Sunday, March 27, 2011

Garis Panduan Perancangan Premis Burung Walet (Swiflet) Negeri Kedah

Garis panduan ini telah dipersutujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 15 Julai 2009 menurut kertas No. 6(F) 285/2009.

Garis panduan ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah Darul Aman Bil. 106 3/09 pada 2 Jun 2009.

Sebarang cadangan penambahbaikan serta ulasan terhadap garis panduan ini boleh dikemukakan secara bertulis ke alamat berikut:

Pengarah, Jabatan Perancang Bandar
dan Desa Negeri Kedah, Aras 10
Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah
05646, Alor Setar
Kedah Darul Aman.

Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk member panduan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Kedah dalam proses dan mengawal aktiviti perladangan burung Walet di kawasan terlibat.



Dasar Am

1. Semua pemajuan premis burung Walet perlu mendapat kelulusan kebenaran Merancang (KM), Kelulusan Pelan Bangunan dan kelulusan sijil layak menduduki (CFO) atau Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) sebelum lesen premis diluluskan oleh PBT.

2. Aktiviti perladangan burung Walet hendaklah dijalankan di luar kawasan petempatan dan perniagaan bagi mengelak daripada kacauganggu kepada penduduk.

3. Aktiviti perladangan burung Walet perlu mematuhi semua kod amalan (kecuali perkara-perkara di para 5.1 perenggan 1 dan 2) yang digariskan di dalam Garis Panduan Amalan Baik Penternakan Burung Walet, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

4. Menggalakkan pengusaha burung Walet melaksanakan ISO 14001.
5. Mana-mana permohonan yang bercanggah dengan garis panduan ini perlu merujuk kepada Jawatankuasa Perancang Negeri untuk pertimbangan.


PROGRAM PEMUTIHAN
(TERHADAP AKTIVITI / PREMIS SEDIA ADA)

1. Semua premis burung Walet sedia ada yang sedang beroperasi sama ada secara haram atau tidak, perlu memohon lesen operasi daripada PBT.

2. PBT akan member kelulusan lesen sementara kepada semua permohonan secara automatic. Tempoh lesen sementara ini adalah setahun (bermula dari tarikh kelulusan)

3. Pembaharuan lesen sementara bagi tahun berikutnya perlu dibenarkan sehingga kajian seperti dinyatakan di para 5.0 (5) dijalankan.

4. Kadar lesen sementara adalah ssama seperti mana kadar lesen tahunan yang ditetapkan dalam para 8.2 (tanpa insentif 50%)

5. Kajian serta semakan terhadap operasi premis yang mendapat lesen sementara ini akan dijalankan oleh PBT dan jabatan berkaitan bagi menentukan status operasi premis tahun berikutnya sama ada operasi premis akan ditutup atau operasi premis dibenarkan untuk dijalankan secara kekal.

6. Di dalam menjalankan kajian serta semakan terhadap operasi premis (seperti yang dinyatakan di para 5.0 (v), PBT dan agensi berkaitan boleh menggunakan budi bicara masing-masing tanpa tertakluk kepada garis panduan ini untuk membuat keputusan.

7. Tempoh pelaksanaan program pemutihan ini berkuatkuasa dari tarikh garis panduan ini diluluskan oleh MMK sehingga 31 Disember 2009 atau bergantungg kepada tempoh lain yang ditetapkan oleh PBT.

8. Program penutupan operasi perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan PERHILITAN.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN (PERMOHONAN BARU)

6.1 ASPEK TAPAK/TANAH
6.1.1 Lokasi Tapak/ Zon Guna Tanah yang dibenarkan
i. Zon Perindustrian (kawasan industry ringan dan sederhana sahaja)
ii. Kawasan Pertanian
iii. Kawasan Perkampungan

6.1.2 Lokasi Tapak/ Zon Guna Tanah yang tidak dibenarkan

i. Kawasan hutan simpan, kawasan hidupan liar, kawasan tanah tinggi dan lereng bukit, kawasan semulajadi dan antikuiti dan kawasan tadahan air
ii. Kawasan rizab utility
iii. Kawasan rizab awam dan institusi (seperti hospital, klinik, dewan orang ramai, sekolah, padang permainan dll.)
iv. Zon Perindustrian (Kawasan industry berat dan indsutri khas)
v. Zon kediaman
vi. Zon perniagaan
vii. Selain dari yang dinyatakan di para 6.1.1

6.1.3 Laluan MAsuk / Aksessibiliti

i. Zon Perindustraian – mematuhi piawaian jalan bagi pembangunan perindustrian
ii. Kawasan Pertanian/Kawasan Perkampungan – Perlu mempunyai akses yang sempurna dari premis ke laluan awam (berturap dan separa turap) Sekiranya akses masuk melibatkan laluan persendirian (MADA, JKKK atau tanah individu), kebenaran bertulis perlu diperolehi daripada pimilik laluan.

