Friday, March 4, 2011

Peralatan Rumah Burung Walit 'ON SALES',

Anda pemilik rumah burung walit?Atau bercadang menceburi bidang penternakan sarang burung walit?.Kenapa harus berbelanja lebih ditipu kontraktor dilantik untuk bebanan kos peralatan sedangkan harga asal jauh lebih murah.Ini diantara harga asal terendah untuk peralatan rumah burung walit.Hubungi Mr.Pojie 017-6477528 untuk sebutharga.

MAKLUMAN
Perlu di ingatkan,kerana permintaan yang tinggi,sila confirmkan setiap pesanan dan sila berkunjung semula ke page ini untuk pengesahan harga sebelum membuat pesanan kerana kesemua barang adalah diimport terus dari Taiwan & China,hanya sesetengah jenis Tweeter saja buatan Malaysia jadi harga bergantung kepada turun naik pasaran.Pihak kami berusaha memastikan harga terendah yang mampu kami tawarkan kerana jualan ini di buat hanyalah demi memenuhi tuntutan Fardu Kifayah dalam bidang menyediakan peralatan sistem audio rumah burung walit ini berikutan sambutan hangat masyarakat muslim terhadap perniagaan sarang burung ini.Harap tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum.Sebarang kekurangan dari penyediaan perkhidmatan kami adalah dari kekurangan kami sendiri,segala kelebihan yang ada pada perkhidmatan kami adalah dengan izin Allah S.W.T jua.Sila kembali ke page ini dari masa ke semasa untuk update harga barangan dan produk baru.Sila berhubung terus untuk menyemak stok.
Terima kasih



BGB Amplifier model AV 9550
RM 370



BGB Amplifier model AV 9528
RM 138



BGB Amplifier Model AV 9560
RM 318


MQ Sky Sound Tweeter 2"x5"


SB 120 Economy Tweeter
RM 1.20 per pcs


Horn Tweeter Round
NHP 2000 series tweeter
RM 43
Audax AX60

Audax AX 60 Tweeter
RM 5.80


Humidifier Taiwan
MISTRo Humidifier Generator
RM 368


TL3600 Top Cover
MISTRO Humidifier Generator Hose
RM 68


Digital Timer
SMART Digital Timer
RM 37
Temperature/Humidity Controller
Temperature & Humidity Controller
RM 368
Water Proof External Tweeter
Waterproof external tweeter
RM 38
Internal Tweeters
Motorola Sky Sound Tweeter
SB 120M SKY (3X3) RM 5.30
SB 140M SKY (21/2 X 5) RM 7.30


Auto Power Recovery
Auto Power Recovery System (For Single Phase Only)
RM 1380


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/2011/03/peralatan-rumah-burung-walit-on-sales.html#ixzz1G7AeAxBD

Sesiapa yang berminat nak sewakan kereta Persona untuk kegunaan Jelajah 1 Malaysia


Last call

Kepada pemilik Persona auto standard spec !!! Sesiapa yang berminat nak sewakan selama 14 hari untuk kegunaan Acara Lumba Basikal Jelajah 1 Malaysia sila berhubung segera..
Diperlukan pada 3/3 sehinga 17/3.Bayarannya sebanyak Rm 1200.Segala kerosakkan dijamin sepenuhnya oleh PROTON.017-6633392

Sila berurusan dengan bro. Nazir Ali 016-6155504





Jelajah 1 Malaysia 2011

Cycling fans! Jelajah 1 Malaysia 2011 will kick off this year from 8th Mac - 13th Mac 2011, this year the race will cover over 1000km across 4 states with team participation from locals and asian countries.

