide if this is something that you'd want to make a more significant investment in.
As you've seen with other software applications, having only the minimum requirements will make you want to set your machine on fire and toss it into oncoming traffic.
Avoid this by upgrading your current machine or going for a newer model. Check out the Digital audio Workstation page for more info.
Remember, there are 10 types of people in the world... those that understand binary - and those that don't.


Selecting Microphones



The importance of the microphone in the home studio can't be understated. After all it is the gateway into your realm of home recording.This is a good place to buy a quality, durable piece of equipment. But don't go overboard because these things can also get crazy expensive.
Depending on what you're recording, there are a couple different Microphone options. A high-end model will collect every nuance, but without the proper room acoustics, equally high-end preamps, and other components you won't hear the difference... so these are no good to us.
For around $150 bucks you can get a quality condenser mic. Since this is just to get started, I'd recommend a condenser over a dynamic mic.
A condenser mic will give you the flexibility to do vocals and instrument recording... just make sure you have Phantom power!


Recording Direct


Another giant savings in your basic home studio setup is the ability to record your instruments direct... or without the use of amplifiers.To do this you will need the services of a Direct Box. This takes a high impedance instrument level signal as an input and outputs a balanced mic level signal.
So for example, you would be able to plug your guitar into a Direct Box then (ready for this?) put it directly into your mic preamp input on your mixer or audio interface. Click above for a more in-depth explanation.
I use these all over my home setup: from my electric guitar, from my vocalist live FX pedal, and even from my digital piano.
Giving the Audio Interface / Mixer the signal type it is expecting will help reduce unwanted noise and make recording your instruments a breeze.


The Studio Cable Connection


Now that the difficult decisions have been made, it's time to hook everything together so that the precious audio data can be delivered right where it needs to be.Check out the Studio Cable guide for more information on how to get just the right tools for the job.
Since we are not trying to buy gear for life "on the road" we can actually save money on cables. You'll need a lot of these (plus spares) so they could potentially eat up a lot of the budget.
How much you spend on these will depend on your tolerance for replacing worn out parts. If you are handy with a soldering iron, then you may not have a problem ever.
Otherwise if you don't want to be bothered, then it may be worth it to you to spend more and get a lifetime warranty.


Bringing it All Together





Now that you have all the gear and cables that you need... the next question is how does everything fit together.
Just like a sadistic jigsaw puzzle, getting all your equipment put together correctly can be a daunting task.
After all, there are no instructions for your unique setup right??
Well... not so fast.
Even though there are many many possibilities, chances are that your setup will fall into a few categories depending on what pieces of gear you have chosen for your studio.
Check out these Setup Diagrams to get some guidance on putting it all together. I know that between these examples and the knowledge you've gained along the way you'll be able to get you studio up and ready to rock.
Now all that's left if for you to start laying down those grooves, tunes, riffs, and licks that you've been keeping locked up inside all these years.

Victory Dance


Congratulations! Go ahead and do a little shimmy in your chair.At this point you should have the gear and knowledge you need to share your creativity with the world. There's no substitute for spending time and getting accustomed to your new studio gear.
Enjoy the journey of learning and discovery. If you are ready to add some more flexibility and capability to your rig, check out this site regularly.
Welcome to the world of digital home recording.




We are the music makers. And we are the dreamers of dreams...



Monday, January 24, 2011

Pengetahuan Asas Pengendalian Sound Sistem




Untuk rundingcara sebelum membeli atau menambah peralatan sila hubungi Mr.Pojie 017-6477528 bagi mendapatkan sebut harga dan khidmat nasihat.


Alamat awam atau "PA" sistem adalah sistem amplifikasi elektronik dengan pengadun, amplifier dan pembesar suara, digunakan untuk menguatkan suara .PA sistem ini sering digunakan di tempat-tempat kecil seperti auditorium sekolah,dewan, dan aktiviti luar.kebiasaanye ianya digunakan, untuk membaca pengumuman atau mengumumkan keadaan kecemasan. sistem intercom, yang sering digunakan disekolah, juga mempunyai mikrofon dalam setiap bilik sehingga ahli dapat membalas kepada pejabat pusat


