Showing posts with label suara burung walet. Show all posts
Showing posts with label suara burung walet. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Kisah Nabi Yusuf


Perlu kita mengambil iktibar daripada kisah Nabi Yusuf yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW dalam Quran. Kisah para nabi diwahyukan kepada Rasulullah supaya dijadikan petunjuk dan teladan oleh manusia sepanjang zaman dalam hubungan dengan Yang Maha Pencipta dan sesama manusia.

Kisah Nabi Yusuf dihuraikan panjang lebar dalam Surah Yusuf. Ia menceritakan tentang Nabi Yusuf yang dianiaya sejak kecil hingga dewasa, tetapi akhirnya baginda menjadi wazir (setaraf jawatan Perdana Menteri pada zaman sekarang). Begitulah ketentuan Allah dan tiada sesiapa yang boleh mengubahnya.

Ia menjadi contoh klasik bagaimana seseorang yang beriman menghadapi dan menangani penganiayaan serta fitnah. Bacalah surah ini berkali-kali dan fahami maksudnya yang relevan sepanjang zaman, termasuk di Malaysia sekarang.

Dikisahkan bahawa Nabi Yusuf ketika kanak-kanak telah dianiaya oleh adik beradiknya yang berlainan ibu. Dia telah ditinggalkan oleh adik beradiknya di dalam telaga ketika masih kanak-kanak. Kepada bapa mereka, Nabi Yaacob diberitahu bahawa Yusuf dibaham serigala.

Nabi Yaacob tahu bahawa apa yang diceritakan kepadanya bukanlah kejadian sebenar, tetapi beliau bersabar dan menyerahkan segala urusan bersabit anaknya itu kepada Allah SWT. Maka ditakdirkan Yusuf yang masih kanak-kanak telah diselamatkan oleh sekumpulan peniaga yang singgah di telaga itu, lalu beliau dibawa ke Mesir dan dijual dengan harga yang murah sebagai hamba sahaya kepada seorang pembesar negara.

Dan orang Mesir (pembesar) yang membelinya berkata kepada isterinya: “Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita pungut dia sebagai anak.” Dan demikian pulalah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan kepadanya takbir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. - Ayat 21.

Apabila dewasa, Yusuf menjadi seorang pemuda yang sangat kacak. Kekacakannya menyebabkan si isteri pembesar yang memeliharanya sangat berahi terhadapnya. Tidak tertahan lagi, pada suatu hari wanita bernama Zulaikha itu telah menggodanya ketika mereka berduaan dalam rumah.

Walaupun Yusuf hampir tergoda, imannya yang kukuh telah menahan dirinya daripada terjerumus ke perlakuan buruk. Yusuf cuba melarikan diri sehingga koyak bajunya di bahagian belakang direntap oleh Zulaikha.

Kejadian itu disedari oleh suami Zulaikha yang kebetulan kembali ke rumahnya ketika Yusuf sedang berlari ke pintu untuk menyelamatkan dirinya. Walaupun Zulaikha berkeras menuduh bahawa kononnya Yusuf yang cuba berbuat jahat terhadapnya, namun bajunya yang koyak di bahagian belakang menjadi bukti mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Jika Yusuf yang cuba berbuat jahat, tentulah bajunya koyak di bahagian depan jika Zulaikha melawan.

Kisah Zulaikha dan Nabi Yusuf itu menjadi bualan hangat khususnya di kalangan wanita bangsawan. Lalu Zulaikha menganjurkan satu jamuan dan menjemput wanita-wanita yang mengejeknya. Masing-masing diberikan sebilah pisau untuk memotong bahan-bahan makanan.

Ketika wanita-wanita itu sedang asyik memotong bahan makanan dengan pisau, Yusuf diarahkan masuk ke tempat mereka. Melihat seorang pemuda yang sangat kacak tampil di hadapan mereka, wanita-wanita itu terpegun sehinggakan tidak menyedari pisau menghiris tangan mereka.