The race will involves 6 stage as follows:-

Stage 1 - 8th March
Kota Iskandar -> Bandar Penawar : 166.1KM

Stage 2 - 9th March
Bandar Penawar -> Kluang : 193.9KM

Stage 3 - 10th March
Kluang -> Kuala Rompin : 163.8KM

Stage 4 - 11th March
Kuala Rompin -> Pekan : 89.5KM

Stage 5 - 12th March
Pekan -> Bentong : 222.5KM

Stage 6 - 13th March
Batu Caves -> Universiti Sains Islam Malaysia, Nila : 175.2KM

There will be mini carnivals at all stages that will involves recreational and entertainment activities as well as exhibitions from various organisations and in additional to that, there will be 3 main carnivals that will run for 2 days at these locations:-

Kluang, Johor(Dewan Tunku Ibrahim Ismail)
9th -10th March

Pekan, Pahang(Dataran Pekan)
11th - 12th March

Nilai, Negeri Sembilan(USIM)
13th-14th March


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN6cQn97tFanLp36pamXTwF6z917S18murueyZJ-aTtneeVwb4x1HeL-aGXo0veyVyB0cGC_IDJB8l_oZ0x0WCJg7npem3tOlO41TTJxRDInIz5KOT_ibcPFD2iV_egvthyhXMMOBziBM/s1600/IMG_0401.JPG

If you live nearby, come on by with your camera or an umbrella support your favorite teams or join in the activities. Dont miss the heat! ^_^

Official website visit: www.jelajahmalaysia.com


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FYaUQkbl

Wednesday, March 2, 2011

Alat Uji Lokasi Burung Walet & Suara Burung Walet Mp3


Satu lagi alat yang di gunakan di dalam perusahaan rumah burung walet adalah Alat Uji Lokasi Burung Walet / Walet Bird Call Test Unit.
Alat ini mudah alih dan boleh di bawa ke mana-mana untuk membuat ujian lokasi burung walet di tempat anda. Selain di gunakan untuk menguji lokasi ianya juga sangat ideal di gunakan untuk menguji suara rakaman burung walet yang baru sebelum diserapkan ke dalam rumah burung anda.
Ataupun pergi ke kawasan populasi berhampiran rumah burung anda dan mainkan rakaman suara burung walet yang telah anda dapat untuk menentukan adakah sesuai suara rakaman ini atau tidak.
Selepas anda gunakan alat ini untuk ujian lokasi ataupun menggunakan untuk menguji rakaman suara yang baru, anda juga boleh gunakan alat ini sebagai amplifier untuk suara panggil luar ataupun suara panggil dalam di dalam rumah burung walet anda.
Ciri-Ciri Alat Uji Lokasi Burung Walet -
  • Menggunakan 240VAC.
  • Boleh menggunakan 12VDC terus dari Soket Pencucuh Rokok kenderaan.
  • Pemain Terbina Dalam MP3 dengan ciri-ciri:
    • AutoPlay -- Terus memainkan rakaman selepas ada kembali bekalan elektrik.
    • Single Repeat dan juga Repeat All.
    • Boleh menggunakan thumb drive atau SD Card memory.
  • Ciri-Ciri Amplifier:
    • 2 Channel Kiri dan Kanan.
    • Pre-Amp untuk Low(Bass) dan High(Treble).
    • Set BALANCE kiri dan kanan .
  • 2 unit Tweeter Kiri dan Kanan siap dipasang KONDENSOR.
  • Housing berbadan keras dan pemegang handle unit ini.
Alat uji lokasi burung walet seperti ini telah kami gunakan di beberapa lokasi dan telah terbukti berkesan.
Aerodramus Fuciphagas
PROMOSI ISTIMEWA
SUARA BURUNG WALET MP3 INDOOR & OUTDOOR
HANYA RM 77
Hubungi Mr.Pojie 017-6477528 untuk tempahan


