Saturday, December 11, 2010

Kuasa Ibu,Suami & Isteri...


Kuasa Mutlak – hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini iaitu SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai
Allah sekiranya dia menyakiti atau tidak mentaati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya.
Kalau isteri – bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan tidak diredoi dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana amalannya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?
Kalau anak – anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya.Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul.Kesanya, amalan anak tersebut tidak diterima Allah, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Oleh itu IBU MESTI MEMPUNYAI SIFAT PENGAMPUN pada anaknya dan memberi penerangan dan pendidikan diatas perbuatan yang tidak diredoi tadi dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MEMPUNYAI SIFAT PENGAMPUN semasa isteri meminta maaf dan memberi penerangan dan pendidikan diatas perbuatannya.
Permohonan maaf hendaklah segera dilakukan dikala menyedari perbuatannya yang tidak diredoi oleh Suami mahupun bagi anak terhadap ibunya.
Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik.InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.
Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahir kan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukan mempunyai bahkan mesti menggunakan dengan sebaiknya.

Tanpa penghayatan islam yang lahir daripada keluarga yang Islam maka Islam tak mampu menjadi contoh kepada mereka yang belum merasakan kesejahteraan (Islam) berumahtangga .

1 comment: