Showing posts with label Mortgage. Show all posts
Showing posts with label Mortgage. Show all posts

Saturday, December 4, 2010

YAM Che Puan Aisyah; 'Saya lebih sayangkan keluarga'.

Bekas Permaisuri Agong saman Syed Abdullah
Bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah telah fail saman terhadap Syed Abdullah Alattas @ Uncleseekers.Saman berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh Khamis.Salinan surat saman itu disiarkan dalam laman blog uncleseekers.blogspot.com-3/12/2010.

Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Saman Uncle Seekers

Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.
Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.
Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.
Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.