Saturday, January 29, 2011

Peluang Kerjaya Sebagai Jurutera Bunyi (Sound Engineer)

Apakah yang anda tahu mengenai kerjaya jurutera bunyi? Sebelum itu apakah yang anda tahu mengenai bunyi ataupun gelombang bunyi? Adakah gelombang bunyi ini mempunyai kaitannya dengan matematik?

Bunyi atau suara adalah kompresi mekanikal atau gelombang longitudinal (membujur) yang merambat melalui medium. Medium atau zat perantara ini berbentuk zat cair, padat dan gas. Jadi, gelombang bunyi dapat merambat misalnya di dalam air, batu bara, atau udara. Kebanyakan suara merupakan gabungan berbagai signal, tetapi suara murni secara teoritis dapat dijelaskan dengan kecepatan osilasi atau frekuensi yang diukur dalam Hertz (Hz) dan amplitud atau kenyaringan bunyi dengan pengukuran dalam desibel. Manusia mendengar bunyi saat gelombang bunyi, iaitu getaran di udara atau medium lain, sampai ke gegendang telinga manusia. Batas frekuensi bunyi yang dapat didengar oleh telinga manusia kira-kira dari 20 Hz sampai 20 kHz pada amplitud umum dengan berbagai variasi dalam kurva responsnya. Suara di atas 20 kHz disebut ultrasonik dan di bawah 20 Hz disebut infrasonik.

Gelombang bunyi terdiri dari molekul-molekul udara yang bergetar kehadapan dan kebelakang. Tiap saat, molekul-molekul itu berdesakan di beberapa tempat, sehingga menghasilkan wilayah tekanan tinggi, tapi di tempat lain merenggang, sehingga menghasilkan wilayah tekanan rendah. Gelombang bertekanan tinggi dan rendah secara bergantian bergerak di udara, menyebar dari sumber bunyi. Gelombang bunyi ini menghantarkan bunyi ke telinga manusia. Gelombang bunyi adalah gelombang longitudinal (membujur).

Satu bulatan yang lengkap adalah satu putaran dimana terdapat gelombong yang menaik dan menurun, seperti rajah dibawah.


Ahli matematik telah menggunakan fungsi sin untuk menyatakan bentuk gelombong. Persamaan matematik ini mewakili gelombang yang paling sederhana:

y = Sin(x)

Persamaan ini menggambarkan bagaimana gelombang direncanakan pada graf, pada paksi y dinyatakan fungsi sin dan paksi x dinyatakan bilangan kekerapan gelombang.

Hubungan yang spesifik antara ukuran sudut dan sisi segitiga dikenali sebagai fungsi trigonometri. Terdapat tiga fungsi yang utama iaitu:

  • Sinus A = berlawanan/hipotenus
  • Kosinus A = bersebelahan/hipotenus
  • Tangens A = berlawanan/bersebelahan



Perkataan trigonometri ini bermaksud ukuran segitiga. Sinus, kosinus dan tangens adalah merupakan ratio trigonometri kerana ia telah lama dijumpai pada zaman kuno mengenai penemuan segitiga ini. Pemahaman mengenai gelombang matematik ini sebenarnya memberikan kita pemahaman mengenai kehidupan sebenar yang mengelilingi kita. Contohnya, perbezaan antara siulan burung dengan raungan singa adalah berbeza dari segi saiz gelombang bunyi yang dihasilkan oleh kedua-duanya. Gelombang dan gelombang matematik ini sememangnya sentiasa mengelilingi kehidupan kita.

