Showing posts with label khasiat sarang burung walet. Show all posts
Showing posts with label khasiat sarang burung walet. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Perlaburan di dalam industri penternakan burung walet


PROGRAM Transformasi Ekonomi (ETP) yang melibatkan aktiviti pertanian dijangka mampu mencipta 75,000 peluang pekerjaan sepanjang lima tahun akan datang.
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, kementeriannya kini diamanahkan oleh kerajaan untuk melaksanakan 16 buah Projek Permulaan (EPP) membabitkan pelbagai perusahaan pertanian yang merangkumi tiga sub utama iaitu rumpai laut, burung walet dan ikan hiasan.
Menurutnya, melalui pelaksanaan projek tersebut, ia akan mampu membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan juga pelatih dalam industri pertanian.
Memperkatakan tentang industri sarang burung walet, Noh melihat ia sebuah industri yang memberi pulangan lumayan. Ia sesuai diusahakan dan dikendali tanpa memerlukan penjagaan makan dan minum burung walit.
Malah, ia juga menawarkan cabang perniagaan keluarga yang boleh diwarisi oleh generasi seterusnya.
Industri sarang burung walet bukan baru di negara ini tetapi tidak ramai pengusahanya, terutama bumiputera.
Semua ini kerana kekurangan maklumat mengenai industri ini. Oleh kerana wujud pendedahan dan digalakkan oleh kerajaan hingga dimasukkan dalam Bajet 2010 dan 2011, industri ini menjadi pilihan ramai termasuk usahawan bumiputera.
Dianggarkan sehingga kini terdapat lebih 10,000 premis membela burung walet di seluruh negara dengan nilai eksportnya lebih RM500 juta.
“Tahun 2011, kita sasarkan mendapat pendapatan RM1 bilion. Kita yakin potensi industri burung walet dapat menyumbang sebanyak RM5 bilion kepada pendapatan negara menjelang 2015,” katanya.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Agrobank telah menyediakan peruntukan kepada mereka yang berminat untuk menceburi industri sarang burung walet.
Untuk menggalakkan industri ini, kerajaan telah meluluskan RM68 juta wang pinjaman pada tahun 2010.
Untuk pengusaha kecil pula, kerajaan menyediakan bantuan geran. Pada 2010 disediakan peruntukan RM5 juta, dan modal permulaan sebanyak RM10,000 hingga RM30,000 untuk seorang pengusaha.
Oleh kerana ia tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, maka Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dipertanggungjawabkan dalam industri ini. Untuk itu JPV mewujudkan struktur bangunan pemeliharaan burung walet yang standard di samping menjamin pemuliharaan alam sekitar.
JPV juga akan mengetuai pemantauan terhadap pemeliharaan burung berkenaan sejajar garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat.
Sebelum ini beberapa jabatan kerajaan terlibat seperti Perhilitan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bagaimanapun, pengusaha yang ingin membina bangunan burung walit di kawasan PBT maka kebenaran perlu diminta daripada pihak berkuasa berkenaan tetapi bagi di luar kawasan PBT, ia perlu mendapatkan kelulusan daripada Pejabat Tanah. Dengan ada kelulusan ini barulah pengusaha diberi lesen.
Untuk memastikan industri ini berjalan baik, Noh berkata, kerajaan akan menguatkuasakan Garis Panduan Pembangunan Industri Burung Walet Negara yang baru diluluskan.
Garis panduan yang juga disebut 1GP Sarang Burung Walit yang pertama di dunia ini akan membolehkan lebih 50,000 premis rumah burung di negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak didaftarkan dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan sebelum dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Antara lain ia bertujuan mengatasi masalah bau, bunyi dan risiko penyakit.
Kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu lagi, kini sesiapa pun boleh melabur dalam industri ini. Caranya melalui pembelian sebuah rumah burung walet berserta tapak rumah yang dimajukan sebagai Ecopark.
Harga bagi sebuah rumah burung walet yang ditawarkan ialah RM200,000 hingga RM320,000. Rumah burung walet ini turut dilengkapi peralatan audio untuk memanggil burung tersebut.
Hasil sarang burung walet boleh mencecah daripada RM10,000 sehingga RM20,000 sebulan.
Secara umumnya, sarang burung walet ini diperbuat daripada air liur haiwan tersebut dan mempunyai kualiti tertentu dengan nilai harga yang berbeza berdasarkan jenis dan warna.
Khasiat sarang burung walet banyak diperkatakan sejak dulu lagi. Ia yang mampu melancarkan fungsi paru-paru, perjalanan darah, menambah daya ketahanan badan, meningkatkan kekuatan jantung dan banyak lagi untuk kesihatan manusia.
Permintaan terhadap sarang burung walet semakin tinggi dan berterusan terutama untuk pasaran luar negara termasuk di Hong Kong, China, Taiwan dan Korea dan harga sarang burung tersebut mencecah RM5,000 sekilogram mengikut kualiti.
Industri sarang burung walet telah mencetuskan satu lagi industri yang berpotensi besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan kehidupan mewah selain daripada bidang-bidang perniagaan yang lain.
Mungkin selepas ini lebih banyak kewujudan blok rumah seperti ‘kubu’ tidak lagi mengundang seribu pertanyaan kepada kita.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1JtqfHEAy

Saturday, March 12, 2011

Benefits of Consuming Swiftlets Birdnests



White edible birds' nest swiflets (Aerodramus Fucipagus) are the ones producing edible bird nest (EDN) which are made of the dried saliva of the swiftlets. EDN is a water soluble glycoprotein which is a mixture of protein and carbohydrate. Composition includes high ash content (2.5%), nitrogen (10.3%), carbohydrate (17.4%) with traces of phosphorus, asernate, sulphur and vitamin B1. Total protein (85%) with 0.3% fat. Other minerals include calcium, iron, 6% of 6 amino acids (amide, humin, arginine, cystine, histidine and lysine). Each 100g EDN contains energy value of 345 kilocalories.

Benefits of consuming EDN includes:

- Promote reproduction and rebird of human cells. Especially effective when consumed by children, elders, the sick and feeble.
- Restorative and remedial food by contributing medical benefits to lungs, stomach and kidneyneural systems.
- Improved body tolerance towards damages done by XRays and other radioactive reagents.
- Ladies - frequent consumption promotes fairer skins, staying young and radiant.
- Pregnant ladies - improve fetus immune function as well as mum's health after giving birth.
- Elders - clear pleghm, strengthening of lungs, kindneys and spleen as well as increase appetite.
- Children - enhancement of immune ability and protection against flu.
- Men - improve overall health and strength
- Treatment of Aid (based on recent studies in Hong Kong)


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1GJDUYyYM