Showing posts with label Perodua Bezza. Show all posts
Showing posts with label Perodua Bezza. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Laman Facebook Mark Zuckerberg Diceroboh 'Hacker',Facebook Tingkatkan Kembali Ciri Keselamatan Serta Merta

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Pengurusan laman sosial Facebook meningkatkan tahap keselamatan laman itu selepas muka surat milik pengasas laman itu, Mark Zuckerberg digodam oleh seorang penggodam misteri pada Selasa lalu.
Penggodam siber yang dikenali dengan nama #hackercup2011 itu menyatakan dalam muka surat Zuckerberg di Facebook: "Mari mulakan penggodaman. Jika Facebook memerlukan wang, selain pergi ke bank, mengapa Facebook tidak membenarkan pengguna-penggunanya melabur dalam Facebook dalam satu bentuk sosial?

Kenapa tidak mengubah Facebook menjadi satu bisnes sosial, pendekatan yang digunakan oleh pemenang Anugerah Nobel, Muhammad Yunus."
Muhammad Yunus dari Bangladesh pernah memenangi Hadiah Nobel kerana dia menubuhkan Bank Grameen bagi memberi pinjaman kepada penduduk miskin.
Lebih 1,800 orang menyukai entri itu sebelum ia dipadamkan.
Pada Sabtu lepas, penggodam komputer turut menceroboh muka surat Facebook milik Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan menghantar mesej bahawa beliau akan berundur pada tahun depan.

Monday, January 17, 2011

Review Kereta Terbaru Malaysia Perodua Bezza


MODEL syarikat Perodua menunjukkan kereta Perodua Bezza




MALAYSIA - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sedang memperincikan maklum balas dan komen daripada orang ramai mengenai model Perodua Bezza khususnya daripada pengunjung Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) pada awal bulan Disember tahun lalu.
Perodua Bezza merupakan model kereta untuk generasi masa depan yang memiliki ciri-ciri futuristik tetapi ia amat praktikal digunakan.
Namun sejak ia diperkenalkan pada pameran tersebut, pelbagai tanda tanya berlegar di pasaran sama ada kereta konsep itu akan menjadi salah satu model terbaru yang akan diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi.
Antara persoalannya ialah adakah kenderaan yang direka dengan kepakaran tempatan itu akan direalisasikan menjadi salah satu barisan model keluarannya atau ia akan hanya terus kekal menjadi kereta konsep semata-mata.
Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh , syarikat itu akan memberi tumpuan terhadap model kereta tersebut tetapi pihaknya perlu membuat kajian yang mendalam mengenainya terlebih dahulu selain menerima maklum balas daripada pengguna.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/search?updated-min=2010-12-31T08%3A00%3A00-08%3A00&updated-max=2011-12-31T08%3A00%3A00-08%3A00&max-results=41#ixzz1BHK1nDmq