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FOSkPoGK

Khasiat Sarang Burung Walet

Antara khasiat sarang burung adalah seperti di bawah :
  1. Awet muda.
  2. Melancarkan peredaran darah.
  3. Melancarkan fungsi paru-paru.
  4. Melegakan batuk.
  5. Membersihkan darah.
  6. Membantu tumbesaran tubuh.
  7. Membantu pembentukan tulang.
  8. Pembentukan darah merah.
  9. Sebagai agen antioksida.
  10. Membantu proses penyembuhan Asma.
  11. Memutih dan melicinkan muka.
  12. Menghilangkan kedut-kedut muka.
  13. Membantu meningkatkan tahap IQ.
  14. Membantu memulihkan tenaga dan stamina badan.
  15. Kesihatan tenaga batin.
Melalui kajian dan ujian makmal sarang burung mengandungi nutrien dan garam mineral yang mudah diserap oleh tubuh badan manusia seperti di bawah:
  1. glikoprotein
  2. kalsium
  3. zat besi
  4. fosforus
  5. iodin
Sejak dari dahulu lagi, sarang burung adalah suatu pemakanan yang ekslusif untuk golongan Di Raja di negara China. Ia juga di anggap sebagai makanan berkhasiat untuk dan di makan oleh golongan orang yang berkemampuan kerana harga sarang burung ini adalah mahal mengikut grednya masing-masing.
Manfaat Sarang BurungPada ketika ini, pembuat produk-produk kecantikan antarabangsa juga telah menggunakan kebaikan yang ada dari sarang burung dan mengeluarkan produk masing-masing untuk tujuan meningkatkan kecantikan.
Dengan adanya juga beberapa bahan yang telah terbukti baik untuk kesihatan tubuh badan manusia, seperti marine collagen, kismis dan za’faran, ianya telah di adunkan bersama dengan sarang burung bagi memberikan kesan yang baik untuk tujuan kecantikan dan juga kesihatan yang optimum.
Rakyat negara jepun telah lama memakan produk berasaskan marine collagen bagi membantu pembetukan tulang dan juga bagi mendapatkan kulit yang bersih dan cantik. Antara kebaikan marine collagen adalah ianya tidak berbau dan tidak mempunyai rasa. Sehingga kini tiada lagi laporan tentang kesan tindak balas yang buruk dan marine collagen di anggap sebagai bahan yang selamat.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FOSRjAKh

Lagu Tema Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie
Nur Kasih merupakan drama melayu yang telah berjaya menambat hati semua penonton TV3 suatu ketika dulu. Nur Kasih pernah mencetuskan fenomena hebat dan nampaknya, peminat pelakon berbakat besar Tiz Zaqyah akan sekali lagi berpeluang menonton beliau di dalam Filem Nur Kasih The Movie pula lepas ni. Drama Nur kasih inilah yang telah berjaya mengangkat nama Tiz Zaqyah (Nur Amina) dan Remy Ishak (Adam) !!!
Untuk mendownload Drama Nur Kasih, dapatkan di sini. Eeeee, tak sabar nak tunggu filem Nur Kasih pulak lepas ni!!!!! Dah la ada adik Mia Nasuha... hehehe!!! Sure filem Nur Kasih ni laku punya lah. Hopefully. hehehehe. Sementara tu, bolehlah layan lagu tema Filem Nur Kasih ni dulu ok.
Lewat ini ku rasakan
kasih kian ku dambakan r
esah hati yang ku pendam
pada takdir dan harapan
detik waktu dan suratan
siapa tahu ketentuan
ku mencari cahayanya
dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih
nasib hidup dan pilihan
lain untuk setiap insan
melayarkan perjalanan
dalam maya kesamaran
nur kasih
nur kasih
aku kembali kerana masih
mencari yang hakiki
sinar pasti
janji suci yang abadi
nur kasih
nur kasih


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FOS8yEn8

Tuesday, March 1, 2011

Pelan Perancangan Membina Rumah Burung Walet

[Compile+Badlishah+Siap.JPG]
[Compile+Sg+Tengas+Siap.JPG]

Jika anda ingin merancang dan membina rumah burung walet, anda harus mendokumen kan setiap perkara yang anda buat dengan erti kata mudah mengadakan buku log aktiviti rumah burung anda.
Kebaikannya adalah untuk anda sendiri dapat mengesan jika ada masalah jika anda membuat sesuatu perkara pada rumah burung anda ataupun mendapat manfaat yang baik setelah anda membuat sesuatu perkara yang baru.
Ini termasuk setiap perkara yang anda lakukan termasuk menguatkan suara rakaman dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Ini semestinya sedikit sebanyak akan memberikan kesan baik ataupun buruk pada rumah burung anda.
Pada ketika ini rata-rata mengatakan kos untuk membina rumah burung boleh mencecah sehingga RM 250,000.00 ke RM 350,000.00.
Pada pendapat saya, untuk membina rumah burung anda perlu MEMPUNYAI ILMU tentang burung walet walaupun anda telah memilih atau melantik sesiapa sahaja yang ingin membangunkan rumah burung anda. Dan dengan ilmu yang anda ada, justifikasi dapat dibuat sebelum melaksanakan nya pada rumah burung anda.
Rumusannya dengan ilmu yang anda perolehi, MUNGKIN juga kos untuk membina rumah burung anda dapt dikurangkan mengikut budget yang anda ada.
Antara beberapa faktor untuk merancang pembinaan rumah burung anda dan ciri-ciri yang ada pada rumah burung anda adalah seperti di bawah:
  • Ukuran keluasan rumah burung (4m x 10m – minima).
  • Model rumah yang seperti dalam dewan ataupun model rumah yang mempunyai banyak bilik kecil.
  • Membina rumah hanya 1 tingkat atau lebih.
  • Mengadakan tahap kelembapan pada kadar 80% ke 95%.
  • Mengadakan tahap suhu pada kadar 26 hingga 29 darjah celcius.
  • Rumah burung yang terasing dari bermacam-macam aktiviti manusia
  • Lokasi rumah burung yang dekat dengan sumber makanan burung walet seperti di kawasan padang rumput, kawasan pengairan, kawasan sawah padi atau kawasan yang mempunyai sumber makanan yang banyak.
  • Kedudukan rumah burung di lokasi dipilih dibina dengan melihat flying path burung yang ada di kawasan itu.
  • Ruang/pintu masuk burung – ruangan utama burung walet masuk dan keluar untuk rumah burung anda.
  • Pintu masuk orang ke dalam rumah burung anda, ke ruangan bilik data.
  • Pintu/ruangan antara lantai – ruangan burung terbang dari tingkat 3 ke 2 atau tingkat 1.
  • Pintu/ruangan antara bilik ke bilik – ini jika anda membina rumah burung yang mempunyai banyak bilik kecil.
  • Ruangan/Lubang pengudaraan rumah burung anda.
  • Roving Area – ruang untuk burung walet berlegar apabila masuk ke dalam rumah burung.
  • Nesting Area – ruang untuk burung walet menetap dan membuat sarang.
  • Equipment Area – ruang untuk segala peralatan rumah burung.
  • Pemasangan sesirip untuk burung walet membuat sarang.
  • Sistem Audio Suara Luar dan Dalam.
  • Sistem Keselamatan Rumah Burung Walet.
Di atas adalah antara perkara yang perlu di ambil kira untuk merancang pembinaan rumah burung di lokasi yang telah anda pilih.
Perkara di atas adalah antara yang telah di bincangkan oleh pemilik rumah burung yang terdahulu dan telah terbukti telah menghasilkan sarang burung.
Walaubagaimana pun cabaran nya masih ada bagi memikat burung walet ini masuk dan membuat sarang di dalam rumah burung yang telah di bina.
Apa yang saya dapat tahu dari beberapa orang yang telah menceburi industri ini, ada rumah burung yang lengkap tetapi masih kurang berhasil dan ada juga rumah burung yang serba serbi kekurangan tetapi masih boleh menghasilkan sarang burung.
Itu antara kegunaan buku log rumah burung untuk anda menggunakan beberapa perkara asas ini untuk membina rumah burung anda dan pada masa yang sama membuat kajian sendiri bagi memastikan kejayaan rumah burung anda.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FIX1vThX