Showing posts with label One Malaysia. Show all posts
Showing posts with label One Malaysia. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Program Transformasi Kerajaan

MALAYSIA berjaya mencapai kemajuan memberangsangkan dalam usaha menangani kemiskinan sejak 40 tahun lalu, namun jumlah berkenaan masih belum dapat dibasmi sepenuhnya kerana terdapat kira-kira empat peratus warga Malaysia masih di bawah kelompok miskin.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bertanggungjawab meneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah (LIH) berjaya mencapai sasaran ditetapkan pada tahun lalu.

Pencapaian ketara yang dicatatkan pada tahun 2010 adalah lebih daripada 44,000 isi rumah berjaya dikeluarkan daripada kelompok miskin tegar. Namun, jumlah mereka yang berpendapatan rendah dan miskin masih ramai dan perlu dikurangkan.
Komitmen KPWKM adalah untuk memastikan pelbagai usaha terus dilakukan dengan cara yang mantap walaupun pihak kementerian tidak berdaya membasmi kemiskinan sama sekali di negara ini.

Tahun lalu, kira-kira 44,643 isi rumah miskin tegar berjaya dikeluarkan daripada kategori ini dan 15,868 isi rumah miskin berjaya dikeluarkan daripada kelompok berkenaan.

Daripada jumlah berkenaan, kira-kira 2,000 usahawan wanita berjaya dibantu serta 80 peratus unit rumah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) ditawarkan untuk dijual kepada penyewa sedia ada.
Malah, dalam bajet 2010, kementerian menawarkan 35,095 unit rumah kos rendah milik DBKL pada harga antara RM21,500 dan RM35,000 seunit iaitu pengurangan sehingga 75 peratus daripada nilai pasaran.

Untuk semua usaha yang dilakukan, RM1.163 bilion diperuntukkan dan sehingga Disember 2010, RM415.23 juta sudah disalurkan dan dibelanjakan bagi tujuan pembangunan serta RM747.84 juta lagi digunakan untuk perbelanjaan operasi.
Dalam menangani isu kemiskinan, kementerian mengenal pasti tiga bidang utama iaitu menetapkan takrifan kumpulan berpendapatan rendah, melaksanakan inisiatif berimpak tinggi dan meletakkan penggerak bagi membasmi kemiskinan dengan cekap serta berkesan.

Semua kementerian dan agensi perlu menetapkan takrifan bagi pengertian isi rumah berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar bagi memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada kumpulan yang layak.

Miskin tegar dikategorikan bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM440 dan ke bawah, miskin RM750 ke bawah dan berpendapatan rendah RM2,000 ke bawah.

Untuk membantu golongan berkenaan kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif berimpak tinggi antaranya menjalankan program bantuan kebajikan, bantuan perumahan dan program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin).

Selain itu, kementerian turut mewujudkan pangkalan data eKasih yang diuruskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bagi memudahkan proses pengenalpastian, penentusahan dan pengesanan isi rumah berpendapatan rendah.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1IBsuLXPN

Friday, March 4, 2011

Sesiapa yang berminat nak sewakan kereta Persona untuk kegunaan Jelajah 1 Malaysia


Last call

Kepada pemilik Persona auto standard spec !!! Sesiapa yang berminat nak sewakan selama 14 hari untuk kegunaan Acara Lumba Basikal Jelajah 1 Malaysia sila berhubung segera..
Diperlukan pada 3/3 sehinga 17/3.Bayarannya sebanyak Rm 1200.Segala kerosakkan dijamin sepenuhnya oleh PROTON.017-6633392

Sila berurusan dengan bro. Nazir Ali 016-6155504





Jelajah 1 Malaysia 2011

Cycling fans! Jelajah 1 Malaysia 2011 will kick off this year from 8th Mac - 13th Mac 2011, this year the race will cover over 1000km across 4 states with team participation from locals and asian countries.

The race will involves 6 stage as follows:-

Stage 1 - 8th March
Kota Iskandar -> Bandar Penawar : 166.1KM

Stage 2 - 9th March
Bandar Penawar -> Kluang : 193.9KM

Stage 3 - 10th March
Kluang -> Kuala Rompin : 163.8KM

Stage 4 - 11th March
Kuala Rompin -> Pekan : 89.5KM

Stage 5 - 12th March
Pekan -> Bentong : 222.5KM

Stage 6 - 13th March
Batu Caves -> Universiti Sains Islam Malaysia, Nila : 175.2KM

There will be mini carnivals at all stages that will involves recreational and entertainment activities as well as exhibitions from various organisations and in additional to that, there will be 3 main carnivals that will run for 2 days at these locations:-

Kluang, Johor(Dewan Tunku Ibrahim Ismail)
9th -10th March

Pekan, Pahang(Dataran Pekan)
11th - 12th March

Nilai, Negeri Sembilan(USIM)
13th-14th March


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN6cQn97tFanLp36pamXTwF6z917S18murueyZJ-aTtneeVwb4x1HeL-aGXo0veyVyB0cGC_IDJB8l_oZ0x0WCJg7npem3tOlO41TTJxRDInIz5KOT_ibcPFD2iV_egvthyhXMMOBziBM/s1600/IMG_0401.JPG

If you live nearby, come on by with your camera or an umbrella support your favorite teams or join in the activities. Dont miss the heat! ^_^

Official website visit: www.jelajahmalaysia.com


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FYaUQkbl