Saturday, May 21, 2011

Kenali Sirih Junjung

Sirih Junjung telah memainkan peranannya sendiri. Dalam kebanyakan adat budaya, terutamanya semasa masyarakat Melayu mengadakan majlis perkahwinan, ianya sebagai satu kemestian dijadikan barang hantaran pengantin.

Disamping itu juga masyarakat Malaysia kini juga telah memberikan sirih junjung tempat dalam beberapa majlis rasmi negara. Kebiasaannya sirih junjung dalam jumlah tidak kurang dari 10 pahar (sejenis dulang berkaki) akan mengiringi perarakan atau dijadikan penyeri dimajlis tersebut.

Sireh Junjung


Pada zaman dahulu Raja-raja Melayu telah menggunakan sirih junjung sebagai satu alat istiadat pertabalan raja atau sultan, terutamanya di Negeri Kelantan.

Satu perarakan sirih junjung telah diadakan di sekitar bandar sempena majlis tersebut. Bagi penyediaan membuat sirih junjung, biasanya digubah oleh orang yang mahir dalam membuat gubahan barang hantaran pengantin.

Sebanyak 100 helai daun sirih Melayu atau lebih diperlukan. Daun-daun sirih yang segar, lebar lagi cantik diperlukan, disamping peralatan lain seperti gabus yang digunakan sebagai menara, dawai untuk pengikat, jarum penyemat, lidi dan lain-lain yang bersesuaian.

Sirih junjung digubah dengan pelbagai bentuk seperti bangunan atau masjid, juga berbentuk flora mengikut citrarasa penggubah. Bunga-bunga segar seperti mawar, dahlia dan kekwa serta lainnya akan menyerikan lagi gubahan tersebut. Untuk menambah keharuman pada sirih junjung tersebut, pada kebiasaannya wangian akan dibubuhkan seperti bunga rampai atau air mawar.

ambangan sirih junjung merupakan satu gubahan yang unik dan indah. Hasil daya kreatif penyusunan daun-daun sirih yang tersisip rapi mengikut bentuk dan imaginasi pengubahnya.

Biarpun musim berganti zaman berlalu ia tetap menjadi lambang dan kemegahan masyarakat Melayu dalam memartabatkan budaya dan adat istiadatnya.

Dalam kerja mengubah sirih ini beberapa peralatan dan bahan gubahan perlu disediakan terlebih dahulu. Daun-daun sirih yang lebar dan cantik secukupnya. Antara lain bahan-bahannya seperti span, gabus, buah betik muda, empulur pokok pisang, dawai bunga, gelung rotan, tali tangsi, reben, kertas pelilit, kain net, lidi penyapu, kad keras, jarum peniti, raga kecil, dulang, bunga segar atau kering, daun pakis, manik, kapur, pinang, cengkih, gambir dan lain-lain yang difikirkan perlu.

Manakala peralatan yang perlu digunakan ialah pisau, gunting, pemotong dawai, kacip serta mengikut kesesuaian.



Konsep gubahan perlulah direka atau dibentuk terlebih dahulu, menyiapkan tapak atau alas gubahan itu, dengan menghiaskan dulang atau gabus dengan kain atau lain bahan. Kebiasaan reka bentuk diperbuat dari gabus, buah betik muda, empulur pokok pisang, raga kecil, kad keras atau bahan lain seperti pasu bunga kecil dan sebagainya.

Kepelbagaian gubahan sirih junjung mengikut citra rasa penggubah. Daun-daun sirih mula disusun mengikut aturan yang tertentu menyelimuti asas bentuk tersebut. Samada disusun selapis atau tiga lapis dengan menggunting daun-daun sirih itu mengikut saiz tersendiri. Lazimnya daun-daun sirih disusun dengan mengembang dibahagian bawahnya sebagai dataran dan membentuk dibahagian atasnya.

Bunga-bunga segar atau kering disulamkan dicelah atau dicucukkan bahagian kemuncak sebagai jemalanya. Bunga rampai, gambir, pinang dan kapur disorokkan dicelah lipatan daun-daun sirih dibahagian datarannya. Kain net dan manik-manik juga menyulami junjungan sirih itu sebagai hiasan dan menambah seri kecantikannya

Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1MvAyXd8T

No comments:

Post a Comment