Saturday, March 12, 2011

Pencarian Bakat Baru Avon Voices ; Penyertaan Masih Terbuka Bagi Kategori Pencipta Lagu

hi021 Avon Voices cari bakat ke Hollywood (News)
HANYA untuk wanita. Wanita Malaysia yang mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian, pencarian bakat dan penciptaan lagu kini berpeluang melangkahkan kaki ke Hollywood sebelum bakat mereka itu diadili antaranya oleh figura tersohor Fergie dari Black Eyed Peas.

BAGI anda yang mempunyai bakat menyanyi tetapi tidak mahu beratur panjang di bawah panas terik semata-mata untuk menyertai uji bakat, sertailah uji bakat Avon Voices iaitu uji bakat nyanyian secara.
Ini kerana uji bakat, tersebut dilakukan secara online (talian) yang hanya dibuka kepada para wanita dan juga peraduan penciptaan lagu dibuka untuk komposer wanita dan lelaki.
Program ini akan dilancarkan di 60 negara, bersama 6.2 juta wakil Avon merupakan gabungan usaha demi wanita melalui muzik.
Dilancarkan 1 Disember 2010 dan satu-satunya pencarian bakat melalui talian dan peraduan mencipta lagu wanita dan lelaki dan ianya adalah satu daripada program sambutan sempena ulangtahun Avon yang ke-125 membuka peluang ke Hollywood untuk latihan profesional vokal, make over (transformasi imej), temuduga dan rakaman album.
Sesi uji bakatnya yang diadakan di Stesen KL Sentral Kuala Lumpur baru-baru ini mendapat sambutan hangat serta banyak penyertaan calon-calon yang sememangnya berbakat.
Terbuka kepada wanita Malaysia berumur 18 tahun ke atas, setiap peserta dikehendaki menyanyi secara acappella (tanpa muzik) selama 30 saat.
Diadili oleh juri-juri selebriti termasuklah Marsha Londoh, Alyah, Linda Jasmine dan Soo Wincci yang merupakan Ratu Dunia Malaysia 2008/2009.
Pengarah Sumber Manusia Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Azlan Ismail berkata pemenang dari Malaysia akan mewakili negara ke Hong Kong bersama pesaing global dari negara-nagara lain untuk merakamkan video nyanyian mereka pada bulan Mac nanti.
“Video-video nyanyian tersebut akan digunakan untuk sesi undian online manakala pemenang semi final akan dihantar ke Hollywood, California pada Julai nanti.
“Sepuluh orang peserta finalis terpilih yang ditentukan oleh juri dan juga undian online akan diumumkan pada 8 September nanti dan kemudian dihantar ke Amerika Syarikat,” katanya pada sidang akhbar selepas ujibakat Avon Voices di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagi yang tidak sempat menyertai uji bakat yang diadakan pada 16 Januari lalu, anda boleh juga menyertai dengan merakamkan sendiri video nyanyian dan memuat naik dalam laman web rasmi Avon Voices.
Ketika ditanya kredibiliti juri-juri yang dipilih untuk ujibakat di sini yang membawa penyanyi baru serta kurang pengalaman dalam industri nyanyian, Azlan berkata, Avon ingin mengetengahkan bisnes di kalangan remaja.
“Jadi dengan adanya penyanyi muda seperti Alyah, Marsha dan Soo Winci dapat memberikan inspirasi kepada remaja dan dengan pengalaman yang mereka anda dapat menarik remaja.
hi022d Avon Voices cari bakat ke Hollywood (News)
SOO WINCCI (kiri) dan Marsha (tengah) diberi kepercayaan menjadi juri pada uji bakat Avon Voices.

“Selain itu, Soo Wincci adalah duta penjagaan kulit kepada Avon, begitu juga dengan Marsha yang menjadi duta kepada produk Avon,” jelasnya.
Untuk peringkat antarabangsa pula, panel juri Avon Voices terdiri daripada tokoh industri muzik dari seluruh dunia iaitu vokalis kumpulan Black Eyed Peas yang juga merupakan pemenang enam anugerah Grammy iaitu Fergie, pencipta lagu legenda; Diane Warren, penyanyi Natasha Bedingfield dan penulis lagu sensasi dari Rusia, Valeriya.
Peserta finalis juga akan menyertai juri-juri antarabangsa untuk mempersembahkan laguAnthem Avon Voices yang dicipta oleh Diane Warren pada Malam Gala Avon Foundation.
Kutipan dari jualan lagu Anthem Avon Foundation akan disalurkan untuk usaha membanteras keganasan terhadap rumahtangga.
Wakil Malaysia ke Hollywood
Kalau anda mempunyai bakat menyanyi dan mencipta lagu, sertai sesi uji bakat Avon Voices dan anda mungkin menjadi salah seorang yang akan diterbangkan di Hollywood.
Mulai 1 Disember lalu, laman rasmi program, AvonVoices.com dilancarkan dan dibuka untuk pendaftaran. Terdapat tiga cara untuk mengambil bahagian, iaitu:
Nyanyian: Peserta wanita dijemput untuk menyertai dalam ujibakat ini dengan memilih lagu dari website dan muat turun video penghantaran sebelum 13 Februari 2011 diAvonVoices.com.
Undi (Vote):Orang ramai boleh menjadi seorang pencari bakat dan merekrut (recruit) sesiapa yang berbakat yang mereka kenal. Anda cuma perlu menonton video (di Avon Voices) dan memilih peserta kegemaran mereka. Pemilihan Avon Voices akan diadakan antara April dan Oktober. Pemilihan akan dijalankan dalam empat peringkat; gabungan pemilihan juri dan undian orang ramai.
Mencipta Lagu: Peserta wanita dan lelaki layak mengambil bahagian dalam pertandingan mencipta lagu ini . Tulis lagu yang asli yang diilhamkan optimisme kepada dunia. Hantarkan fail digital dan lirik di AvonVoices.com di antara 20 Mei 2011 dan 1 Julai 2011.
Avon Voices bukan sekadar program uji bakat sahaja, malah sepanjang tahun 2011, muzik juga akan sedia untuk dimuaturun secara digital, dengan sebahagian daripada sumbangan disalurkan ke Yayasan Avon (Avon Foundation) untuk kempen global wanita,demi menamatkan keganasan terhadap wanita.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1GOX28rSs

No comments:

Post a Comment