Menyedari apa yang berlaku, Yusuf bimbang peristiwa dengan Zulaikha akan berlaku lagi terhadapnya. Lalu beliau berdoa kepada Allah SWT.

Yusuf berkata: Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh. - Ayat 33

Meringkaskan cerita, Allah SWT memakbulkan doanya dan mengilhamkan kepada wanita-wanita itu supaya sepakat merencanakan Yusuf dimasukkan ke dalam penjara.

Tinggallah Yusuf di dalam penjara bagi suatu tempoh sehingga akhirnya dia diminta metadbirkan mimpi raja.

Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya): Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-

gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir lainnya yang kering.” Hai orang-orang yang terkemuka: “Terangkanlah kepadaku tentang tadbir mimpiku itu jika kamu dapat menakbirkan mimpi. - Ayat 43

Tiada siapa yang dapat mentakbirkan mimpi raja itu. Lalu seorang bekas banduan memberitahu tentang seorang banduan bernama Yusuf yang tahu mentakbirkan mimpi. Apabila dipanggil, Yusuf bukan sahaja metakbirkan mimpi raja itu dengan tepat, malahan beliau juga memberikan nasihat yang betul kepada raja.

Yusuf berkata: Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu simpan kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan, kecuali sedikit daripada yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang berhujan (dengan cukup) dan pada masa itu mereka memeras anggur. - Ayat 47,48,49.

Raja juga mendapati bahawa Yusuf dipenjarakan kerana fitnah. Selepas membebaskannya, raja yang terpikat dengan kebijaksanaan Nabi Yusuf telah melantiknya menjadi penjaga perbendaharaan dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai wazir.

Di akhir Surah Yusuf (ayat 111) Allah SWT berfirman yang maksudnya: Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Iktibar daripada kisah Nabi Yusuf ini ialah supaya orang-orang beriman bersabar dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah SWT dalam menghadapi apa jua ujian dan masalah dalam kehidupan.

Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1JLtSZgl9

Thursday, March 31, 2011

Notis




Ilham Nurul Resources sedang melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf perkhidmatan kami,merangkumi
kerja-kerja dekorasi pejabat urusan,sistem internet,faksimili & telefon serta ruang pameran (showroom).
Kami memohon maaf kepada para pelanggan dan pengguna perkhidmatan kami sekiranya kerja-kerja penambahbaikan ini memperlahankan aktiviti perniagaan kami sehingga menyulitkan pihak anda.
Kerja-kerja penambahbaikan ini adalah perlu demi menampung beban kerja yang bertambah,disamping usaha untuk menambah mutu perkhidmatan kami.
Sebarang maklumat boleh diperolehi melalui blog ini dari masa ke semasa.Kami akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam apa jua keadaan.


Pengurusan,
Ilham Nurul Resources

Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1IBt7jiKE

Wednesday, March 2, 2011

Alat Uji Lokasi Burung Walet & Suara Burung Walet Mp3


Satu lagi alat yang di gunakan di dalam perusahaan rumah burung walet adalah Alat Uji Lokasi Burung Walet / Walet Bird Call Test Unit.
Alat ini mudah alih dan boleh di bawa ke mana-mana untuk membuat ujian lokasi burung walet di tempat anda. Selain di gunakan untuk menguji lokasi ianya juga sangat ideal di gunakan untuk menguji suara rakaman burung walet yang baru sebelum diserapkan ke dalam rumah burung anda.
Ataupun pergi ke kawasan populasi berhampiran rumah burung anda dan mainkan rakaman suara burung walet yang telah anda dapat untuk menentukan adakah sesuai suara rakaman ini atau tidak.
Selepas anda gunakan alat ini untuk ujian lokasi ataupun menggunakan untuk menguji rakaman suara yang baru, anda juga boleh gunakan alat ini sebagai amplifier untuk suara panggil luar ataupun suara panggil dalam di dalam rumah burung walet anda.
Ciri-Ciri Alat Uji Lokasi Burung Walet -
  • Menggunakan 240VAC.
  • Boleh menggunakan 12VDC terus dari Soket Pencucuh Rokok kenderaan.
  • Pemain Terbina Dalam MP3 dengan ciri-ciri:
    • AutoPlay -- Terus memainkan rakaman selepas ada kembali bekalan elektrik.
    • Single Repeat dan juga Repeat All.
    • Boleh menggunakan thumb drive atau SD Card memory.
  • Ciri-Ciri Amplifier:
    • 2 Channel Kiri dan Kanan.
    • Pre-Amp untuk Low(Bass) dan High(Treble).
    • Set BALANCE kiri dan kanan .
  • 2 unit Tweeter Kiri dan Kanan siap dipasang KONDENSOR.
  • Housing berbadan keras dan pemegang handle unit ini.
Alat uji lokasi burung walet seperti ini telah kami gunakan di beberapa lokasi dan telah terbukti berkesan.
Aerodramus Fuciphagas
PROMOSI ISTIMEWA
SUARA BURUNG WALET MP3 INDOOR & OUTDOOR
HANYA RM 77
Hubungi Mr.Pojie 017-6477528 untuk tempahan


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FOSkPoGK

Khasiat Sarang Burung Walet

Antara khasiat sarang burung adalah seperti di bawah :
  1. Awet muda.
  2. Melancarkan peredaran darah.
  3. Melancarkan fungsi paru-paru.
  4. Melegakan batuk.
  5. Membersihkan darah.
  6. Membantu tumbesaran tubuh.
  7. Membantu pembentukan tulang.
  8. Pembentukan darah merah.
  9. Sebagai agen antioksida.
  10. Membantu proses penyembuhan Asma.
  11. Memutih dan melicinkan muka.
  12. Menghilangkan kedut-kedut muka.
  13. Membantu meningkatkan tahap IQ.
  14. Membantu memulihkan tenaga dan stamina badan.
  15. Kesihatan tenaga batin.
Melalui kajian dan ujian makmal sarang burung mengandungi nutrien dan garam mineral yang mudah diserap oleh tubuh badan manusia seperti di bawah:
  1. glikoprotein
  2. kalsium
  3. zat besi
  4. fosforus
  5. iodin
Sejak dari dahulu lagi, sarang burung adalah suatu pemakanan yang ekslusif untuk golongan Di Raja di negara China. Ia juga di anggap sebagai makanan berkhasiat untuk dan di makan oleh golongan orang yang berkemampuan kerana harga sarang burung ini adalah mahal mengikut grednya masing-masing.
Manfaat Sarang BurungPada ketika ini, pembuat produk-produk kecantikan antarabangsa juga telah menggunakan kebaikan yang ada dari sarang burung dan mengeluarkan produk masing-masing untuk tujuan meningkatkan kecantikan.
Dengan adanya juga beberapa bahan yang telah terbukti baik untuk kesihatan tubuh badan manusia, seperti marine collagen, kismis dan za’faran, ianya telah di adunkan bersama dengan sarang burung bagi memberikan kesan yang baik untuk tujuan kecantikan dan juga kesihatan yang optimum.
Rakyat negara jepun telah lama memakan produk berasaskan marine collagen bagi membantu pembetukan tulang dan juga bagi mendapatkan kulit yang bersih dan cantik. Antara kebaikan marine collagen adalah ianya tidak berbau dan tidak mempunyai rasa. Sehingga kini tiada lagi laporan tentang kesan tindak balas yang buruk dan marine collagen di anggap sebagai bahan yang selamat.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FOSRjAKh

Tuesday, March 1, 2011

Pelan Perancangan Membina Rumah Burung Walet

[Compile+Badlishah+Siap.JPG]
[Compile+Sg+Tengas+Siap.JPG]

