Showing posts with label kisah nabi. Show all posts
Showing posts with label kisah nabi. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Mengenali Allah, pintu pengampunan seorang hamba..


Al-quran merupakan satu sumber Islam yang paling berautoriti. Kehormatan hukum hakam di dalamnya wajib dijaga. Mengingkarinya dianggap kufur.
Ilmu-ilmu yang terkandung dalam al-Quran boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :
1-Akidah
2-Syariah
3-Kisah2 teladan sejarah para nabi terhadulu.

MENGENAL ALLAH adalah cabang utama dalam ilmu Akidah.Iajuga merupakan anak tangga pertama kepada semua orang islam untuk menjalani kehidupannya sebagai seorang hamba di dunia. Mengenalli dengan erti kata beriman dan yakin pada zat dan sifatnya.... MUMKINAT, MUSTAHILAT, WAJIBAT ...

Akidah dan Iman mempunyai fungsi dan formasi yang sama iaitu mentauhidkan Allah (tidak menyekutukan Allah). Imam Syafie pernah berkata , “Aku beriman dengan apa yang datang dari Allah mengikut kehendakNya.” Demikian jawapan seorang ilmuan islam yang apabila ditanya pada tentang Allah. Beliau menyerahkan segala pengetahuannya pada Allah. Bukan bermaksud beliau jahil tentang Allah, tetapi beliau menjunjung keEsaan Allah taala.

Apa itu Allah? Dimanakah Allah?

Persoalan yang tidak harus dikemukakan dengan sewenang2nya, persoalan yang ditimbulkan daripada seseorang kepada seseorang tanpa ada ilmu dan tanggungjawab amatlah tidak digalakkan seperti golongan awam yang tidak mendapat pendidikan agama yang mendalam. Namun mahasiswa islam wajib mempunyai "ilmu" tentangnya.

1-Allah di atas langit.
2-Allah di segenap tempat.
3-Allah di bawah arasy.
4-Allah bersemayam di atas arasy.
5-"wallahu a'lam"

Demikian antara jawapan2 yang sering berlegar di fikiran kita. Namun, yang manakah jawapan yang paling dekat dengan kebenaranya..?

Jika kita mengatakan Allah itu berada di suatu tempat yang khusus, itu sudah melambangkan bahawa ada sesuatu yang lain yang lebih berkuasa dari Allah yang Maha Berkuasa (na'uzubillah) iaitu tempat tersebut. Kerana seolah2 Allah itu berhajat kepada tempat itu (atas langit). Maha suci Allah yang langsung tidak berhajat kepada sesuatu. Secara logiknya, tempat itu lebih berkuasa daripada sesuatu yang hadir padanya. Contohnya "si Abu sedang duduk di atas kerusi". Situasi itu melambangkan kekuasaan kerusi itu yang mampu menerima kehadiran Abu padanya. Oleh itu, "tempat dan masa itu menafikan sesuatu kekuasaan."/ Kerusi itu lebih berkuasa dari Abu kerana abu berhajat pada kerusi itu.


Sedangkan Allah itu bersifat dengan Al Qadim yang tunggal, yang mustahil ada padanya permulaan dan juga penghujung. Oleh itu, tertolak lah jawapan 1,2 & 3 tadi.

"Allah berada di mana2 sahaja"..itu adalah serpihan daripada pegangan golongan muktazilah yang mendakwa bahawa kewujudan Allah itu di setiap masa dan tempat yang kita hadir. Mereka juga mendakwa dan menggambarkan Allah itu dalam bentuk jisim atau jasad seperti kaum2 terdahulu seperti Yahudi dan juga menyerupai kaum Nasrani yang mendakwa Allah itu bersatu dengan jasad Maryam yang kemudiannya keluarlah Nabi Isa.
Untuk mencari jawapan kepada persoalan ini, sumber2 yang paling berautoriti adalah Quran, Sunnah dan ijma’ ulama’.

Firman Allah “Sesungguhnya Tuhan kamu (Allah) yang telah menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas arasy..”-surah Yunus :2.
“Allah itu bersemayam di atas arasy” surah Taha :5.

Ternyata banyak pentafsiran terhadap kenyataan al-quran “kemuan Dia bersemayam di atas arasy”. Ibnu Abbas menyatakan banyak tafsirannya dalam hal ini, akan tetapi terdapat segelintir sahaja yang paling dekat dengan kebenaran yang tidak samar.
Golongan Yahudi mentafsirkan ayat tersebut dengan mengatakan masa enam hari yang digunakan itu, 4 hari untuk menyiapkan bumi dan 2 hari untuk menyiapkan langit, kemudian hari ketujuh itu Allah menciptakan kerusi dan duduk dia atasnya. Hari terakhir itu diiktibarkan oleh golongan yahudi ini sebagai hari rehat untuk Allah setelah penat bekerja (kini dianggap hari Sabtu sebagai public holiday).

Ya…Allah bersemayam di atas arasy, tapi tafsiran yang sebetulnya adalah, على العرش itu membawa maksud setelah selesainya penciptaan langit dan bumi, seterusnya Allah berkuasa ke keatas ciptaannya tersebut. Lebih tepat jika kita mentafsirkan ia sebagai satu kuasa yang mengatasi seluruh kuasa-kuasa yang selainnya.
Kata Imam Malik tentang isu استوى على العرش ini, “istiwa’(bersemayam)adalah suatu yang diketahui (ma’lum) , akan tetapi kaedah2nya(kaifiat) pula tidak boleh digapai oleh akal”. Cukup sekadar kita percaya kewujudan zat dan sifat Allah Taala dan tidak perlu menyamakan Dia dengansesuatu yang lain. Kerana firman Allah “ليس كمثله شيء وهو السميع البصير” . Ya…Allah mempunyai sifat mendengar, tetapi pendengaran Allah lebih hebat dari pendengaran ciptaanNya, Dia melihat, tetapi penglihatanNya tiada tandingannya.

Cukup jelas diterangkan dalam surah Al-Ikhlas berkenaan keEsaan Allah Taala. Apabila disebut satu dari 99 sifat Allah “الصمد”, terungkai 3 maksud tersirat dariNya :

1-Allah Maha Kaya dengan diriNya sendiri (tidak berhajat pada sesiapa).
2-Dia menjadi tempat pergantungan dari hamba2 ciptaanNya.
3-Dia sahaja yang mampu merialisasikan kehendak2 dan memenuhi keperluan2 hambaNya.

Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1JWFlRzDC

Wednesday, April 13, 2011

Kisah Nabi Yusuf


Perlu kita mengambil iktibar daripada kisah Nabi Yusuf yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW dalam Quran. Kisah para nabi diwahyukan kepada Rasulullah supaya dijadikan petunjuk dan teladan oleh manusia sepanjang zaman dalam hubungan dengan Yang Maha Pencipta dan sesama manusia.

Kisah Nabi Yusuf dihuraikan panjang lebar dalam Surah Yusuf. Ia menceritakan tentang Nabi Yusuf yang dianiaya sejak kecil hingga dewasa, tetapi akhirnya baginda menjadi wazir (setaraf jawatan Perdana Menteri pada zaman sekarang). Begitulah ketentuan Allah dan tiada sesiapa yang boleh mengubahnya.

Ia menjadi contoh klasik bagaimana seseorang yang beriman menghadapi dan menangani penganiayaan serta fitnah. Bacalah surah ini berkali-kali dan fahami maksudnya yang relevan sepanjang zaman, termasuk di Malaysia sekarang.

Dikisahkan bahawa Nabi Yusuf ketika kanak-kanak telah dianiaya oleh adik beradiknya yang berlainan ibu. Dia telah ditinggalkan oleh adik beradiknya di dalam telaga ketika masih kanak-kanak. Kepada bapa mereka, Nabi Yaacob diberitahu bahawa Yusuf dibaham serigala.

Nabi Yaacob tahu bahawa apa yang diceritakan kepadanya bukanlah kejadian sebenar, tetapi beliau bersabar dan menyerahkan segala urusan bersabit anaknya itu kepada Allah SWT. Maka ditakdirkan Yusuf yang masih kanak-kanak telah diselamatkan oleh sekumpulan peniaga yang singgah di telaga itu, lalu beliau dibawa ke Mesir dan dijual dengan harga yang murah sebagai hamba sahaya kepada seorang pembesar negara.

Dan orang Mesir (pembesar) yang membelinya berkata kepada isterinya: “Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita pungut dia sebagai anak.” Dan demikian pulalah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan kepadanya takbir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. - Ayat 21.

Apabila dewasa, Yusuf menjadi seorang pemuda yang sangat kacak. Kekacakannya menyebabkan si isteri pembesar yang memeliharanya sangat berahi terhadapnya. Tidak tertahan lagi, pada suatu hari wanita bernama Zulaikha itu telah menggodanya ketika mereka berduaan dalam rumah.

Walaupun Yusuf hampir tergoda, imannya yang kukuh telah menahan dirinya daripada terjerumus ke perlakuan buruk. Yusuf cuba melarikan diri sehingga koyak bajunya di bahagian belakang direntap oleh Zulaikha.

Kejadian itu disedari oleh suami Zulaikha yang kebetulan kembali ke rumahnya ketika Yusuf sedang berlari ke pintu untuk menyelamatkan dirinya. Walaupun Zulaikha berkeras menuduh bahawa kononnya Yusuf yang cuba berbuat jahat terhadapnya, namun bajunya yang koyak di bahagian belakang menjadi bukti mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Jika Yusuf yang cuba berbuat jahat, tentulah bajunya koyak di bahagian depan jika Zulaikha melawan.

Kisah Zulaikha dan Nabi Yusuf itu menjadi bualan hangat khususnya di kalangan wanita bangsawan. Lalu Zulaikha menganjurkan satu jamuan dan menjemput wanita-wanita yang mengejeknya. Masing-masing diberikan sebilah pisau untuk memotong bahan-bahan makanan.

Ketika wanita-wanita itu sedang asyik memotong bahan makanan dengan pisau, Yusuf diarahkan masuk ke tempat mereka. Melihat seorang pemuda yang sangat kacak tampil di hadapan mereka, wanita-wanita itu terpegun sehinggakan tidak menyedari pisau menghiris tangan mereka.

Menyedari apa yang berlaku, Yusuf bimbang peristiwa dengan Zulaikha akan berlaku lagi terhadapnya. Lalu beliau berdoa kepada Allah SWT.

Yusuf berkata: Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh. - Ayat 33

Meringkaskan cerita, Allah SWT memakbulkan doanya dan mengilhamkan kepada wanita-wanita itu supaya sepakat merencanakan Yusuf dimasukkan ke dalam penjara.

Tinggallah Yusuf di dalam penjara bagi suatu tempoh sehingga akhirnya dia diminta metadbirkan mimpi raja.

Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya): Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-

gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir lainnya yang kering.” Hai orang-orang yang terkemuka: “Terangkanlah kepadaku tentang tadbir mimpiku itu jika kamu dapat menakbirkan mimpi. - Ayat 43

Tiada siapa yang dapat mentakbirkan mimpi raja itu. Lalu seorang bekas banduan memberitahu tentang seorang banduan bernama Yusuf yang tahu mentakbirkan mimpi. Apabila dipanggil, Yusuf bukan sahaja metakbirkan mimpi raja itu dengan tepat, malahan beliau juga memberikan nasihat yang betul kepada raja.

Yusuf berkata: Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu simpan kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan, kecuali sedikit daripada yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang berhujan (dengan cukup) dan pada masa itu mereka memeras anggur. - Ayat 47,48,49.

Raja juga mendapati bahawa Yusuf dipenjarakan kerana fitnah. Selepas membebaskannya, raja yang terpikat dengan kebijaksanaan Nabi Yusuf telah melantiknya menjadi penjaga perbendaharaan dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai wazir.

Di akhir Surah Yusuf (ayat 111) Allah SWT berfirman yang maksudnya: Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Iktibar daripada kisah Nabi Yusuf ini ialah supaya orang-orang beriman bersabar dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah SWT dalam menghadapi apa jua ujian dan masalah dalam kehidupan.

Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1JLtSZgl9

Friday, April 8, 2011

Kisah Penggali Kubur

Watak Kandarisman dalam Momok Jangan Panggil Aku

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain
kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
“Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat.
Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi,”Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka,ku lihat wajah mereka telah pun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi,”Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
“Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
“Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t.sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
“Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
“Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim.
Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
“Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
“Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
“Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut,”Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat ereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1IwXxoZl6

Friday, March 11, 2011

Mayat Bertukar Menjadi Babi Hitam


Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. ” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Tazkirah 2.
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1GF8I1UXX