Saturday, February 5, 2011

KELEBIHAN LELAKI DAN WANITA


LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?





Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak
baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??




Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia
itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "



Download Filem : Hantu Kak Limah Balik Rumah

hantu kak limah balik rumah poster

Filem:
Hantu Kak Limah Balik Rumah

Pengarah:
Mamat Khalid

Genre:
Komedi Seram

Pelakon:
Awie, Johan Raja Lawak, Delimawati, Ummi Nazeera, Avaa Vanja,
Nadia Mustafar, Shy8, Zami Ismail, Man Kadir, Pekin, Dewa,
Sofi Jikan, Kamarul yusoff, Zainuri Berita Harian, Azwan


Sinopsis:
Husin yang bekerja di Singapura telah bercadang untuk pulang ke kampung halamanya, Kampung Pisang. Setelah kepulangannya, dia merasakan jirannya, Mak Limah berkelakuanb pelik kerana tidak bercakap dan tidak tidur. Sewaktu minum di warung Pak Munawar, Husin menceritakan berkemungkinan bahawa Mak Limah adalah hantu. Pak Abu membuat cadangan untuk menyiasat dengan lebih lanjut dan mereka tealh pergi ke rumah Mak Limah dan mereka terperanjat kerana melihat mayat Mak Limah dan menjadi busuk. Walaubagaimanapun, setelah Mak Limah dikebumikan, orang kampung masih lagi mengalami kejadian-kejadian aneh.

Download Filem Dengan Click Link Di Bawah:

Part 1 & Part 2

atau

Single Link Hantu Kak Limah Balik Rumah

More great deals from #milkadeal! Get RM30 voucher for only RM10 to be used to purchase items from #acmamall ! Have a blast!

More great deals from #milkadeal! Get RM30 voucher for only RM10 to be used to purchase items from #acmamall ! Have a blast!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Download Index Al Quran Untuk Pedoman

Photobucket
Dalam pada kita mengejar ilmu keduniaan,ilmu akhirat jangan kita abaikan.Sebaiknya kecanggihan teknologi zaman sekarang kita manfaatkan untuk menndekatkan diri padaNya.Kepada yang mencari,bolehlah download link dibawah untuk dapatkan fail index Al-Quran.
- 30 Juzuk makna Al-Quran dalam Bahasa Melayu
- Ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan Iman, Ilmu, Bangsa-bangsa terdahulu, Sejarah, Al-Quran,Akhlak dan Adab, Ibadah, Makanan dan Minuman,Pakaian dan Perhiasan, Hukum Peribadi, Muamalat, Keadilan, Hukum Jenayah Dan Jihad.

Sebuah fail yang mesti anda miliki sebagai rujukan. Semoga yang membuat fail ini mendapat pahala yang berterusan.

DOWNLOAD DI SINI

(Window baru)

Thursday, February 3, 2011

Save Our Soul (S.O.S),Malaysian Goverment Sent Rescue Team To Evacuated Malaysian Citizen In Egypt


KUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has directed the Defence Ministry to send three C-130 Hercules RMAF aircraft to evacuate Malaysian students stranded in Egypt to Jeddah in Saudi Arabia.
Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the Government had first wanted to send two aircraft but after getting the latest report from Egypt, the Prime Minister made a decision to increase the number.
Apart from the military aircraft, the Royal Malaysian Navy’s auxiliary ship, KD Bunga Mas, has been despatched to Port Adabiyah, a two-hour drive from Cairo.
The aircraft left Kuala Lumpur for Cairo yesterday, and the first batch of evacuees will leave for Jeddah today.
Dr Ahmad Zahid said 30 personnel from the Armed Forces and another 30 officials from other government agencies including Wisma Putra would be involved in the evacuation operation.
Meanwhile, Chief of Defence Forces Gen Tan Sri Azizan Ariffin said the three transport aircraft will mount a round-the-clock operation to bring the students out of the country.
He expects the evacuation to be completed in five days.


Read more: http://ilhamnurulresources.blogspot.com/#ixzz1CuJ5yIS7

Wednesday, February 2, 2011

Penyanyi Australia Memerlukan Band Boy Untuk Show Di Kuala Lumpur



Penyanyi Australia,Joey Van sedang mencari pemuzik iringan untuk
persembahannya sepanjang berada di Kuala Lumpur.Pemain Bass,
Gitar,Keyboard dan Drum yang berminat boleh menghubungi beliau
di talian 014-6275117 untuk ujibakat.Maklumat lanjut boleh didapati di www.joeyvan.net