Friday, January 7, 2011

Cucuk Duit ; Awas Mesin ATM magik

Perbezaan lelaki dan wanita mengeluarkan wang di mesin atm.

LELAKI
Kamarudin berhenti di bank. Kamarudin keluar dari kenderaan. Masuk dalam bank. Pergi ke mesin atm. Masukkan nombor PIN dan jumlah wang. Ambil duit dan kad dari mesin atm. Keluar dari bank. Masuk kenderaan. Jalan.

WANITA

Mak Jah berhenti di bank. Betulkan anak tudung sikit. Owh maskara nak tertanggal, lekatkan balik. Perhatikan rupa melalui cermin pandang belakang. Senyum. Keluar dari kenderaan. Masuk dalam bank. Pergi ke mesin atm. Masukkan nombor PIN. SALAH! Masukkan sekali lagi nombor PIN. SALAH! Keluar dari barisan. Ganggg! Mak Jah sepak tong sampah! Garu leher kejap. Mengingat kembali nombor PIN yang betul. Masuk barisan dan sampai didepan mesin atm. Masukkan nombor PIN yang diingati. BETUL! Masukkan jumlah wang. Padam. Masukkan jumlah wang lagi. Padam. Masukkan jumlah wang, banyak sikit digit kosong dan tekan. Ambil duit dan kad dari mesin atm. Keluar dari bank. Masuk kenderaan. Pandang cermin. Betulkan anak tudung. Senyum. Hidupkan enjin. Jalan. Brek mengejut. Owh, termasuk gear reverse. Menukar gear. Jalan dalam seminit. Brek mengejut lagi. Keluar dari kenderaan. Berlari masuk ke bank. Lupa mengambil resit yang tertinggal di mesin atm. Keluar bank. Masuk kenderaan. Pandang cermin. Lap peluh kat pipi. Senyum. Jalan.




Hasilnya jadi macam aku,try nak withdraw duit guna MEPS,card Public Bank,nak guna ATM RHB Bank,cucuk-cucuk tapi duit tak keluar,check dekat machine ATM lain dah deduct.Bukan sikit,RM1000 tu.kalau RM100 tak lah gelabah sangat.Puas aku kehulu-kehilir buat report kat bank.Nasib baik kedua-dua bank RHB & Public Bank bagi kerjasama yang memuaskan walaupun a bit marah lah,nak kene tunggu sampai bila boleh dapat duit sendiri semula.Tak apelah,asalkan boleh dapat.Berhati-hatilah anda semua bila keluarkan wang dari ATM.Tahap keselamatan dan kecekapan sistem ATM kita di Malaysia harus dipertikaikan.Bank Negara,please la look into this matter.RHB & Public Bank,terima kasih atas kerjasama diberi tapi kalau lama sangat tak dapat balik duit tu,memang jadi header front page kat news paper la kes ni.Aku saman kat mahkamah,tribunal pengguna,apa saja asal lepas ni seluruh Malaysia tahu,masalah dengan ATM machine kat negara kita ni.Buat masa ni,hmm...sabar je lah.

No comments:

Post a Comment