D2-G-01,Hatta Square Business Centre,Jalan Mewah 1/2, Pandan Mewah, 68000,Ampang,Selangor,MALAYSIA
Friday, December 17, 2010
Pengasas Facebook tokoh Time 2010
NEW YORK: Majalah Time menamakan pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg sebagai ‘tokoh tahun ini’ semalam, dan mengetepikan kehendak pembaca majalah yang mahukan wira WikiLeaks, Julian Assange untuk mendapat gelaran itu.
Zuckerberg, kini hanya berusia 26 tahun, adalah tokoh kedua paling muda untuk mendapat gelaran tahunan majalah Time.
Editor Pengurusan, Richard Stengel berkata, khidmat rangkaian sosial Zuckerberg “mengubah cara hidup kita setiap hari”. Tempat kedua dan ketiga pilihan Time adalah pergerakan konservatif Amerika Syarikat, Tea Party, yang memberi kesan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal di AS, diikuti oleh Assange.
Assange, yang kini dalam tahanan di London atas tuduhan seksual di Sweden, berada di tengah kegemparan global berhubung kabel diplomatik rahsia AS yang didedahkan.
Pembaca majalah Time memberi banyak sokongan kepadanya untuk dinamakan sebagai ‘tokoh tahun ini, diikuti Lady Gaga, penyanyi AS yang dikenali kerana pakaian keterlaluannya.
Namun Stengel berkata Facebook berjaya menjadi pengaruh global pada tahap yang tidak dijangkakan.
“Bagi menghubungkan lebih setengah bilion orang dan melakar perhubungan sosial di kalangan mereka, yang tidak pernah dilakukan sebelum ini; kerana mewujudkan satu sistem baru pertukaran maklumat yang tidak dapat ditandingi dan kadangkala menakutkan; dan akhirnya kerana mengubah bagaimana kita hidup dengan cara inovatif , malah optimistik, Mark Elliot Zuckerberg adalah Tokoh Time 2010,” kata Stengel dalam satu kenyataan.
Dalam temuramah dengan stesen televisyen NBC, Stengel berkata, Zuckerberg “berasa rendah diri” dan “amat terharu” dengan anugerah itu.
Tidak seperti gambaran mengenai Zuckerberg dalam filem Hollywood, ‘The Social Network’, tokoh Facebook itu “adalah orang yang baik”, kata Stengel.
“Beliau begitu cekap dan pantas.” Namun, “apa yang ditunjukkan dalam filem, dia tidak suka ke depan dan malu.” Presiden Hamid Karzai dari Afghanistan dan sekumpulan pelombong Chile yang terselamat dalam timbunan runtuhan di bawah tanah adalah pemenang lain yang dipilih oleh Time.
Pada 1927, seorang juruterbang Amerika, Charles Lindbergh adalah tokoh majalah Time yang pertama terpilih, pada usia termuda iaitu 25 tahun.
Sementara itu di San Francisco, Zuckerberg diterima sebagai tokoh paling muda ke ‘Hall of Fame’ di California di mana muzium negeri berkenaan juga memberi penghormatan sama kepada penyanyi Barbra Streisand, pengeluar filem ‘Titanic’, James Cameron dan lain-lain.
Gabenor California yang akan menamatkan tempohnya, Arnold Schwarzenegger dan isterinya, Maria Shriver mewujudkan Hall of Fame itu, bagi tahun kelima sekarang dan memenuhinya dengan bintang Hollywood dan Lembah Silicon di samping tokoh lain yang berjaya di negeri berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment