Monday, February 28, 2011

Hindraf Lebih Layak Terima Nasib Memali

hindraf-1.jpg

Hindraf – sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar tiba-tiba menimbulkan kekecuhan di majlis sambutan hari kebesaran orang-orang Islam di Malaysia. Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, pada 1 Syawal saat yang ditunggu-tunggu oleh orang Islam untuk meraikan kemenangan tiba-tiba dikeruhkan dengan kebiadapan kumpulan Hindraf yang merosakkan dan menghuruharakan majlis sambutan hariraya adilfitri Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet di PWTC 1 Oktober 2008 lalu.
Masihkah kita mahu bertolak-ansur atau istilah yang digunapakai bagi menunjukkan tolak ansur perlbagai kaum dan agama di negara ini sebagai toleransi kepada kumpulan haram ini? Sehingga bila orang Melayu mahu berdiam diri kalau ada kumpulan Hindu ekstrim seperti Hindarf ini mahu menghina dan menjejaskan kemuliaan agama Islam?
Had kesabaran orang Islam ada hadnya, dan jangan kesabaran itu dipersendakan sehingga menjejaskan keseluruhan usaha kerajaan berpuluh-puluh tahun bagi mewujudkan masyarakat muhibbah di kalangan rakyat pelbagai bangsa di negara ini. Jangan nanti orang Melayu dipersalahkan apabila mereka bertindak ekoran kebiadapan dan sikap kurang ajar kumpulan Hindraf dokongan Anwar Ibrahim ini.
Kalau selama ini MCA, Gerakan, MIC sering ke hadapan mendahului pembangkang lain khususnya DAP bila ada kejadian-kejadian yang boleh menjejaskan hubungan kaum berlaku akibat tindakan orang – orang tentu dalam UMNO, bagaimana reaksi mereka apabila kumpulan Hindraf ini menyerbu dan menimbulkan huru-hara di majlis orang-orang Melayu? Mengapakah para pemimpin parti masyarakat Cina dan India ini hanya berdiam diri dan kalau pun ada komen hanyalah sekadar ‘Melepaskan Batuk Ditangga’ sahaja , mengapa?
Adalah mustahil para pimpinan MIC, MCA, PPP, dan pelbagai parti Komponen BN lagi, tak masuk akal , sekiranya mereka tidak memahami bahawa dalam Perlembagaan Negara ini, Agama Islam adalah Agama Rasmi Negara. Perayaan Sambutan Hariraya Aidilfitri 1 Syawal adalah hari kebesaran orang-orang Islam. Maka tindakan kumpulan haram Hindraf menyerbu masuk dan menimbulkan huru-hara di majlis kebesaran orang Islam itu adalah satu penghinaan kepada Agama Rasmi Negara, tindakan itu tidak boleh dimaafkan sama sekali.
Ertinya para pemimpin komponen BN hanya menjadi begitu berani menentang ketidakadilan dalam masyarakat , sekiranya perbuatan itu dibuat oleh orang-orang Melayu. Tetapi bila dibuat oleh kumpulan Hindraf itu semua orang menjadi bisu mengapa? Dimana mereka semua?
Sifat pemaaf dan sabar ada erti yang khusus dan mempunyai batas yang terhad. Tidak lebih dari itu . Mempunyai sifat pemaaf dan mempunyai sifat kesabaran yang melampaui batas kata guru saya adalah seorang yang dayus .
“Dayus..kamu kalau membiarkan hak bangsa kamu dipermain-mainkan oleh orang lain dan orang yang dayus tidak mencium syurga itu kata Rasulullah bukan kata-kata saya”
Demikian kata Ust Haji Abu Bakar Hamzah di PPTIK Nilam Puri pada tahun 1970an dulu. ( Abu Bakar Hamzah sebenarnya Pendaftar PPTIK tetapi mana-mana pensyarah yang tak dapat hadir beliau boleh menggantikannya dengan baik dan menggunakan bahasa Arab 100% dengan baik) .
“Maaflah Datuk walau pun Datuk orang Pak Lah pun, saya berterus-terang dengan Datuk, saya fikir antara kegelisahan orangramai kepada Pak Lah ialah tidak segera mengambil tindakan tegas terhadap pencabulan-pencabulan seperti ini ..lihat perhimpunan Bersih dan tengok Hindraf yang bertindak keterlaluan begitu lama ..rakyat gelisah dan rasa tidak dilindungi..saya bukan tak percaya Pak Lah Tuk, tapi realitinya tak ada apa-apa ! lihat pula apa kerajaan buat ke kumpulan Al Maunah, mereka dihukum mati, penjara seumur hidup dan sebagainya..kerana menghina Yang Dipertuan Agung.. tetapi adakah perbuatan kumpulan Bersih dan Hindraf ini tidak menghina Yang Dipertuan Agung? ” kata beberapa orang sahabat karib serta kenalan saya , mengenai isu berkenaan.

