Showing posts with label Allah SWT. Show all posts
Showing posts with label Allah SWT. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Kejayaan Yahudi Telanjangkan Wanita Muslim

Dibawah ini aku buat sedikit kronologi atau evolusi kejayaan yahudi laknatullah dalam menyesatkan wanita umat islam. Dengan kebijaksaan yang allah berikan kepada kaum mereka ini, mereka telah mentelanjangkan sedikit demi sedikit wanita islam tanpa kita sedari dengan fesyen yang mengikut perubahan zaman.
1.SEMUA TERTUTUP
2.MATA MULA NAMPAK
3.SELURUH MUKA NAMPAK
4.MULA TAYANG DADA
5.SEMAKIN SIMPLE
6.MULA TUNJUK RAMBUT
7.TUDUNG DAH HILANG
8.RAMBUT DIWARNA PULA
Kepada kaum wanita diluar sana jangan engkau menjadi orang yang nabi maksudkan di dalam hadis dibawah ini:


“Kamu akan mengikuti perilaku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu ikut memasukinya.” Para sahabat lantas bertanya, "Apakah yang anda maksud orang-orang Yahudi dan Nasrani, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Siapa lagi (kalau bukan mereka)?" (HR Bukhary)

Inilah usaha yahudi mentelanjangakan wanita islam. mereka mencipta fesyen tudung yang cantik,simple dan bergaya tetapi tidak mengikut syariat islam dan tuntutan agama. Bergembira mereka dengan dunia sementara mereka.


p/s : Nombor 1 hingga 3 gambar di atas suruhan diajar oleh nabi muhammad s.a.w. Nombor 4 hingga 8 ikut telunjuk yahudi laknatullah. Jadi tepuk dada tanyalah selera kamu lebih bahagia mengikut yang mana.. kamu patut ambil perhatian pada no 4 tu.. fesyen itulah kebanyakkan wanita hari ini suka ikut. Mereka selesa berpakain macam ini, mereka nampak cantik, selesa, ringkas tetapi hakikatnya Ini nyata sekali telunjuk yahudi.. Insaf dan berubahlah ke arah kebaikan.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1KYdyHzWL

Friday, April 15, 2011

Mengenali Allah, pintu pengampunan seorang hamba..


Al-quran merupakan satu sumber Islam yang paling berautoriti. Kehormatan hukum hakam di dalamnya wajib dijaga. Mengingkarinya dianggap kufur.
Ilmu-ilmu yang terkandung dalam al-Quran boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :
1-Akidah
2-Syariah
3-Kisah2 teladan sejarah para nabi terhadulu.

MENGENAL ALLAH adalah cabang utama dalam ilmu Akidah.Iajuga merupakan anak tangga pertama kepada semua orang islam untuk menjalani kehidupannya sebagai seorang hamba di dunia. Mengenalli dengan erti kata beriman dan yakin pada zat dan sifatnya.... MUMKINAT, MUSTAHILAT, WAJIBAT ...

Akidah dan Iman mempunyai fungsi dan formasi yang sama iaitu mentauhidkan Allah (tidak menyekutukan Allah). Imam Syafie pernah berkata , “Aku beriman dengan apa yang datang dari Allah mengikut kehendakNya.” Demikian jawapan seorang ilmuan islam yang apabila ditanya pada tentang Allah. Beliau menyerahkan segala pengetahuannya pada Allah. Bukan bermaksud beliau jahil tentang Allah, tetapi beliau menjunjung keEsaan Allah taala.

Apa itu Allah? Dimanakah Allah?

Persoalan yang tidak harus dikemukakan dengan sewenang2nya, persoalan yang ditimbulkan daripada seseorang kepada seseorang tanpa ada ilmu dan tanggungjawab amatlah tidak digalakkan seperti golongan awam yang tidak mendapat pendidikan agama yang mendalam. Namun mahasiswa islam wajib mempunyai "ilmu" tentangnya.

1-Allah di atas langit.
2-Allah di segenap tempat.
3-Allah di bawah arasy.
4-Allah bersemayam di atas arasy.
5-"wallahu a'lam"

Demikian antara jawapan2 yang sering berlegar di fikiran kita. Namun, yang manakah jawapan yang paling dekat dengan kebenaranya..?

Jika kita mengatakan Allah itu berada di suatu tempat yang khusus, itu sudah melambangkan bahawa ada sesuatu yang lain yang lebih berkuasa dari Allah yang Maha Berkuasa (na'uzubillah) iaitu tempat tersebut. Kerana seolah2 Allah itu berhajat kepada tempat itu (atas langit). Maha suci Allah yang langsung tidak berhajat kepada sesuatu. Secara logiknya, tempat itu lebih berkuasa daripada sesuatu yang hadir padanya. Contohnya "si Abu sedang duduk di atas kerusi". Situasi itu melambangkan kekuasaan kerusi itu yang mampu menerima kehadiran Abu padanya. Oleh itu, "tempat dan masa itu menafikan sesuatu kekuasaan."/ Kerusi itu lebih berkuasa dari Abu kerana abu berhajat pada kerusi itu.


Sedangkan Allah itu bersifat dengan Al Qadim yang tunggal, yang mustahil ada padanya permulaan dan juga penghujung. Oleh itu, tertolak lah jawapan 1,2 & 3 tadi.

