D2-G-01,Hatta Square Business Centre,Jalan Mewah 1/2, Pandan Mewah, 68000,Ampang,Selangor,MALAYSIA
Friday, April 15, 2011
Mengenali Allah, pintu pengampunan seorang hamba..
Al-quran merupakan satu sumber Islam yang paling berautoriti. Kehormatan hukum hakam di dalamnya wajib dijaga. Mengingkarinya dianggap kufur.
Ilmu-ilmu yang terkandung dalam al-Quran boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :
1-Akidah
2-Syariah
3-Kisah2 teladan sejarah para nabi terhadulu.
MENGENAL ALLAH adalah cabang utama dalam ilmu Akidah.Iajuga merupakan anak tangga pertama kepada semua orang islam untuk menjalani kehidupannya sebagai seorang hamba di dunia. Mengenalli dengan erti kata beriman dan yakin pada zat dan sifatnya.... MUMKINAT, MUSTAHILAT, WAJIBAT ...
Akidah dan Iman mempunyai fungsi dan formasi yang sama iaitu mentauhidkan Allah (tidak menyekutukan Allah). Imam Syafie pernah berkata , “Aku beriman dengan apa yang datang dari Allah mengikut kehendakNya.” Demikian jawapan seorang ilmuan islam yang apabila ditanya pada tentang Allah. Beliau menyerahkan segala pengetahuannya pada Allah. Bukan bermaksud beliau jahil tentang Allah, tetapi beliau menjunjung keEsaan Allah taala.
Apa itu Allah? Dimanakah Allah?
Persoalan yang tidak harus dikemukakan dengan sewenang2nya, persoalan yang ditimbulkan daripada seseorang kepada seseorang tanpa ada ilmu dan tanggungjawab amatlah tidak digalakkan seperti golongan awam yang tidak mendapat pendidikan agama yang mendalam. Namun mahasiswa islam wajib mempunyai "ilmu" tentangnya.
1-Allah di atas langit.
2-Allah di segenap tempat.
3-Allah di bawah arasy.
4-Allah bersemayam di atas arasy.
5-"wallahu a'lam"
Demikian antara jawapan2 yang sering berlegar di fikiran kita. Namun, yang manakah jawapan yang paling dekat dengan kebenaranya..?
Jika kita mengatakan Allah itu berada di suatu tempat yang khusus, itu sudah melambangkan bahawa ada sesuatu yang lain yang lebih berkuasa dari Allah yang Maha Berkuasa (na'uzubillah) iaitu tempat tersebut. Kerana seolah2 Allah itu berhajat kepada tempat itu (atas langit). Maha suci Allah yang langsung tidak berhajat kepada sesuatu. Secara logiknya, tempat itu lebih berkuasa daripada sesuatu yang hadir padanya. Contohnya "si Abu sedang duduk di atas kerusi". Situasi itu melambangkan kekuasaan kerusi itu yang mampu menerima kehadiran Abu padanya. Oleh itu, "tempat dan masa itu menafikan sesuatu kekuasaan."/ Kerusi itu lebih berkuasa dari Abu kerana abu berhajat pada kerusi itu.
Sedangkan Allah itu bersifat dengan Al Qadim yang tunggal, yang mustahil ada padanya permulaan dan juga penghujung. Oleh itu, tertolak lah jawapan 1,2 & 3 tadi.
"Allah berada di mana2 sahaja"..itu adalah serpihan daripada pegangan golongan muktazilah yang mendakwa bahawa kewujudan Allah itu di setiap masa dan tempat yang kita hadir. Mereka juga mendakwa dan menggambarkan Allah itu dalam bentuk jisim atau jasad seperti kaum2 terdahulu seperti Yahudi dan juga menyerupai kaum Nasrani yang mendakwa Allah itu bersatu dengan jasad Maryam yang kemudiannya keluarlah Nabi Isa.
Untuk mencari jawapan kepada persoalan ini, sumber2 yang paling berautoriti adalah Quran, Sunnah dan ijma’ ulama’.
Firman Allah “Sesungguhnya Tuhan kamu (Allah) yang telah menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas arasy..”-surah Yunus :2.
“Allah itu bersemayam di atas arasy” surah Taha :5.
Ternyata banyak pentafsiran terhadap kenyataan al-quran “kemuan Dia bersemayam di atas arasy”. Ibnu Abbas menyatakan banyak tafsirannya dalam hal ini, akan tetapi terdapat segelintir sahaja yang paling dekat dengan kebenaran yang tidak samar.
Golongan Yahudi mentafsirkan ayat tersebut dengan mengatakan masa enam hari yang digunakan itu, 4 hari untuk menyiapkan bumi dan 2 hari untuk menyiapkan langit, kemudian hari ketujuh itu Allah menciptakan kerusi dan duduk dia atasnya. Hari terakhir itu diiktibarkan oleh golongan yahudi ini sebagai hari rehat untuk Allah setelah penat bekerja (kini dianggap hari Sabtu sebagai public holiday).
Ya…Allah bersemayam di atas arasy, tapi tafsiran yang sebetulnya adalah, على العرش itu membawa maksud setelah selesainya penciptaan langit dan bumi, seterusnya Allah berkuasa ke keatas ciptaannya tersebut. Lebih tepat jika kita mentafsirkan ia sebagai satu kuasa yang mengatasi seluruh kuasa-kuasa yang selainnya.
Kata Imam Malik tentang isu استوى على العرش ini, “istiwa’(bersemayam)adalah suatu yang diketahui (ma’lum) , akan tetapi kaedah2nya(kaifiat) pula tidak boleh digapai oleh akal”. Cukup sekadar kita percaya kewujudan zat dan sifat Allah Taala dan tidak perlu menyamakan Dia dengansesuatu yang lain. Kerana firman Allah “ليس كمثله شيء وهو السميع البصير” . Ya…Allah mempunyai sifat mendengar, tetapi pendengaran Allah lebih hebat dari pendengaran ciptaanNya, Dia melihat, tetapi penglihatanNya tiada tandingannya.
Cukup jelas diterangkan dalam surah Al-Ikhlas berkenaan keEsaan Allah Taala. Apabila disebut satu dari 99 sifat Allah “الصمد”, terungkai 3 maksud tersirat dariNya :
1-Allah Maha Kaya dengan diriNya sendiri (tidak berhajat pada sesiapa).
2-Dia menjadi tempat pergantungan dari hamba2 ciptaanNya.
3-Dia sahaja yang mampu merialisasikan kehendak2 dan memenuhi keperluan2 hambaNya.
Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1JWFlRzDC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment