Showing posts with label justin bieber.uncleseekers. Show all posts
Showing posts with label justin bieber.uncleseekers. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Kisah Wanita Menangis...




Dedikasi buat isteri tercinta,Nurul 'Ain..


Sekadar Renungan………

“Ibu, kenapa menangis?” tanya seorang anak kepada ibunya. Ketika itu si ibu sedang menyuap makanan ke mulut anaknya.

“Kerana ibu seorang wanita,” jawab si ibu sambil mengesat air matanya. “Apa maksud ibu?” si anak bertanya lagi.

Ibunya Cuma tersenyum sedang air mata masih merembes, membasahi pipi. Dipeluk anaknya erat-erat, lalu berkata?”Anakku, kau memang tak kan faham……”

Kemudian anak itu bertanya pula kepada ayahnya:

“Ayah, kenapa ibu mudah menangis?

“Semua wanita memang mudah menangis,” hanya itu jawapan yang diberikan.

Masa berlalu … si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa, namun dia masih lagi tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis?

Sampai waktunya si ibu dipanggil pulang ke rahmatullah. Kerinduan yang amat sangat menyebabkan si anak terbawa-bawa rindunya ke dalam mimpi.

Di dalam mimpi itu, si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata:“Anakku…Allah telah ciptakan wanita sangat istimewa. Dijadikan bahu wanita itu cukup kuar agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Namun ia juga cukup nyaman dan lembut untuk kepala bayi yang sedang nyenyak."

“Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali ia menerima cercaan daripada si anak. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa."

“Kepada wanita juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walaupun letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh kesah."

“Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. Walaupun acap kali anak-anak melukai perasaan dan hatinya."

“Allah juga memberikan wanita sesuatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus dilindungi."
“Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. Walau sering kali ia akan menguji setiap kesetiaannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar saling melengkapi dan menyayangi."
“Dan anakku, air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya."

“Jika kamu fikir airmata adalah kelemahan wanita, ternyata kamu silap. Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai; duka; gembira; bahagia; sengsara malah cintanya terungkap melalui air mata."

“Air mata wanita adalah air mata air mata kehidupan,” tiba-tiba si anak terjaga. Barulah dia sedar betapa teguh dan kuatnya seorang wanita.

Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1JLtl7HaZ

Monday, February 21, 2011

Video Justin Bieber Ditembak & Dibunuh Dalam CSI



Justin Bieber muncul kali kedua dalam siri tv popular CSI memegang watak sebagai seorang remaja yang bermasalah dan kali ini dia ditembak & dibunuh oleh pasukan polis, LOL!
Menurut sumber, Justin Bieber tidak akan membuat kemunculan lagi dalam episod CSI seterusnya. Kenapa ye? .Sebab dia dah pun mati kena tembak lah bro!
Dalam episod pertama, Justin Bieber memegang watak sebagai Jason, seorang ahli organisasi parti politik radikal yang disyaki terlibat dalam kes letupan di upacara pengebumian polis.
Epic win for Bieber’s haters. Video after this jump.



Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1EZZGSI6k

Thursday, January 20, 2011

21 Nasihat Terbaik Sepanjang Zaman

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.
KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
KEEMPAT
Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.
KELIMA
Apabila anda mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.
KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, “Kenapa anda ingin tahu?”
KEEMPATBELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
-Rasa hormat pada diri sendiri.
-Rasa hormat kepada orang lain.
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.
KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUHSATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian. Jadi bersendirian lah buat sementara..
semoga bermanfaat..


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1BWSqdSZq