Jika anda ingin merancang dan membina rumah burung walet, anda harus mendokumen kan setiap perkara yang anda buat dengan erti kata mudah mengadakan buku log aktiviti rumah burung anda.
Kebaikannya adalah untuk anda sendiri dapat mengesan jika ada masalah jika anda membuat sesuatu perkara pada rumah burung anda ataupun mendapat manfaat yang baik setelah anda membuat sesuatu perkara yang baru.
Ini termasuk setiap perkara yang anda lakukan termasuk menguatkan suara rakaman dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Ini semestinya sedikit sebanyak akan memberikan kesan baik ataupun buruk pada rumah burung anda.
Pada ketika ini rata-rata mengatakan kos untuk membina rumah burung boleh mencecah sehingga RM 250,000.00 ke RM 350,000.00.
Pada pendapat saya, untuk membina rumah burung anda perlu MEMPUNYAI ILMU tentang burung walet walaupun anda telah memilih atau melantik sesiapa sahaja yang ingin membangunkan rumah burung anda. Dan dengan ilmu yang anda ada, justifikasi dapat dibuat sebelum melaksanakan nya pada rumah burung anda.
Rumusannya dengan ilmu yang anda perolehi, MUNGKIN juga kos untuk membina rumah burung anda dapt dikurangkan mengikut budget yang anda ada.
Antara beberapa faktor untuk merancang pembinaan rumah burung anda dan ciri-ciri yang ada pada rumah burung anda adalah seperti di bawah:
  • Ukuran keluasan rumah burung (4m x 10m – minima).
  • Model rumah yang seperti dalam dewan ataupun model rumah yang mempunyai banyak bilik kecil.
  • Membina rumah hanya 1 tingkat atau lebih.
  • Mengadakan tahap kelembapan pada kadar 80% ke 95%.
  • Mengadakan tahap suhu pada kadar 26 hingga 29 darjah celcius.
  • Rumah burung yang terasing dari bermacam-macam aktiviti manusia
  • Lokasi rumah burung yang dekat dengan sumber makanan burung walet seperti di kawasan padang rumput, kawasan pengairan, kawasan sawah padi atau kawasan yang mempunyai sumber makanan yang banyak.
  • Kedudukan rumah burung di lokasi dipilih dibina dengan melihat flying path burung yang ada di kawasan itu.
  • Ruang/pintu masuk burung – ruangan utama burung walet masuk dan keluar untuk rumah burung anda.
  • Pintu masuk orang ke dalam rumah burung anda, ke ruangan bilik data.
  • Pintu/ruangan antara lantai – ruangan burung terbang dari tingkat 3 ke 2 atau tingkat 1.
  • Pintu/ruangan antara bilik ke bilik – ini jika anda membina rumah burung yang mempunyai banyak bilik kecil.
  • Ruangan/Lubang pengudaraan rumah burung anda.
  • Roving Area – ruang untuk burung walet berlegar apabila masuk ke dalam rumah burung.
  • Nesting Area – ruang untuk burung walet menetap dan membuat sarang.
  • Equipment Area – ruang untuk segala peralatan rumah burung.
  • Pemasangan sesirip untuk burung walet membuat sarang.
  • Sistem Audio Suara Luar dan Dalam.
  • Sistem Keselamatan Rumah Burung Walet.
Di atas adalah antara perkara yang perlu di ambil kira untuk merancang pembinaan rumah burung di lokasi yang telah anda pilih.
Perkara di atas adalah antara yang telah di bincangkan oleh pemilik rumah burung yang terdahulu dan telah terbukti telah menghasilkan sarang burung.
Walaubagaimana pun cabaran nya masih ada bagi memikat burung walet ini masuk dan membuat sarang di dalam rumah burung yang telah di bina.
Apa yang saya dapat tahu dari beberapa orang yang telah menceburi industri ini, ada rumah burung yang lengkap tetapi masih kurang berhasil dan ada juga rumah burung yang serba serbi kekurangan tetapi masih boleh menghasilkan sarang burung.
Itu antara kegunaan buku log rumah burung untuk anda menggunakan beberapa perkara asas ini untuk membina rumah burung anda dan pada masa yang sama membuat kajian sendiri bagi memastikan kejayaan rumah burung anda.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FIX1vThX