6.1.4 Zon Penampan

i. Jarak zon penampan antara dinding premis burung wallet dengan zon kediaman terhampir adalah tidak kurang daripada 100 meter.
ii. Jarak antara dinding premis burung Walet dengan kemudahan awam (seperti hospital, klinik, dewan orang ramai dll) terhampir adalah tidak kurang daripada 100 meter.

6.1.5 Syarat Tanah

Bagi pembangunan premis burung Walet yang kurang daripada 20% daripada kelulusan tanah, syarat tanah asal dikekalkan.

Bagi pembangunan premis burung Walet yang meliputii kawasan melebihi 20% daripada keluasan tanah, syarat tanah dikekalkan dan syarat nyata adalah ‘premis burung Walet’.

6.2 ASPEK BANGUNAN/PREMIS

6.2.1 Rekabentuk, Fasad dan Jenis Bangunan

i. Bangunan Baru
a. Fasad premis hendaklah harmoni dengan persekitaran
- Pemajuan di zon perindustrian perlu menyerupai bangunan industry
- Pemajuan di kawasan pertanian dan kawasan perkampungan perlu menyerupai bangunan rumah sesebelah.

b. Bangunan perlu mementingkan aspek kemasan iaitu bersimen dan bercat.

ii. Pengubahsuaian Bangunan Sedia ada
- Pengubahsuaian fasad bangunan sedia ada tidak dibenarkan. Pengubahsuian hanya dibenarkan dibahagain dalam premis

iii. Pengubahsuaian Bangunan Terbengkalai

a. Fasad premis hendaklah harmoni dengan persekitaran
b. Bangunan perlu mementingkan aspen kemasan iaitu bersimen dan bercat.

iv. Anjakan Bangunan

i. Zon Perindustrian
Mematuhi piawaian semasa anjakan bangunan bagi pembangunan perindustrian

ii. Kawasan Pertanian/ kawasan Perkampungan
Anjakan minimum 10 meter sekeliling bangunan

6.2.3 Had Ketinggian

i. Zon Perindustrian
a. Perlu selaras dengan pembangunan sekitar dan piawaian semasa
b. Tertakluk kepada had ketinggian maksimum yang dibenarkan di dalam Rancangan Pemajuan.

ii. Kawasan Pertanian
a. Tanaman getah dan kelapa sawit – 5 tingkat (maksium 16 meter)
b. Tanaman padi dan lain-lain tanaman – 3 tingkat (maksimum 10 meter)

iii. Kawasan Perkampungan
3 tingkat (maksimum 10 meter)

iv. Penambahan tingkat bagi bangunan sedia ada tidak dibenarkan.

7.0 PENGLIBATAN JABATAN/AGENSI BERKAITAN

Jabatan/agensi berikut perlu dirujuk selain daripada jabatan/agensi tetap lain yang dirujuk semasa proses-proses kelulusan.

i. Jabatan Perkhidmatan Veterinar
ii. Jabatan Pertanian
iii. Jabatan PERHILITAN
IV. Jabatan Alam Sekitar
v. Jabatan Kesihatan
vi. Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Vii. Badan Warisan Malaysia (jika pemajuan melibatkan bangunan yang diwartakan sebagai warisan)

8.0 ASPEK PERLESENAN

8.1 Senarai Semak Permohonan Lesen Premis Di PBT

Permohonan Baru

i. Borang A dan Borang D (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B (Pendaftaran Perubahan Dalam Perniagaan) atau Memorandum dan Perkara Bagi Syarikat (Memorandum And Article of Assocation) 1 salinan (Permohonan induividu dikecualikan)

ii. Surat perjanjian atau kebenaran pemilik bangunan (jika bukan bangunan sendiri) 1 salinan

iii. Pelan lokasi dan pelan lantai premis 4 salinan

iv. Salinan sijil CF/CCC 1 salinan

v. Salinan resit hasil pintu yang terbaru 1 salinan

vi. Salinan resit hasil tanah yang terbaru 1 salinan

vii. Gambar permohon 4 keping

viii. Salinan sijil kehadiran kursus (kursus bagi menjalankan aktiviti perladangan burung Walet yang diiktiraf oleh agensi yang diiktiraf) 1 salinan

ix. Borang Akujanji yang membenarkan agensi penguatkuasa (PBT, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kesihatan) memasuki premis pada bila-bila masa.

x. Membuat bayaran memproses lesen (RM 50.00)

xi. Salinan Sijil Keahlian Persatuan/Pertubuhan berkaitan aktiviti Burung Walet yang berdaftar