Orang Melayu terkenal dengan sifat mesra menyambut tetamu apabila lagi di majlis-majlis hariraya. Kemesraan dan kemuliaan hati orang Melayu jangan sampai disalahguna dan diambil kesempatan untuk kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu. Hindraf – pertubuhan haram adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang dijemput dan diraikan di majlis tersebut, maka datanglah sebagai tetamu dan tahu kedudukan sebagai tetamu dan menghormati tuan rumah. Kalau tidak tahu menyertai majlis maka adalah lebih baik kumpulan ini tidak berada dalam kelompok masyarakat yang bertamadun dan lebih elok mereka mengasingkan diri jauh ke dalam hutan.
Negara ini adalah Malaysia yang asalnya namanya Tanah Melayu. Walaupun sudah bertukar kepada Malaysia selepas kemasukan Sabah dan Sarawak, namun bangsa teras negara ini adalah orang-orang Melayu dan Rumpun Melayu . Maka kebanyakan dasar kerajaan adalah berdasarkan kaum Melayu yang terkenal dengan sifat-sifat lembut, bertolak ansur, memuliakan tetamu dan pelbagai sifat baik orang-orang Islam. Sifat ini jugalah membuatkan Islam berjaya memerintah tiga suku dunia suatu ketika dulu.
Selepas 51 tahun merdeka, maka banyak sifat-sifat ini telah menjadi asimilasi dan menyerap kepada semua penduduk negara ini terutama selepas Kongres Kebudayaan 1971 yang meletakkan asas bahawa Kebudayaan Melayu menjadi teras kepada Kebudayaan Kebangsaan dan diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama .
Namun tindakan Hindraf jelas terpesong dari sifat-sifat ini. Tindakan mereka ini tidak sesuai langsung , malah ia hanya sesuai untuk diberikan kemudahan penghantaran balik ke Tanah Besar India iaitu dari mana mereka berasal. Saya mencadangkan demikian kerana mereka mendakwa Kerajaan yang ada hari ini menindas mereka . Mereka mendakwa, Kaum Hindu di negara ini sedang dihapuskan oleh Kerajaan yang memerintah sekarang .
Jadi untuk mereka merasa tenteram biarlah mereka dibenarkan kembali ke negara asal mereka , jangan kita tahan pemergian mereka. Lagipun tak perlu kita cuba berbudi dengan mereka ,sebab mereka sudah sebarkan keseluruh dunia Kerajaan Malaysia sedang menjalankan dasar menghapuskan etnik Hindu di negara ini.
Pilihan lain yang ada bagi kumpulan ini ialah dengan membenarkan mereka mencari perlindungan di negara lain yang mereka fikir selamat. Saya fikir mereka sesuai tinggal di Amerika Syarikat. Kerana semasa kumpulan haram Hindraf ini membuat huru-hara di negara ini negara yang menggelarkan diri mereka ‘polis dunia’ itu hanya diam membisu. Di sanalah kumpulan Hindraf ini sesuai berada.
Bila berada di Amerika ,mereka akan belajar sejarah kedatangan kaum Negro dari Benua Afrika ke Amerika Utara dengan sedalam-dalamnya , dan membuat perbandingan dengan kedatangan datuk nenek mereka dari Benua India ke Tanah Melayu, juga dengan sedalam-dalamnya. Kata orang tua-tua Kalau Sesat Dihujung Jalan Kembalilah Kepangkal Jalan !!!.
“ Apa ni Tuk! Mereka dengan sewenang-wenangnya menggunakan ruang lobi Parlimen untuk mengadakan sambutan harijadi seorang anak tahanan ISA. Kini sikap melampau dan keterlaluan mereka semakin berani hingga mencerobohi dan menimbulkan suasana ketakutan kepada pengunjung-pengujung rumah terbuka Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet.”
“ Sampai bila kita mahu melihat sikap kurang ajar dan biadap dilakukan oleh kumpulan ini? Rakyat tanpa mengira bangsa dan agama yang mahukan keamanan tidak mahu perkara seumpama ini dibiarkan begitu sahaja. Tindakan tegas dan keras mesti dikenakan kepada dalang atau pemimpin kumpulan ini. Malah parti politik dan kumpulan sokongan yang memberi apa juga sumbangan kepada kumpulan ini untuk terus bergerak mesti diambil tindakan yang sama” tambahnya lagi.

Kita mahu pihak berkuasa terutama pihak PDRM untuk tegas bertindak dan tidak melakukan ‘double standard’ dalam menangani kumpulan ekstrim ini. Kehendak majoriti rakyat yang cintakan keamanan mesti lebih diutamakan. Kumpulan minoriti dan haram pula seperti Hindraf ini mesti dilenyapkan agar ia tidak menjadi bara dan terus membakar keutuhan perpaduan kaum di negara ini.
ISA – memang tidak disukai oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri. Tetapi dalam negara yang perlbagai bangsa dan agama, ISA mesti lagi relevan untuk mengelakkan ada individu dan kumpulan yang berjuang kononnya atas dasar demokrasi menyalahgunakan kebebasan di negara ini. Di mana-mana negara pun juga, ada akta yang seumpama ISA digunapakai oleh kerajaan demi menjaga ketenteraman negara mereka.
“Datuk cakap sama pemimpin DAP, PKR , PAS, dan lain-lain tu nampaknya mereka bersungguh-sungguh mahu menghapuskan ISA – maka tunggulah mereka memerintah dan gubalkan akta baru yang boleh menggantikan ISA itu atau menghapuskan terus akta yang seumpamanya itu. Maka berilah kebebasan sepuas-puasnya kepada rakyat negara ini sehingga tiada batasannya. Kita sama-samalah tengok apa jadi dengan negara yang tidak ada batasan kebebasan di kalangan rakyatnya” Kata seorang pembaca laman blog saya melalui hp saya .

Saya menjawab bila mereka memerintahpun sama juga kawan, entah-entah bukan ‘operasi lalang’ lagi, tapi ‘operasi rumput’ . Kalau lalang tak berapa banyak sangat, tapi rumput yang jauh lebih banyak dari lalang !
Semalam,27.Febuary 2011, HINDRAF sekali lagi mencabar ketuanan Melayu di bumi Malaysia.Kalau Al-Arqam boleh diburu sampai tidak berbekas kenapakah HINDRAF yang terang-terangan membahayakan keselamatan negara ini tidak disapu seperti Memali?.Sebab mereka ini lebih layak menerima nasib Memali.Fikirkanlah..


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FFyI4g3P

No comments:

Post a Comment