"Allah berada di mana2 sahaja"..itu adalah serpihan daripada pegangan golongan muktazilah yang mendakwa bahawa kewujudan Allah itu di setiap masa dan tempat yang kita hadir. Mereka juga mendakwa dan menggambarkan Allah itu dalam bentuk jisim atau jasad seperti kaum2 terdahulu seperti Yahudi dan juga menyerupai kaum Nasrani yang mendakwa Allah itu bersatu dengan jasad Maryam yang kemudiannya keluarlah Nabi Isa.
Untuk mencari jawapan kepada persoalan ini, sumber2 yang paling berautoriti adalah Quran, Sunnah dan ijma’ ulama’.

Firman Allah “Sesungguhnya Tuhan kamu (Allah) yang telah menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas arasy..”-surah Yunus :2.
“Allah itu bersemayam di atas arasy” surah Taha :5.

Ternyata banyak pentafsiran terhadap kenyataan al-quran “kemuan Dia bersemayam di atas arasy”. Ibnu Abbas menyatakan banyak tafsirannya dalam hal ini, akan tetapi terdapat segelintir sahaja yang paling dekat dengan kebenaran yang tidak samar.
Golongan Yahudi mentafsirkan ayat tersebut dengan mengatakan masa enam hari yang digunakan itu, 4 hari untuk menyiapkan bumi dan 2 hari untuk menyiapkan langit, kemudian hari ketujuh itu Allah menciptakan kerusi dan duduk dia atasnya. Hari terakhir itu diiktibarkan oleh golongan yahudi ini sebagai hari rehat untuk Allah setelah penat bekerja (kini dianggap hari Sabtu sebagai public holiday).

Ya…Allah bersemayam di atas arasy, tapi tafsiran yang sebetulnya adalah, على العرش itu membawa maksud setelah selesainya penciptaan langit dan bumi, seterusnya Allah berkuasa ke keatas ciptaannya tersebut. Lebih tepat jika kita mentafsirkan ia sebagai satu kuasa yang mengatasi seluruh kuasa-kuasa yang selainnya.
Kata Imam Malik tentang isu استوى على العرش ini, “istiwa’(bersemayam)adalah suatu yang diketahui (ma’lum) , akan tetapi kaedah2nya(kaifiat) pula tidak boleh digapai oleh akal”. Cukup sekadar kita percaya kewujudan zat dan sifat Allah Taala dan tidak perlu menyamakan Dia dengansesuatu yang lain. Kerana firman Allah “ليس كمثله شيء وهو السميع البصير” . Ya…Allah mempunyai sifat mendengar, tetapi pendengaran Allah lebih hebat dari pendengaran ciptaanNya, Dia melihat, tetapi penglihatanNya tiada tandingannya.

Cukup jelas diterangkan dalam surah Al-Ikhlas berkenaan keEsaan Allah Taala. Apabila disebut satu dari 99 sifat Allah “الصمد”, terungkai 3 maksud tersirat dariNya :

1-Allah Maha Kaya dengan diriNya sendiri (tidak berhajat pada sesiapa).
2-Dia menjadi tempat pergantungan dari hamba2 ciptaanNya.
3-Dia sahaja yang mampu merialisasikan kehendak2 dan memenuhi keperluan2 hambaNya.

Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1JWFlRzDC

Friday, March 18, 2011

Mengenali Tuhan

Siapa itu Tuhan?
Ayat ‘Allazi khalaq’ bermaksud ‘Yang menciptakan manusia’.Kenapa Allah menekankan Dia yang menciptakan manusia? Jawapannya ialah kerana dengan mengenali diri kita diri kita terlebih dahulu, kita akan mengenali pencipta diri kita.
‘Man arafa nafsahu, faqad arafa rabbuhu’. Maksudnya : Siapa yang mengenali dirinya akan kenal Tuhannya.
Bagaimana nak mengenal diri kita? Kita mulakan dengan soalan soalan berikut:
a) Dari mana aku datang?
b) Di manakah aku berada sekarang?
c) Apa yang perlu aku lakukan ?
d) Kemana aku akan pergi selepas ini?
e) Siapakah yang mencipta aku dan alam ini?
Jawapan kepada soalan soalan ini akan mengajak kita berfikir dan membawa kita mengenali sifat sifat kita dan Pencipta kita.
Nabi Muhammad saw juga pada mulanya tidak mengetahui adanya Tuhan. Semasa beliau berusia 40 tahun, beliau telah lari untuk bersendirian di Gua Hira’ kerana tidak tahan dengan kejahilan penduduk Quraisy pada masa itu. Dan di sini lah, Allah telah menurunkan wahyu yang pertama kepada nya melalui perantaraan malaikat Jibril. Dan wahyu pertama itu ialah :
‘Iqra’ bismirabbik..’ yang bermaksud ‘bacalah dengan nama Tuhan’.
Jelas sekali di sini, untuk mengenali Tuhan, kita di suruh membaca dan bahan bacaan yang terbaik adalah Al Quran yang mengandungi pelbagai jawapan kepada semua soalan hati dan jiwa. Jika kita tidak tahu, maka cari lah guru sebagai pengantara untuk menerangkan dan membimbing kita mengenali diri dan Tuhan. Insyaallah..


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1GwRUecpB

Friday, March 11, 2011

Mayat Bertukar Menjadi Babi Hitam


Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. ” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Tazkirah 2.
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1GF8I1UXX

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul 2011






Ilham Nurul Resources would like to wish our muslim brothers and sisters,Greeting Maulidur Rasul.May Allah give us a prosperous life,peace and harmony,with 'syafaat' from our prophet Muhammad S.A.W.
Day by day our life are evolve so by then,we should strenghten our spiritual to overcome every trouble that might be appear in the future.
In the name of Allah S.W.T,victory are belong to us....
Insya Allah..




The Management,
Ilham Nurul Resources