Monday, December 27, 2010

Remaja Wanita Singapura Jual Seluar Dalam Terpakainya Untuk Tambah Pendapatan

Semenjak kedatangan teknologi IT, salah satu perkara yang paling menonjol sekali yang mengubah konsep perniagaan ialah keupayaan seseorang untuk memulakan perniagaan dengan amat mudah, modal yang amat minimum tetapi dengan pasaran yang amat luas diperingkat global.


Begitulah yang terjadi apabila seorang wanita remaja Singapura memerlukan duit untuk menampung perbelanjaan belajarnya dia dengan mudah menubuhkan sebuah perniagaan yang bermula hampir tanpa modal, tak perlu pejabat serta lain-lain kemudahan yang sempurna. Hanya yang diperlukan ialah sebuah komputer dan talian internet.





Remaja tersebut mempromosikan seluar dalam yang telah dipakainya dan dijual dengan harga RM104.00 sehelai. Pelanggan yang membeli sebanyak 2 helai akan diberikan bonus video clip tarian ghairahnya membuka satu persatu pakaian dalam. Dalam vidie tersebut hanya bahagian mukanya sahaja tidak dipamerkan.


Setakat ini dia telah berjaya menjual sebanyak 200 helai seluar dalamnya sendiri yang dibeli kemudian dipakai untuk sekurang-kurangnya selama 12 jam sebelum dijual. Bermakna dengan pantas dia dapat mengumpulkan sebanyak RM20,800 !. Wow mudahnya berniaga.


Jangan pula nanti ada pakcik-pakcik blogger yang cuba mempromosikan seluar dalam mereka untuk jualan kepada pelanggan internet. Takut tak menang tangan menerima tempahan pula!

1 comment: