Showing posts with label suara burung walet mp3ternakan burung walit. Show all posts
Showing posts with label suara burung walet mp3ternakan burung walit. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Kisah Si Walit-Walit...

PENGENALAN
Penuaian sarang burung walit dari gua secara komersial telah bermula lebih daripada 100 tahun yang lalu. Di Gua niah, Sarawak perusahaan ini bermula pada tahun 1878 dan diikuti oleh penuaian di Gua Mulu. Di Sabah Gua Gemungtung.
Memungut walit di Gua Niah Serawak
Di Semenanjug Malaysia penuaian secara komersial dijalankan di lapan buah gua di Pulau Redang, Terengganu.

Terdapat 13 specis walit di Malaysia. Hanya dua spesis sahaja yang menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan ia itu Aerodramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) dan Aerodramus Maximus (Black Nest Swiftlet) dari family Apodidae. Burung ini berada dalam order Apodiformus bermaksud berkaki lembik ia itu tidak berupaya berpijak di tanah. Burung ini mempunyai kuku yang mampu mencengkam dengan kuat.. Sais burung ini antara 7.5 cm hingga 23 cm. Burung walit hidup berkawan dalam kelompok besar serta mampu terbang dalam gelap menggunakan ekolokasi.

Aeradramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) mempunyai bulu hitam berkilat. Dibahagian atasnya bewarna hitam coklat sementara di punggungnya bewarna keputihan.. bersayap pendek 110 hingga 125 cm tapi mempunyai daya kepakan yang tinggi dan dapat meluncur di udara. Habitat asalnya di kepulauan di tengah lautan dan mencari makanan di daratan iaitu di atas kawasan paya bakau dan kawasan hutan
Sarang hitam (sarang bulu) Maximus dan sarang putih Aerodramus

Aerodramus Maximus (Black Nest Swiftlet) sukar dibezakan dengan Aerodramus Fuciphagas (Edible Nest Swiftlet) tetapi saiznya lebih besar.dengan bewarna kelabu kehitaman. Sayapnya berukuran antara 122 hingga 126 cm. Sarangnya bewarna hitam dan mengandungi banyak bulu. Habitat asalnya di pulau persisiran pantai dan mencari makanan di daratan iaitu di katas kawasan paya bakau dan hutan.

Selain daripada 2 spesis di atatas, collacalia esculante (sariti) dan collacalia vanikarensis (seriti lumut) dapat mengeluarkan sarang yang boleh dimakan, namun seriti jarang dijumpai di Malaysia. Burung ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai walit bisu kerana mempunyai suara yang perlahan.

Makanan asas burung ini ialah serangga yang ditangkap semasa berterbangan di udara. Burung ini bersifat aerial dan meluncur dengan pantas.


MAKLUMAT AM


Keunikan Burung walit ialah selain daripada membiak di habitat asalnya dalam gua, dapat membiak dengan baik dalam premis yang telah diubahsuai menyamai suasana dalam gua serta rumah walit yang didirikan secara khusus dan memberi pulangan jutaan ringgit sekiranya dikendalikan dengan betul.


Penternakan walit merupakan satu perniagaan bernilai jutaan ringgit. Perjalananannya cukup mengkagumkan kerana pelaburan modal hanyalah sekali bagi membina rumah burung dan peralatan. Selepas itu hampir tidak memerlukan modal kerja dan modal pusingan. Dalam jangka masa 2 hingga 5 tahun pulangan modal yang dilaburkan akan didapati sepenuhnya. Selepas itu setiap bulan pemilik mengaut keuntungan dengan penjagaan yang minima. Disamping itu perniagaan ini boleh diwarisi hingga ke anak cucu.

Walaupun mempunyai nilai komersial yang besar tetapi ianya dijalankan secara rahsia oleh segelintir pengusaha yang mempunyai pengtahuan dalam bidang ini, terutamanya kerana industri ini dijalankan secara melanggar syarat tanah dan bangunan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam syarat tanah.

Dianggarkan terdapat lebih 50,000 buah rumah burung walit di Semenanjug Malaysia masa kini. Hampir kesemua bandar pesisiran pantai di Semenanjung Malaysia dibina rumah burung yang majoritinya terdiri daripada bangunan lama premis perniagaan yang diubahsuai. Bilangan rumah burung telah meningkat secara mendadak dengan anggaran jumlah 158 buah sahaja sebelum tahun 1999.

Semua keluaran walit mempunyai nilai komersial yang tinggi bermula dari sarang, air cucian memproses sarang hinggalah ke najisnya. Air cucian sarang walit diproses menjadi perfume yang digunakan bagi merangsang burung walit masuk dan bersarang dalam rumah walet yang baru dibina.

Burung layang –layang boleh diternak dalam bangunan yang tidak digunakan atau dalam bangunan yang didirikan khusus sebagai rumah burung. Bagi bangunan seluas 2,400 kaki persegi (20′ X 40′) 3 tingkat , penghasilan maksima ialah 120 kilogram sarang burung layang-layang setahun. Dengah harga pasaran RM4,000 hingga RM5,000 sekilogram dapat menghasilkan pendapatan RM 600,000 setahun. Utusan Sarawak edisi internet 30 Mac 2004 melaporkan bahawa di Negara China harga satu kologram sarang burung layang-layang putih besar boleh mencecah RM 26,000 ia itu sama dengan dua pertiga harga emas.

Sarang burung dihasilkan dari air liur (saliva) burung layang-layang. Ia merupakan makanan kesihatan yang di percayai dapat mengubati penyakit paru-paru, panas badan, menambah tenaga, melancarkan perjalanan darah dan lain-lain lagi. Sarang ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi sehingga menyamai harga emas di China kerana ia merupakan amalan pemakanan masyarakat berkenaan di seluruh dunia. Kini masyarakat Eropah dan Arab mula meminati yang menyebabkan permintaan terus bertambah. Penawaran semasa sarang burung hanya mampu memenuhi 40 hingga 60 peratus sahaja dari jumlah permintaan.

Menyedari potensi industri ini bengkel dan seminar sering di adakan bagi mempromosikan potensi industri ini.

LOKASI SESUAI


Kawasan tanah rendah yang ketinggiannya tidak melebihi 1,000 meter dari aras laut. Lokasi ini hendaklah berhampiran samada dengan sawah, padang rumput, hutan, pantai atau sungai.

Tiga jenis lokasi dikelaskan bagi burung walit. Lokasi pusat merupakan pusat burung walid dihabitat asalnya di kepulauan dalam lautan atau habitat barunya di pusat bandar dan pesisiran pantai.Lokasi punca makanan pula merupakan tempat tumpuan burung walit mencari makan ia itu ditanah lapang atas kawasan paya bakau dan sebagainya. Manakala lokasi laluan merupakan tempat laluan antara kedua lokasi di atas.

null

PENGUBAHSUAIAN PREMIS PERNIGAAN DAN KEDIAMAN

Bermula sedekat yang lalu apabila burung walit berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan walit.

Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ia lah :-

Penutupan pintu dan tingkap
Pembinaan lubang pengudaraan
Penyediaan pintu masuk
Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu
Memasang sistem audio
Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan remang-remang. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari. Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.

PEMBINAAN RUMAH WALIT

Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung Walit Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.

Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-

Mengadakan tahap mikroklimat yang sesuai
Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
Penyediaan beluti untuk burung bersarang
Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
Pemasangan sistem audio
Notis amaran di lokasi sesuai.

Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.

Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.

Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.

Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.

PEMASANGAN SISTEM AUDIO

Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.

Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 40 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.

Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.

MUSUH DAN PENYAKIT

Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak , biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan.

MEMUNGUT HASIL

Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat burung layang-layang bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.

Cara buang telur iaitu setelah burung layang-layang bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.

Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak burung layang-layang terbang.Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.

PELABURAN MODAL

Harta Tetap

Bangunan (20 X 40 kaki) dan kelengkapan = RM 160,000

Modal Pusingan Setahun

Kos tenaga buroh = RM 6,000
Eletrik dan air = RM 1,000

Anggaran Hasil Sarang burung (minima)

Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 5,000 = RM 2,500
Akhir tahun 2, 7 kg X RM 5,000 = RM 35,000
Akhir tahun 3, 14 kg X RM 5,000 = RM 70,000
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 5,000 = RM 100,000
Akhir tahun 5, 20 kg X RM 5,000 = RM 100,000
Jumlah = RM305,000
Dalam masa 3 tahun modal yang dilabur dapat dipungut kembali sepenuhnya.

KUNCI KEJAYAAN
Menghadiri kursus dan seminai untuk mendapat ilmu
Memahami teknik membudidaya walit. Strategi jitu memikat walit
Fahami saluran pemasaran
Sabar dan tawakkal menunggu dalam teknik yang betul
Khidmat nasihat atau perunding jika perlu



Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1IwW3wR00

Wednesday, March 9, 2011

Burung Walet dan Piezo Tweeter


Sistem Audio Rumah Burung walet
Sepertimana yang anda sudah tahu, untuk memanggil burung walet datang, tinggal dan membuat sarang di dalam rumah burung memerlukan beberapa teknik dan antaranya adalah memikat burung walet ini dengan menggunakan rakaman suara burung walet.
Horn Tweeter Round
Anda perlu mempunyai sistem audio khusus untuk memainkan rakaman suara burung walet ini yang juga memainkan beberapa jenis rakaman suara dan juga ada yang perlu dimainkan 24jam sehari untuk memastikan rumah burung anda berproduktif.
Untuk mendapatkan sistem audio yang terbaik dan yang paling utama adalah menghasilkan suara bunyi burung walet yang semulajadi tanpa ada apa-apa bunyi yang sumbang anda perlu mereka sistem audio anda dengan betul.
Untuk makluman anda piezo tweeter akan mengeluarkan sejenis bunyi ‘bising’ hissing apabila ianya tidak dipasang dengan betul secara teknikalnya. Bunyi ini tidak akan kedengaran dari jauh terutama apabila ianya sudah dipasang pada ‘nesting plank’ rumah burung anda. Anda mungkin tidak perasan akan bunyi ini kecuali anda dengarkanya dekat pada telinga anda. Bunyi ‘bising’ ini sedikit sebanyak akan membuatkan burung walet tidak berapa selesa kerana ianya bukan suara semula jadi yang mereka akan kedengaran.
Walaupun anda mempunyai rakaman suara burung walet yang sangat berkualiti tetapi jika ia dimainkan ke dalam sistem audio anda yang mempunyai masalah ‘bising’ ini, ia nya tentu akan memberikan kesan yang tidak baik kepada rumah burung anda.
Audax AX60
Untuk mengelakkan bunyi ‘bising’ ini anda perlu mengambil kira beberapa faktor untuk sistem audio rumah burung anda seperti dibawah:
  • Menggunakan piezo tweeter yang berkualiti.
  • Memasang ‘crossover burung walet’ untuk pemasangan tweeter yang banyak.
  • Menggunakan kabel audio yang berkualiti tinggi.
  • Membuat pendawaian ‘looping’ yang betul ke penguatkuasa amplifier anda.
Kesemua perkara ini adalah kritikal untuk memastikan sistem audio anda berada dalam keadaan yang baik kerana anda mungkin tidak sedar mungkin antara tweeter anda mempunyai masalah.
Penyambungan secara sesiri atau selari yang melibatkan banyak tweeter juga perlu di ambil kira, kerana peralatan ini akan menghasilkan ‘resonans’ dimana ianya akan menyebabkan kerosakan bukan sahaja pada tweeter anda tetapi juga penguatkuasa amplifier anda.
Dibawah antara contoh pemasangan yang bukan nya salah tetapi ianya tidak baik dari segi keupayaan teknikalnya.

Pemasangan Tidak Sesuai Dari Sudut Teknikal
Untuk sistem peralatan audio klik ke link ini

PROMOSI ISTIMEWA
SUARA BURUNG WALET MP3 INDOOR & OUTDOOR
HANYA RM 77 (Suara luar & dalam di jual berasingan)
Hubungi Mr.Pojie 017-6477528 untuk pesanan


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1G3QP6Smv

Wednesday, March 2, 2011

Alat Uji Lokasi Burung Walet & Suara Burung Walet Mp3


Satu lagi alat yang di gunakan di dalam perusahaan rumah burung walet adalah Alat Uji Lokasi Burung Walet / Walet Bird Call Test Unit.
Alat ini mudah alih dan boleh di bawa ke mana-mana untuk membuat ujian lokasi burung walet di tempat anda. Selain di gunakan untuk menguji lokasi ianya juga sangat ideal di gunakan untuk menguji suara rakaman burung walet yang baru sebelum diserapkan ke dalam rumah burung anda.
Ataupun pergi ke kawasan populasi berhampiran rumah burung anda dan mainkan rakaman suara burung walet yang telah anda dapat untuk menentukan adakah sesuai suara rakaman ini atau tidak.
Selepas anda gunakan alat ini untuk ujian lokasi ataupun menggunakan untuk menguji rakaman suara yang baru, anda juga boleh gunakan alat ini sebagai amplifier untuk suara panggil luar ataupun suara panggil dalam di dalam rumah burung walet anda.
Ciri-Ciri Alat Uji Lokasi Burung Walet -
  • Menggunakan 240VAC.
  • Boleh menggunakan 12VDC terus dari Soket Pencucuh Rokok kenderaan.
  • Pemain Terbina Dalam MP3 dengan ciri-ciri:
    • AutoPlay -- Terus memainkan rakaman selepas ada kembali bekalan elektrik.
    • Single Repeat dan juga Repeat All.
    • Boleh menggunakan thumb drive atau SD Card memory.
  • Ciri-Ciri Amplifier:
    • 2 Channel Kiri dan Kanan.
    • Pre-Amp untuk Low(Bass) dan High(Treble).
    • Set BALANCE kiri dan kanan .
  • 2 unit Tweeter Kiri dan Kanan siap dipasang KONDENSOR.
  • Housing berbadan keras dan pemegang handle unit ini.
Alat uji lokasi burung walet seperti ini telah kami gunakan di beberapa lokasi dan telah terbukti berkesan.
Aerodramus Fuciphagas
PROMOSI ISTIMEWA
SUARA BURUNG WALET MP3 INDOOR & OUTDOOR
HANYA RM 77
Hubungi Mr.Pojie 017-6477528 untuk tempahan