Setelah kita mengetahui serba sedikit mengenai bunyi, gelombang bunyi dan gelombang matematik ini marilah kita mengetahui lebih lanjut mengenai peluang kerjaya sebagai jurutera bunyi. Terdapat banyak institusi awam dan swasta yang menyediakan peluang untuk kerjaya ini, contohnya Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). ASWARA ialah sebuah institusi pengajian tinggi kerajaan yang menyediakan pengajian dan pengajaran dalam bidang kesenian, kebudayaan dan warisan yang mendidik dan melatih pelajar secara formal bagi melahirkan karyawan, seniman, dan penggiat yang berilmu untuk menerus dan mengembangkan warisan seni negara. Fungsi ASWARA ialah menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan. Di ASWARA terdapat pelbagai bidang pengajian yang diselia oleh 7 jabatan yang terdiri daripada Jabatan Tari, Jabatan Muzik, Jabatan Teater, Jabatan Penulisan, Jabatan Filem dan Video, Jabatan Warisan dan Jabatan Seni Halus. Terdapat 3 jenis program peringkat Ijazah Sarjana Muda dan syarat kemasukan yang ditawarkan di ASWARA iaitu:

1) KEPUJIAN :

Pengajian 3 tahun akademik (6 semester) dengan mengambil 120 unit kredit. Pendekatan pembelajaran yang digunakan ialah 50% Teori dan 50% Praktikal.

Syarat kemasukan pengajian ijazah:

1. Diploma ASWARA atau Diploma dari IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setaraf dan Kepujian Bahasa Malaysia peringkat SPM atau STPM dengan sekurang-kurangnya 3 Prinsipal

ATAU

2. Lulus SPM dan pengalaman berkhidmat selama sekurang-kurangnya 3 tahun bagi Pembantu Muzium, Pegawai Kebudayaan, Penolong Pegawai Arkib, Artis Budaya, Pemuzik atau mana-mana jawatan kumpulan sokongan yang berkaitan dan telah sah dalam perkhidmatan

ATAU

3. Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya 4 Kepujian termasuk matapelajaran Bahasa Malaysia dan matematik dan mempunyai 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan

DAN

4. Lulus Temuduga dan Ujibakat

1) DIPLOMA:

Pengajian 3 tahun akademik (6 semester) dengan mengambil 90 Unit Kredit. Pendekatan pembelajaran yang digunakan ialah 40% Teori dan 60% Praktikal.

Syarat kemasukan pengajian diploma

1. Lulus SPM dengan 4 kepujian termasuk Bahasa Malaysia dan matematik

ATAU

2. STPM dengan satu prinsipal; dan lulus mata pelajaran Ekonomi

ATAU

3. Sijil Seni Kreatif, Sijil Perguruan atau Diploma dalam bidang berkaitan

ATAU

4. Kelayakan diiktiraf oleh Lembaga ASWARA

DAN

5. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dipohon

DAN

6. Lulus Ujibakat

1) SIJIL:

Pengajian teori dan praktikal selama 14 minggu. Sijil kehadiran akan diberikan kepada yang layak.

Terdapat pelbagai pengijazahan yang ditawarkan mengikut Fakulti pengajian di ASWARA. Sebahagian daripadanya ialah:

1. Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Koreografi)

2. Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Pengarahan)

3. Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Gubahan dan Teknologi)

4. Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Layar)

5. Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Pengajian Animasi)

6. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian (Kearkiban)

7. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Seni Halus denganKepujian

Terdapat banyak peluang kerjaya yang terbuka luas kepada siswazah yang menjalani program pengajian yang ditawarkan. Antara peluang kerjaya tersebut ialah:

1. Jurutera Bunyi

2. Pengaturcara Muzik Komputer

3. Pengkaji Muzik

4. Penulis skrip drama pentas/drama tv/filem

5. Wartawan sastera / budaya / hiburan / pengkritik

6. Pengarah teater/drama tv/filem

7. Sinografer

8. Pemuzik Orkestra

9. Komposer

10. Penerbit Muzik

11. Usahawan Peralatan Muzik Tradisional Dan Muzik Barat

Fikirkanlah apakah bakat dan minat yang ada pada diri anda. Serlahkanlah bakat dan minat itu seperti kilauan permata yang menyinar untuk mencipta kerjaya anda.

No comments:

Post a Comment