SMALL SYSTEM

PA sistem mudah terdiri daripada satu mikrofon, amplifier mixer mudah bertenaga dan satu atau lebih pembesar suara.PA sistem jenis ini, sering memberikan 5-20 watt.Sebuah sumber suara seperti CD player atau radio boleh dihubungkan ke sistem PA sehingga muzik yang boleh dimainkan melalui system PA ini.Sistem PA biasanya terdiri daripada sumber input, preamplifiers dan / atau router isyarat, amplifier, kawalan dan peralatan pemantauan, dan pembesar suara. Input sumber merujuk pada mikrofon dan Pemain CD yang memberikan masukkan suara untuk sistem.Sumber-sumber input yang dimasukkan ke dalam preamplifiers dan router isyarat yang menentukan zon mana isyarat audio adalah makan. Isyarat preamplified kemudian jatuh ke amplifier. Bergantung pada peraturan suatu negara Penguat ini akan menguatkan isyarat audio untuk 50V, 70V atau 100V pembicara tingkat line. peralatan Kawalan memantau amplifier dan garis pembicara kesalahan sebelum mencapai pembesar suara. Peralatan kawalan ini juga digunakan untuk memisahkan zon dalam sistem PA. Pembesar suara digunakan untuk transduce isyarat elektrik menjadi isyarat bunyi analog.


LARGE SYSTEM

Beberapa sistem PA mempunyai speaker yang merangkumi kawasan yang agak luas contonya di luar bilik semua kompleks seperti stadium olahraga. Lebih dari sering sistem ini PA akan digunakan sebagai sistem suara penggera yang membuat pengumuman dalam keadaan kecemasan untuk mengambil ahli di dalam bangunan.


JENIS - JENIS PA SYSTEM


PA OVER IP

"PA Over IP" merujuk pada paging PA dan sistem interkom yang menggunakan Ethernet atau rangkaian GSM-R bukan sebuah analog terpusat atau penguat DSP untuk mengedar paging untuk semua lokasi di sebuah bangunan atau syarikat. Rangkaian Terdistribusi amplifier dipasang dan unit interkom digunakan untuk menyediakan fungsi komunikasi. Pada akhir penghantaran, sebuah komputer dengan siaran software khusus data audio digital melalui rangkaian kawasan tempatan, dengan menggunakan input suara audio dari komputer atau dari fail audio yang disimpan. Pada akhir penerimaan, modul interkom khusus menerima ketiga rangkaian penghantaran dan menyalinkan isyarat audio analog. Ini adalah peralatan rangkaian kecil khusus dengan alamat IP seperti komputer lain dalam rangkaian.
Sistem tersebut dihubungkan dengan menggunakan infrastruktur rangkaian standard dan dengan demikian membolehkan konfigurasi lebih fleksibel berbanding dengan menggunakan kabel analog mungkin PA tradisional. Sebagai contoh, pengguna boleh mempunyai beberapa remote site diikat melalui rangkaian kawasan tempatan (LAN) dan melalui internet sehingga satu lokasi boleh digunakan untuk menghantar isyarat audio untuk setiap atau semua lokasi. Hal ini juga memungkinkan untuk menyediakan beberapa penghantaran atau direlokasikan (kawalan) stesen pada rangkaian tersebut.


LONG LINE PA

Long Line Public Address (LLPA) menjelaskan sistem Public Address di mana arsitektur tersebut diedarkan, biasanya di wilayah geografi yang luas. Sistem jenis ini biasanya ditemui di rel, kereta api dan metro industri ringan dan membolehkan pengumuman akan dipicu dari satu atau beberapa lokasi ke bahagian rangkaian lebih dari warisan bandwidth rendah tembaga (biasanya PSTN baris menggunakan modem DSL), atau IP berasaskan media seperti serat optik, atau GSM-

R. Rail sistem biasanya memiliki antara muka dengan sistem maklumat Penumpang (PiS) pelayan, di setiap stesen dihubungkan untuk melatih describer mana negara lokasi rolling stock dalam rangkaian dari sensor pada peralatan isyarat track. Sistem PiS memanggil mesej yang disimpan untuk dimainkan dari sistem suara tempatan atau remote Pengumuman Digital, atau beberapa siri serpihan mesej untuk dirakit dengan urutan yang benar. misalnya / / yang / / 13,29 / / virgin_trains / / sleeper_service / / dari / / London_Paddington / / ke / / Penzance //....// akan berangkat dari platform / / lima / / kereta api ini dibentuk dari / / 12_carriages / /. Mesej akan diarahkan melalui rangkaian IP dan dimainkan pada peralatan amplifikasi tempatan. Secara bersama-sama, PA, routing, dva, memaparkan antara muka PiS penumpang dan biasanya disebut sebagai Sistem Maklumat Pelanggan atau CIS, sebuah istilah yang sering digunakan sendiri bergantian dengan Penumpang


