Untuk rundingcara dan khidmat nasihat berkaitan Home Recording sila hubungi
Mr.Pojie 017-6477528
(1) Rakaman (Recording)
Proses di mana alat-alat muzik dirakam di dalam studio. Bagi pemuzik berkumpulan, proses ini biasanya melibatkan kesemua ahli di dalam studio untuk merakam basic track atau rhythm track.
Kesemua alat muzik dan mikrofon biasanya akan dirakam ke trackindividu masing-masing untuk memudahkan rakaman dan juga kerja suntingan dan adunan.
Satu lagi kaedah, terutamanya bagi pemuzik solo, adalah penyediaansequenced track di mana kesemua atau kebanyakkan alat muzik diprogram melalui rakaman MIDI, virtual instrument, sampling dan lain-lain.
(2) Overdub
Proses ini dilakukan setelah siap rakaman basic track. Rakaman vokal, gitar utama dan alat muzik solo biasanya dilakukan pada masa ini kerana pemuzik atau penyanyi memerlukan basic track untuk mengiring persembahan mereka.
Bagi sequenced track, rakaman overdub dilakukan untuk alat muzik yang tidak diprogram, alat muzik yang diperlukan secara live dan vokal.
(3) Suntingan (Editing)
Setelah selesai rakaman untuk kesemua alat muzik dan vokal, prosesediting biasanya dilakukan di mana sebarang kerosakan atau masalah kepada track-track individu diperbaiki dan dibersihkan.
(4) Adunan (Mixing)
Mixing adalah proses di mana kesemua track-track individu yang telah dirakam diadun untuk menjadi satu track lagu di dalam bentuktrack stereo.
Di dalam proses ini, tahap bunyi (level) dan posisi (panning) setiaptrack vokal dan alat muzik ditentukan dan setiap track biasanya akan diproses dengan menggunakan equaliser dan compressor dan diberikan effect seperti reverb dan delay.
(5) Mastering
Mastering adalah proses di mana setiap track lagu yang telah selesai diadun ke dalam bentuk track stereo dikumpul dan dikemaskan lagi dengan lebih teliti dan terperinci dengan menggunakan rawatan daneffect untuk memastikan kesemua track-track lagu mempunyai tahap bunyi (level), tone dan kualiti bunyi keseluruhan yang sesuai, seragam dan sedia untuk dikeluarkan secara komersil.
Setiap track lagu juga disunting dan disusun menurut susunan di dalam album yang bakal dikeluarkan dan salinan CD untuk dicetak di kilang disediakan.

No comments:
Post a Comment