Satu hari ketika seorang papa membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.
"Untuk apa?" tanya si papa.
"Nak bungkus hadiah" jawab si kecil.
"Nak bungkus hadiah" jawab si kecil.
"Jangan dibuang-buang ya." pesan si papa, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan papanya, "Papa, papa…….. ada hadiah untuk papa."
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan papanya, "Papa, papa…….. ada hadiah untuk papa."
Si papa yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah…. nanti nanti saja."
Tetapi si kecil pantang menyerah, "Papa, papa, bangun papa, dah pagi" "Eh… kenapa ganggu papa… masih terlalu awal lagi untuk papa bangun."
Si papa terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!
Si papa terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!
"Hadiah apa ni?"
"Hadiah hari jadi untuk papa. Bukalah pa, buka sekarang."
"Hadiah hari jadi untuk papa. Bukalah pa, buka sekarang."
Dan si papa pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
"Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan papa dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan papa. Membazir tu"
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
"Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan papa dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan papa. Membazir tu"
Si kecil menjawab, "Tak papa….., ada isi tu… Tadi kan, adik masukkan banyak sekali ciuman untuk papa."
Si papa merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
"Adik, papa belum pernah menerima hadiah seindah ini. Papa akan selalu menyimpan hadiah ini. Papa akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman adik, papa akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!"

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si papa, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.
Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

Jika kita benar-benar ingin mencintai dan dicintai,fahamilah ini terlebih dahulu dari membuta tuli mengikut perbuatan orang kafir mengikrar cinta di hari perayaan agama mereka.Hendakkah kita jadi 'pengkhianat' agama kita sendiri?
Tepuk dada tanyalah selera.Tiket ke neraka adalah percuma,hanya lengkapkan slogan anda untuk Valentines Day tahun ini...
"Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk" (al-Ankabut:6)
Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1Da1iJUGz
semoga kita terpelihara dari maksiat...
ReplyDeleteInsya Allah...(admin)
ReplyDelete