Sunday, March 6, 2011

Islamic Song Festival 'Konsert lagu berunsur Islam'

PENDAPAT mengatakan irama nasyid kini terping�gir adalah tidak benar. Buktinya, sambutan baik terhadap konsert Maher Zain selama dua hari berturut-turut sekali gusnya membuktikan ia masih berpengaruh dan ada ramai pengikut.
Penerimaan baik peminat nasyid tempatan terhadap penyanyi berasal dari Lubnan itu bagaimanapun bertitik- tolak daripada konsep diketengahkan yang dianggap lebih segar dan tidak terhad kepada irama nasyid tradisional.
Perubahan dilakukan kepada muzik nasyid kepada genre lebih terkini seperti pop berjaya menarik lebih ramai anak muda untuk sama-sama menghayati muzik ini.

Justeru, atas dasar yakin dan percaya irama keislaman masih mendapat tempat di hati peminat tanpa mengira batas umur dan lapisan masyarakat, Out of This World Sdn Bhd (O2TW) meneruskan usaha menganjurkan Islamic Song Festival edisi kedua yang akan bakal berlangsung pada 30 April dan 1 Mei 2011 di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre.


Pengarah Operasi Out of This World Sdn. Bhd, Afizah Ismail, pihaknya meneruskan usaha menganjurkan Islamic Song Festival kerana berasakan muzik berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan semakin diminati remaja, bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.


“Jika diperhatikan kebanyakan remaja masa kini lebih terdedah dengan muzik yang lebih moden seperti R&B, rap, world music, kontemporari dan hip hop yang sedikit sebanyak turut menyumbang kepada kurangnya minat remaja menyaksikan persembahan nasyid tradisional,” katanya.

Kata Afizah, genre nasyid moden yang kini mengambil alih tempat dan semakin popular di kalangan remaja dari negara Islam lain turut menjadi faktor utama mengapa mereka begitu berminat menganjurkan Islamic Song Festival Edisi ke 2. Selain itu, penganjuran konsert dirancang ada kaitan dengan imej negara yang cukup dihormati negara Islam lain.

“Contohnya, Malaysia di mata dunia dianggap sebuah model negara Islam yang menuju ke arah status negara maju, namun pada masa sama masih diimbangi elemen keislaman. Justeru dengan adanya acara seperti Islamic Song Festival, sedikit sebanyak mampu meletakkan Malaysia sebagai negara yang berusaha untuk menerapkan nilai keislaman terhadap gaya hidup termasuklah seni dan budaya,” katanya lagi.

Konsert dirancang dijangka mengambil masa empat jam setiap malam dan menampilkan artis solo atau kumpulan antarabangsa dan satu artis solo atau kumpulan tempatan. Setiap dari mereka diberikan masa 30 minit untuk menghiburkan pengunjung.

‘Kami berasa cukup bangga apabila undangan kami mendapat maklum balas daripada 40 artis solo/berkumpulan yang menunjukkan minat untuk menyertai acara ini.

“Selepas di teliti dari segi genre muzik dan jadual acara, kami menetapkan 12 artis solo atau berkumpulan antarabangsa, seorang artis solo dan satu kumpulan nasyid dari Malaysia akan diketengahkan dalam Islamic Song Festival ini.

“Setiap mereka juga mewakili genre muzik masing-masing seperti folk, acapella, hip hop, kontemporari, tradisional, progresif, pop, R&B dan world music. Konsert ini juga memberi peluang kepada artis nasyid untuk kembali mendapat tempat di hati peminat lagu nasyid di sini,” katanya.

Malam pertama festival itu menampilkan penyanyi popular dari Indonesia, Opick bersama Brothers (Malaysia), Kumpulan Nasyid Hip Hop/Rap The Brotherhood dari Australia, Khaleel Mohamad (United Kingdom), Khalid Belrhouzi (Perancis) menampilkan Ziryab (Arab Saudi) dan Bennami (Brazil), Fez Meghani & Aftab Ali (Amerika Syarikat) dan La Rappel (Perancis).

Tarikan utama pada malam kedua ialah Zain Bhikha dari Afrika Selatan. Bakatnya diasuh legenda penyanyi lagu ketuhanan terkenal, Yusof Islam, kini artis nasyid yang diminati di seluruh dunia. Beliau akan diiringi dua pemain perkusi dari Amerika Syarikat dan tiga vokalis pengiring. lagu bakal dipersembahkan dipetik dari albumnya seperti 1415 The Beginning, Allah Knows, Mountains of Makkah, Faith, A Way of Life dan Our World.

Turut disenaraikan pada malam kedua ialah kumpulan Debu. Persembahan nasyid mereka berirama ‘world muzik’ dan liriknya dalam bahasa Indonesia, Inggeris dan Arab.

Penyanyi Yasin, kumpulan Aashiq al-Rasul (UK), kumpulan Hip Hop dari Amerika Syarikat Native Deen dan kumpulan Noor (AS) melengkapi barisan artis pada malam itu.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1Fllh683q

No comments:

Post a Comment