Tuesday, March 8, 2011

Pasaraya Hyper Bersebelahan Highway MRR2 Tipu Pengguna Cara Matematik




Semalam ke My Moms Chicken Rice lagi,bawak anak dan isteri aku makan kat situ.Kalau pegi ke pasaraya hyper tepi hiway Ampang nih,memang makan kat situ lah.Makanan sedap,servis baguih,tempat bersih,cool,Congratulations to Kak Linda sebab still mampu jaga kualiti walaupun dah banyak bukak cawangan.Sesiapa yang belum pernah cuba,singgahlah.Ada macam-macam.
Photobucket - Video and Image Hosting
Sebenarnya dalam entri ni nak beri peringatan pada semua pengunjung blog ni,supaya berhati-hati.Yes,tarikan utama aku bawak keluarga makan kat My Moms Chicken Rice fasal servis dia baguih tapi,bila sampai situ,anak isteri mesti nak shooping.Tak kisahlah,memang tiap-tiap bulan kene shopping pun tapi time nak membayar mesti sakit hati.
Photobucket - Video and Image Hosting
Dah lah beratur panjang,tiap-tiap kali mesti kene, beli 20 item dalam resit ada 23 item,ade je bende yang dilebih scan kat cashier.barangnya 20,scannya 23 itu takpe lagi,kalau item tu masa kita kat dalam tengok harga dia offer RM 24.90 kat kaunter masa scan mesti harga asal gak 29.90.
Pasaraya ni memang penyamun tarbus betul.Kalau kite komplen baru cashier die akan tutup kaunter dan panggil supervisor dia pegi double check.Masalahnya orang ramai-ramai beratur panjang,nak tak nak korang mesti rushing punye.
Princess Zahra dah tak sabar menunggu order sampai

Hmm...makanan dah sampai....


Lagi pulak kat barang-barang yang dibeli memang takde tanda harga sebab tanda harga cuma di rak barangan tersebut di ambil saja.Susah kita pelangan nak buat pertikaian segera.Harap sangat lah ada antara korang ni pengunjung blog aku ni,yang keje dengan KPDNHEP ke pegi siasat.Mengarut betul pasaraya nih,sehari ntah berape ribu untung tipu pelanggan macam ni.Tak salah last month pasaraya ni dah kene saman sebab jual ayam tak sembelih.Tak percaya trylah korang pegi shopping kat situ beli barang dalam 2,3 ratus,balik umah check tgk item yang korang beli.
Photobucket - Video and Image Hosting
Hai...tapi ape nak buat,dah sampai situ.Anak isteri lak gemar ke situ..Semoga ada yang dapat memperbetulkan penipuan oleh pasaraya ini.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/2011/03/pasaraya-hyper-bersebelahan-highway.html#ixzz1IIFo8Gyn

No comments:

Post a Comment