Wednesday, January 12, 2011

Mesin ATM Magik ; Nasihat untuk pengguna MEPS





FEAT





Selepas lebih seminggu menunggu,akhirnya kes RM1000 yang ditolak dari akaun tetapi wang tidak keluar di mesin ATM selesai jugak.Terima kasih banyak-banyak pada pihak RHB Bank dan Public Bank atas kerjasama yang diberikan.Cuma sebagai pengguna,saya ingin menasihati pengguna yang lain,gunakanlah MEPS hanya bila keadaan benar-benar memerlukan.Juga sekiranya terdapat kelompok pengawal keselamatan baru menjalankan naik taraf sistem atau memasukkan wang,seeloknya jangan guna sejurus selepas itu,gunalah hanya selepas setengah jam atau lebih.Kemungkinan mesin tersebut akan 'blur' sekejap jadi seelok-eloknya biarkan dia sedia berfungsi dahulu.Jika tidak mungkin berlaku seperti apa yang saya lalui.(Rujuk artikel minggu lepas fasal ATM Magik).Memang la amaun tak banyak sangat tapi susah hati jugak lah,takut duit lebur.Nasib baik cepat bertindak,sudahlah tiada resit yang keluar,harapkan kawasan mesin ATM di Plaza Low Yat tu ada CCTV je.Hari ini wang tersebut sudah dipulangkan semula.Kes ini bukan pertama kali terjadi pada saya,cuma dulu amaun tidak banyak dan di 'auto refund' oleh sistem MEPS tersebut.
Kepada rakyat Malaysia yang lain,berhati-hatilah,jangan gelojoh atau tidak sabar beratur mengeluarkan wang.Biar orang belakang tunggu lama sikit atau kita tunggu orang lain lama sikit dari kene tunggu seminggu dua atau sebulan.
Apapun syukur Alhamdullillah,kemelut ini berakhir jua.


The Author

No comments:

Post a Comment