Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Shoplot For Rent In Ampang

Hatta Square Business Centre, Pandan Mewah,Ampang,Selangor





Ruang Perniagaan Untuk Di Sewa

Mempelawa sesiapa yang berminat untuk menyewa ruang perniagaan berkeluasan 40X20 di Pandan Mewah Ampang.Untuk pertanyaan sila hubungi Mr.Pojie 017-6477528

Kemudahan berdekatan ;
Hospital Ampang
McDonald
7 Eleven
Paragon Point
Balai Polis Taman Muda
SMK Pandan Mewah
SJK On Pong 2





View Larger Map

Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1HCqWStW7

Wednesday, March 16, 2011

Ruang Kedai Untuk Disewa


Hatta Square Business Centre, Pandan Mewah,Ampang,Selangor





Ruang Perniagaan Untuk Di Sewa

Mempelawa sesiapa yang berminat untuk menyewa ruang perniagaan berkeluasan 40X20 di Pandan Mewah Ampang.Untuk pertanyaan sila hubungi Mr.Pojie 017-6477528

Kemudahan berdekatan ;
Hospital Ampang
McDonald
7 Eleven
Paragon Point
Balai Polis Taman Muda
SMK Pandan Mewah
SJK On Pong 2




View Larger Map

Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1GlTr94eg

Tuesday, November 30, 2010

Sultan Selangor Kecewa Ada Pihak Pertikai Bab Ketuanan Melayu Di Bumi Malaysia

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah baginda sedih dan dukacita kerana ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu.
Baginda bertitah golongan itu turut mempersoalkan kerelevanan institusi Raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara ketika ini.
"Matlamat mereka agar sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara telah menjalani arus pemodenan, dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, adalah amat tidak bertepatan," titah baginda pada majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan – Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.
Sultan Sharafuddin bertitah terdapat juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ dihapuskan daripada ungkapan ‘Raja-Raja Melayu’.
Titahnya, baginda percaya perbuatan itu dilakukan golongan berkenaan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik mereka.
Sultan Sharafuddin bertitah adakah orang Melayu kini tidak berbangga dan megah dengan bangsa sendiri sehingga ada yang sanggup menggadaikan perkataan ‘Melayu’ untuk dikuburkan serta lenyap daripada mata dunia.
Baginda bertitah kisah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris juga tertera perkataan ‘Tanah Melayu’ dan ‘Raja-Raja Melayu’ dan ini menunjukkan penulis Barat berkenaan mengiktiraf bangsa Melayu yang memulakan sejarah di negara ini.
"Beta berasa sedih dengan generasi sekarang yang malu untuk mengaku diri mereka seorang Melayu.
"Di sini beta ingin menyatakan bahawa bukanlah tujuan beta untuk menyalakan api perkauman, tetapi ingin menyatakan kepada kita semua bahawa kita mesti berbangga dengan negeri Selangor yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum iaitu kaum Cina, India dan Melayu, serta kaum-kaum yang lain," titah baginda.
Titahnya, keamanan di Selangor boleh dibanggakan kepada dunia luar kerana negeri itu mempunyai tamadun yang maju dengan kepesatan ekonomi terbina atas keharmonian ketiga-tiga kaum.