Saturday, April 2, 2011

April Fool Adalah Haram Disambut Oleh Orang Islam


April Fool’s Day mula diraikan sewaktu Islam bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam di Sepanyol akhirnya diserang tentera-tentera kristian. Penduduk-penduduk Sepanyol( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan terus berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu merupakan satu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya,( 1 April ), mereka mengambil semua barang mereka yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar semua rumah mereka. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya sudah habis dibakar. Pihak kristian kemudiannya terus menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah itu kemudiannya diraikankan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya diulangi setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool’s Day. Yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1IIDqUfS4

No comments:

Post a Comment