Showing posts with label facebook layout. Show all posts
Showing posts with label facebook layout. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Korea Selatan di tangga pertama negara yang memiliki capaian internet terpantas di dunia

Seoul- Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai sistem capaian atau sambunganInternet terpantas di dunia - terpantas global setakat ini -namun ia masih belum cukup baiklagi pada tanggapan kerajaan Kore Selatan.
Pada tahun 2012, penduduk Korea Selatan akan menikmati kemudahan Internet ke rumah-rumah dengan kelajuan '1Gbps'...1 gigabit per saat. Itu akan menjadi sepuluh kaliganda peningkatan daripada standard nasional dan lebih 200 kali ganda lebih cepat yang dimiliki oleh penduduk-penduduk di Amerika Syarikat.
Satu projek perintis gigabit oleh kerajaan Korea Selatan sedang dilaksanakan, sebagai permulan dengan 1,500 buah rumah untuk setiap bandar di lima buah bandar Korea Selatan.Setiap pengguna dikenakan bayaran sekitar 30.000 won [ RM 90.00] sahaja sebulan untuk sambungan internet 1Gbps.
Berikut adalah senarai 10 teratas negara-negara yang memiliki keupayaan capaian internetterpantas di dunia untuk ke rumah-rumah. [Peratusan berdasarkan jumlah pengguna broadband di setiap negara tersebut] :

1. South Korea (95 percent)


2. Singapore (88 percent)


3. Netherlands (85 percent)


4. Denmark (82 percent)


5. Taiwan (81 percent)


6. Hong Kong (81 percent)
7. Israel (77 percent)


8. Switzerland (76 percent)


9. Canada (76 percent)


10. Norway (75 percent).


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1JtpTGDgh

Wednesday, March 9, 2011

Pergaulan Bebas Laman Sosial Mengundang Padah

Takrifan pergaulan bebas tanpa batasan di zaman kemajuan siber tidak lagi bermaksud bertemu secara fizikal, malah fenomena pergaulan menerusi laman sosial ketika ini turut disifatkan boleh menjerumuskan individu terjebak dalam bencana akhlak.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (gambar), berkata pelayar laman sosial selalunya terperangkap mendedah identiti diri dan rahsia menerusi pihak tak bertanggungjawab dengan niat memperdaya.
Menurutnya, apabila mangsa sudah terpedaya hingga sanggup mempamerkan diri termasuk penyerahan gambar tak bermoral sama ada diambil secara sedar atau tidak sedar, pihak yang menganiaya itu akan mula mengambil kesempatan lain seperti ugutan dalam bentuk seks atau wang.
“Bahaya (pergaulan bebas di laman sosial) sama seperti pergaulan bebas secara bersemuka. Secara prinsipnya, sebagai contoh wanita memegang status isteri yang asyik chatting (berbual maya) dengan bukan mahram hingga menaikkan nafsu tetap berdosa walaupun tidak bertemu fizikal.
“Sebenarnya orang yang mampu berinteraksi di laman sosial adalah orang yang ada kepandaian. Tetapi akibat jati diri lemah, orang yang pandai akan menjadi tidak bijak seterusnya mudah terpedaya,” katanya.
Menurutnya, kemajuan teknologi termasuk terciptanya laman sembang sosial seharusnya dimanfaatkan untuk perkara lebih bermakna seperti majlis ilmu, meluaskan pengetahuan atau berguru dengan pensyarah dari jarak jauh.
Katanya, adalah sangat merugikan apabila kita bukan saja ketinggalan, malah menjadi mangsa teknologi daripada kemudahan di laman sembang sosial.
Wan Mohamad berkata, masyarakat kena berpegang kepada prinsip tak boleh bergaul bebas walau apa cara sekalipun dengan gaya hidup yang berubah sepantas teknologi.
“Bagaimanapun, saya nasihat kepada yang terlanjur dan pernah jadi mangsa supaya segera bertaubat. Tinggalkan budaya buruk sebelum hati menjadi keras mendekati Allah.
“Semua pihak perlu menyokong memulihkan kembali kehidupan mangsa kes sebegini. Kita tak boleh terus-terusan mengecam sebab perbuatan itu menyebabkan mangsa akan murung dan berputus asa,” katanya.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1G3SODC9q