Seorang ibu yang bernama Alexandra V Tobias dari Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat ini hilang perasaan belas kasihan pada bayinya yang masih berusia 3 bulan. Bayinya yang bernama Dylan Lee Edmonson kehilangan nyawa setelah ibunya marah kerana permainan game Farmvillenya di laman sosial Facebook terganggu akibat tangisan Dylan.
Tobias dikatakan menggoncang-goncang tubuh Dylan, sampai bayi itu tidak bergerak lagi. Atas perbuatan yang keji pada Januari 2010 itu, wanita berumur 22 tahun ini kini kemungkinan menerima hukuman maksima penjara seumur hidup, dengan tuduhan melakukan pembunuhan tidak sengaja.
Nasib Tobias, seperti diberitakan The Florida Times-Union, bakal ditentukan pada perbicaraan yang akan dibacakan pada Disember ini. Namun, Hakim Richard Mantei meramalkan, hukuman mungkin lebih ringan. Ini kerana berdasarkan kebiasaan penjatuhan hukuman di negara bahagian Florida, untuk jenis kesalahan yang dilakukan Tobias, hukumannya adalah antara 25-50 tahun.
Dalam surat pembelaannya, Tobias mengaku dua kali mengoncang-goncang tubuh Dylan. Selepas menggoncang Dylan buat kali pertama, Tobias sempat menenangkan diri dengan cara merokok. Tapi tangisan Dylan kembali terdengar, hingga membangkitkan kembali amarah wanita berambut perang ini.
D2-G-01,Hatta Square Business Centre,Jalan Mewah 1/2, Pandan Mewah, 68000,Ampang,Selangor,MALAYSIA
Monday, December 13, 2010
Ibu Bunuh Bayi Sendiri Kerana Facebook...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kasihan baby yang tak berdosa tu....
ReplyDelete