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FOSkPoGK

Tuesday, March 1, 2011

Pelan Perancangan Membina Rumah Burung Walet

[Compile+Badlishah+Siap.JPG]
[Compile+Sg+Tengas+Siap.JPG]

Jika anda ingin merancang dan membina rumah burung walet, anda harus mendokumen kan setiap perkara yang anda buat dengan erti kata mudah mengadakan buku log aktiviti rumah burung anda.
Kebaikannya adalah untuk anda sendiri dapat mengesan jika ada masalah jika anda membuat sesuatu perkara pada rumah burung anda ataupun mendapat manfaat yang baik setelah anda membuat sesuatu perkara yang baru.
Ini termasuk setiap perkara yang anda lakukan termasuk menguatkan suara rakaman dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Ini semestinya sedikit sebanyak akan memberikan kesan baik ataupun buruk pada rumah burung anda.
Pada ketika ini rata-rata mengatakan kos untuk membina rumah burung boleh mencecah sehingga RM 250,000.00 ke RM 350,000.00.
Pada pendapat saya, untuk membina rumah burung anda perlu MEMPUNYAI ILMU tentang burung walet walaupun anda telah memilih atau melantik sesiapa sahaja yang ingin membangunkan rumah burung anda. Dan dengan ilmu yang anda ada, justifikasi dapat dibuat sebelum melaksanakan nya pada rumah burung anda.
Rumusannya dengan ilmu yang anda perolehi, MUNGKIN juga kos untuk membina rumah burung anda dapt dikurangkan mengikut budget yang anda ada.
Antara beberapa faktor untuk merancang pembinaan rumah burung anda dan ciri-ciri yang ada pada rumah burung anda adalah seperti di bawah:
  • Ukuran keluasan rumah burung (4m x 10m – minima).
  • Model rumah yang seperti dalam dewan ataupun model rumah yang mempunyai banyak bilik kecil.
  • Membina rumah hanya 1 tingkat atau lebih.
  • Mengadakan tahap kelembapan pada kadar 80% ke 95%.
  • Mengadakan tahap suhu pada kadar 26 hingga 29 darjah celcius.
  • Rumah burung yang terasing dari bermacam-macam aktiviti manusia
  • Lokasi rumah burung yang dekat dengan sumber makanan burung walet seperti di kawasan padang rumput, kawasan pengairan, kawasan sawah padi atau kawasan yang mempunyai sumber makanan yang banyak.
  • Kedudukan rumah burung di lokasi dipilih dibina dengan melihat flying path burung yang ada di kawasan itu.
  • Ruang/pintu masuk burung – ruangan utama burung walet masuk dan keluar untuk rumah burung anda.
  • Pintu masuk orang ke dalam rumah burung anda, ke ruangan bilik data.
  • Pintu/ruangan antara lantai – ruangan burung terbang dari tingkat 3 ke 2 atau tingkat 1.
  • Pintu/ruangan antara bilik ke bilik – ini jika anda membina rumah burung yang mempunyai banyak bilik kecil.
  • Ruangan/Lubang pengudaraan rumah burung anda.
  • Roving Area – ruang untuk burung walet berlegar apabila masuk ke dalam rumah burung.
  • Nesting Area – ruang untuk burung walet menetap dan membuat sarang.
  • Equipment Area – ruang untuk segala peralatan rumah burung.
  • Pemasangan sesirip untuk burung walet membuat sarang.
  • Sistem Audio Suara Luar dan Dalam.
  • Sistem Keselamatan Rumah Burung Walet.
Di atas adalah antara perkara yang perlu di ambil kira untuk merancang pembinaan rumah burung di lokasi yang telah anda pilih.
Perkara di atas adalah antara yang telah di bincangkan oleh pemilik rumah burung yang terdahulu dan telah terbukti telah menghasilkan sarang burung.
Walaubagaimana pun cabaran nya masih ada bagi memikat burung walet ini masuk dan membuat sarang di dalam rumah burung yang telah di bina.
Apa yang saya dapat tahu dari beberapa orang yang telah menceburi industri ini, ada rumah burung yang lengkap tetapi masih kurang berhasil dan ada juga rumah burung yang serba serbi kekurangan tetapi masih boleh menghasilkan sarang burung.
Itu antara kegunaan buku log rumah burung untuk anda menggunakan beberapa perkara asas ini untuk membina rumah burung anda dan pada masa yang sama membuat kajian sendiri bagi memastikan kejayaan rumah burung anda.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1FIX1vThX