Roving Area adalah antara satu daripada elemen yang perlu diadakan pada kawasan rumah burung walet anda.
Mengikut kamus, roving ini adalah kawasan berkeliaran atau to wander about.
Perhatikan gambar dibawah:
Roving area adalah kawasan lapang yang berada di hadapan Lubang Masuk Burung rumah burung anda. Ianya berada di atas yea jadi kotak diatas tu cuma hendak menunjukkan kawasannya.
Corak burung walet terbang yang berpusing atau berpusar kebanyakkannya dari kanan ke kiri menyebabkan sesebuah rumah burung perlu ada kawasan yang luas untuk roving area.
Anda perlu pastikan tiada binaan bangunan yang tinggi di hadapan lubang masuk burung dan juga pokok-pokok yang tinggi.
Anda bayangkan jika landasan kapal terbang penuh dengan pokok yang tinggi, ini pasti menyukarkan kapal terbang ini untuk mendarat. Sama lah juga keadaannya pada kawasan sekitar rumah burung anda.
Burung walet akan terbang serendahnya jika kawasan itu di rasakan selamat, tidak mempunyai halangan, lagi besar kawasan roving area ini lagi bagus.
Saya sudah berjumpa dengan seorang pengusaha rumah burung yang membuat prunning/potongan pada pokok-pokok Durian D24 nya sekitar kawasan rumah burung nya. Anda pun pasti tahu jugakan nilai buah durian D24. Oleh kerana nilai sarang burung tinggi lebih baik, pokoknya di potongkan untuk mendapatkan kawasan roving area yang baik untuk rumah burungnya.
Jadi, pastikan anda mempunyai roving area yang optimal untuk keselesaan burung walet membuat terjunan atau terbang masuk ke lubang masuk burung rumah burung anda.
Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1J8sY2SNu
No comments:
Post a Comment