SISTEM MAKLUMAT (PiS)

PA ON TOUR

Program penganjuran besar atau konsert besar memerlukan system PA yang hebat.Kebiasaanya penganjur akan menyewa peralatan audio syarikat yang mempunyai perkhidmatan ini untuk mengambil dari tempat ke tempat lain bersama-sama dengan berbagai peralatan seperti lampu dan alatan-alatan yang lain berkaitan dengan pentas.Untuk konsert musik , yang lebih kuat dan lebih rumit PA Sistem yang digunakan untuk memberikan effect suara nampak hidup. Dalam tatacara konsert, PA biasanya dikawal melalui dua system berbeza iaitu " sistem utama " dan `sistem monitor’. Setiap sistem terdiri daripada mikrofon, papan pencampuran, peralatan pemprosesan suara, amplifier, dan speaker. Semua sistem PA mempunyai keupayaan untuk menhantar balik audio, yang terjadi ketika suara dari speaker kembali ke mikrofon dan kemudian kembali diperkuat dan dihantar melalui speaker lagi. jurutera Sound mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan ganguan audio, termasuk memastikan bahawa arah mikrofon tidak menunjuk ke arah juruacara, menjaga tahap kelantangan bawah panggung, dan menurunkan tahap gangguan pada frekuensi semasa suara ulang alik ini terjadi, dengan menggunakan graphic equalizer,parametric equalizer, atau notch filter
• sistem utama juga dikenali sebagai "Front House", biasa disingkat Foh, yang menyediakan suara diperkuatkan untuk penonton, biasanya akan menggunakan beberapa amplifier kuat memandu pelbagai besar, berat-tugas pembesar suara termasuk rendah peti frekuensi pembicara disebut Subwoofers, peti penuh-range speaker boleh menggunakan amplifier untuk menyediakan 3.000-5.000 watt kuasa ke speaker "utama", sebuah konsert outdoor boleh menggunakan 10.000 atau lebih watt.

• sistem monitor menyalinkan suara prestasi dan mengarahkan mereka menuju panggung pertunjukan, untuk membantu mereka untuk mendengar instrumen dan vokal.sistem monitor disebut sebagai foldback. Sistem monitor di sebuah kawalan besar dapat menyediakan 500-1.000 watt kekuatan untuk speaker beberapa foldback; pada konsert terbuka, mungkin ada beberapa ribu watt kuasa akan sistem monitor dan konsert di mana sistem ini sedang digunakan, jurutera bunyi dan kakitangan mengendalikan papan pencampuran untuk "utama" dan "monitor" sistem, menyesuaikan nada, tahap, dan kelantangan secara keseluruhan prestasi.



Thursday, January 20, 2011

Topless Photos Of Selena Gomez Up For Grabs

Innocent till proven guilty
Innocent till proven guilty
Oh no, what's the world coming to? If reports are to be believed, the seemingly sweet Selena Gomez isn't so innocent after all.
Rumours are rife that topless photos of Selena Gomez are being offered to media outlets with the highest bids.
Gossip blog Hollyscoop claimed that they were approached with topless photos of theA Year Without Rain singer but because they couldn't determine whether she was under 18 at the time the photos (snapped with a handphone) were taken, they would not publish them.
According to Hollyscoop, the photos of Selena were "taken by someone else" inside a bathroom and she's posing in front of a closed door. The singer had shorter hair in the photos. So far, Selena's reps have not responded to these allegations.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1BWT6qu00

Kitab al-Quran 500 tahun dipamerkan di Internet


KITAB al-Quran berusia sekitar 500 tahun disimpan dalam Perpustakaan John Rylands di Manchester, Britain.

LONDON - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.
Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.
Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya.
Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk.
Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1BWSac3k3