Monday, January 17, 2011

Review Kereta Terbaru Malaysia Perodua Bezza


MODEL syarikat Perodua menunjukkan kereta Perodua Bezza




MALAYSIA - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sedang memperincikan maklum balas dan komen daripada orang ramai mengenai model Perodua Bezza khususnya daripada pengunjung Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) pada awal bulan Disember tahun lalu.
Perodua Bezza merupakan model kereta untuk generasi masa depan yang memiliki ciri-ciri futuristik tetapi ia amat praktikal digunakan.
Namun sejak ia diperkenalkan pada pameran tersebut, pelbagai tanda tanya berlegar di pasaran sama ada kereta konsep itu akan menjadi salah satu model terbaru yang akan diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi.
Antara persoalannya ialah adakah kenderaan yang direka dengan kepakaran tempatan itu akan direalisasikan menjadi salah satu barisan model keluarannya atau ia akan hanya terus kekal menjadi kereta konsep semata-mata.
Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh , syarikat itu akan memberi tumpuan terhadap model kereta tersebut tetapi pihaknya perlu membuat kajian yang mendalam mengenainya terlebih dahulu selain menerima maklum balas daripada pengguna.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/search?updated-min=2010-12-31T08%3A00%3A00-08%3A00&updated-max=2011-12-31T08%3A00%3A00-08%3A00&max-results=41#ixzz1BHK1nDmq

1 comment: