Tuesday, April 26, 2011

Kisah Kejayaan

Terlalu banyak kisah-kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh dikongsikan. Antara kegemaran saya adalah kisah seorang pemain baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah Babe Ruth.
Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam baseball) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yang membuat home-run.
Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base-ball yang paling banyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidak mengena bola!)- lebih daripada 1,300 kali!
Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya “Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan saya akan mengena bola dan akan mendapat home-run untuk pasukan saya tidak lama lagi!”
Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalam
mendapatkan home-run!
Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi,
tetapi, ia bermaksud makin hampir anda akan mencapai kejayaan.
Fikirkan kisah-kisah ini pula:
-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!
-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!
-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak
pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!
-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”!
-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!
-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!
Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak.
Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1KYczagc2

No comments:

Post a Comment