Pembaharuan Lesen:

i. Pengesahan pematuhan kawalan operasi perusahaan dari PBT

ii. Pengesahan pematuhan kod amalan (Garis Panduan Amalan Baik Penternakan Burung Walet, Jabatan Perkhidmatan Veterinar

iii. Pengesahan pematuhan dari Jabatan Kesihatan

iv. Membuat bayaran memproses lesen (RM50.00)

8.2 Kadar Lesen (tahunan) PBT

a. RM 500.00 bagi keluasan ruang lantai 1,000 kaki persegi ke bawah.
b. RM 750.00 bagi keluasan ruang lantai 1,001 kaki persegi hingga 2,000 kaki persegi
c. RM 1,000.00 bagi keluasan ruang lantai 2,001 kai persegi ke atas dan tambahan RM 100.00 bagi setiap pertambahan keluasan ruang lantai 500 kaki persegi.

(insentif sebanyak 50% diskaun ke atas kadar lesen tahunan akan diberi selama 2 tahun kepada pengusaha baru)

8.3 Lain-Lain Keperluan Lesen

Aktiviti perladangan burung Walet ini juga tertakluk kepada syarat-syarat lesen yang ditetapkan oleh
i. Jabatan PERHILITAN
II. Jabatan Perkhidmatan Veterinar

## BAYARAN FI HENDAKLAH DIRUJUK TERUS DENGAN PBT

KAWALAN OPERASI PERUSAHAAN

Pihak Berkuasa Tempatan perlu menjalankan operasi penguatkuasaan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali terhadap aktiviti yang telah dilesenkan. Laporan Pengasahan Pematuhan Kawalan Operasi Perusahaan dari PBT akan digunakan semasa proses pembaharuan lesen. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh pengusaha adalah:

i. Penyediaan pepan tanda pengenalan di premis burung Walet yang mengandungi butiran pengusaha dan no lesen

ii. Kawalan bunyi tertakluk kepada GAris Panduan Amalan Baik Penternakan Burung Walet, Jabatan Perkhidmatan Veterinar

iii. Premis hendaklah sentiasa bersih

iv. Premis tidak menimbulkan masalah kacauganggu seperti bau busuk, pembiakan nyamuk, lalat dan lain-lain jenis serangga.

v. Air tidak boleh betakung di atas lantai atau di dalam apa-apa takungan tanpa kawalan. Hanya alat humidifier dibenarkan.

vi. Dinding luar bangunan hendaklah sentiasa bersih

vii. Lampu dipasang di luar dinding bangunan

viii. Najis burung (guano) perlu dikumpul dan dikeluarkan dari premis secara berjadual

ix. Tertakluk di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 di dalam mengawal serangga-serangga pembawa penyakit contohnya nyamuk aedes di dalam kawasan premis.


TANGGUNGJAWAB AGENSI (PENGURUSAN DAN ADUAN)

i. Laporan kawalan operasi perusahaan (PBT)
ii. Laporan pematuhan kod amalan (Garis Panduan Amalan Baik Penternakan Burung Walet) Jabatan Perkhidmatan Veterinar
iii. Laporan pematuhan aspek kesihatan, Jabatan Kesihatan
iv. Aduan Bunyi Bising, Jabatan Alam Sekitar/PBT
v. Kebersihan presmis, PBT/Jabatan Kesihatan
vi. Keadaan fizikal premis, PBT

Garis Panduan ini akan terus disemak dan diperkemaskan lagi dari masa ke semasa bagi memastikan segala peraturan dan syarat yang digariskan dapat membantu pihak industri menjalankan aktiviti mereka dengan berkesan di samping dapat memastikan persekitaran penduduk yang harmoni dan sejahtera
.





Harga adalah sah mulai 27 March 2011 sehingga 30 April 2011 sahaja.
Untuk Pesanan hubungi Mr.Pojie +6017-6477528


BGB Amplifier model AV 9550
RM 360



BGB Amplifier model AV 9528
RM 128



BGB Amplifier Model AV 9560
RM 298


MQ Sky Sound Tweeter 2"x5"


SB 120 Economy Tweeter
RM 0.80 per pcs


Horn Tweeter Round
NHP 2000 series tweeter
RM 35
Audax AX60

Audax AX 60 Tweeter
RM 4.80


Humidifier Taiwan
MISTRO Humidifier Generator
RM 368


TL3600 Top Cover
MISTRO Humidifier Generator Hose
RM 68


Digital Timer
SMART Digital Timer
RM 37
Temperature/Humidity Controller
Temperature & Humidity Controller
RM 368
Water Proof External Tweeter
Waterproof external tweeter
RM 38
Internal Tweeters
Motorola Sky Sound Tweeter
SB 120M SKY (3X3) RM 4.80
SB 140M SKY (21/2 X 5) RM 6.80


Auto Power Recovery
Auto Power Recovery System (For Single Phase Only)
RM 1380


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1HjYSMZYo

No comments:

Post a Comment