Secara semula jadi atau perangai nya burung walet ni suka terbang membuat pusingan atau melayang secara berpusar. Sama juga seperti kawasan Roving Area, burung walet akan membuat tinjauan ke bahagian pertama rumah burung anda iaitu Roving Room.
Roving room adalah satu kawasan yang boleh jadi besar mana sekali pun selepas burung walet terbang melewati lubang masuk burung. Saiz minima untuk sesuatu roving room adalah 4m x 4m. Ini adalah syarat asas sebolehnya di ikuti.
Jika diperhatikan pada gambar di bawah:
Apabila burung walet memasuki ruangan ini, ia akan membuat tinjauan sama ada rumah burung ini sesuai atau tidak dengan nya. Ia juga di kenali sebagai Adaptation Room. Proses menyesuaikan diri di dalam rumah burung yang baru memang perlu masa. Walet akan terbang puluhan kali mengikut laluan terbang yang sama sehingga ia terbang ke kawasan tempat bersarang.
Ada sesetengah pengusaha meletakkan NESTING PLANK atau sesirip di ruangan roving room ini, kerana ia memberikan walet tempat untuk berehat sebentar dan dapat merasakan aman di dalam rumah burung ini.
Oleh kerana walet ini suka terbang berpusaran, saiz roving room yang asas perlu di ikut supaya walet berasa aman dan tenteram untuk ia terbang bebas di dalam rumah burung ini. Jika kawasan roving room ini kecil kebanyakkan kes, walet akan keluar terus selepas ia terbang masuk ke LMB.
Di bawah adalah video menunjukkan roving room di dalam sebuah rumah burung dan perhatikan bagaimana walet terbang menyesuaikan diri terutamanya walet muda.
Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1J8sx2khq
No comments:
Post a Comment